SENYUMAN tak lekang daripada bibirnya. Bekas Tupperware yang berada di tangannya digenggam kemas. Sesekali jam di pergelangan tangannya dikerling.
Nampak saja kelibat lelaki itu, Darin langsung melambaikan tangan ke arahnya. Ah, rasa rindu menggebu-gebu di hati!
Kebelakangan ini masing-masing sibuk dengan peperiksaan akhir semester jadi mereka jarang berjumpa. Hari ini baru ada masa untuk berjumpa kembali setelah berminggu-minggu tidak bersua muka.
“Zareed!” sapa Darin ceria. Namun senyuman di bibirnya perlahan-lahan memudar apabila melihat wajah beku Zareed.
“Reed you okey?” soal Darin risau.
“You ingat I akan okey lepas tahu apa yang you dah buat belakang I?” balas Zareed kembali.
Dahi Darin berkerut halus. Dia tak mengerti apa yang Zareed cuba sampaikan.
“Reed you cakap apa ni? I tak faham... Apa maksud you? Apa yang I dah buat?”
Zareed ketawa kecil. Sinis. Wajah Darin direnung tajam. Darin masih berani nak berpura-pura lagi?
Tanpa menunggu lama, Zareed membuka zip beg sandangnya. Beberapa keping gambar dikeluarkan daripada beg kemudian dibaling betul-betul di hadapan Darin.
Darin terkejut dengan tindakan Zareed. Perlahan-lahan dia tunduk mengutip kembali gambar-gambar yang bertaburan di hadapan kakinya.
Menggeletar tangan Darin saat melihat gambar itu. Jantungnya bagai nak tercabut. Kepalanya digeleng perlahan.
“Reed... I tak buat semua ni... Ini bukan I...”
“Perempuan dalam gambar tu you kan? Itu gambar you Darin! Gambar you!”
Air mata Darin sudah membasahi pipi. Entah siapa yang sanggup menfitnahnya sampai begini sekali.
“Betul ke you ada tanda lahir dekat paha?” Bergetar suara Zareed saat menanyakan soalan itu.
Darin bungkam. Bagaimana Zareed tahu?
“I tanya Darin! Betul ke?” Merah mata Zareed merenungnya.
Kelu lidah Darin. Nak menafikannya, dia tidak mampu kerana apa yang Zareed katakan itu benar. Memang dia ada tanda lahir di pahanya. Tapi bagaimana Zareed tahu?
“Reed...” Makin lebat air mata Darin.
“I tanya Darin. Jawab soalan I. Betul atau tak?” Lirih kedengaran suara Zareed.
Lambat-lambat Darin mengangguk mengiakannya.
Melihat respons Darin, Zareed meraup kasar wajahnya. Nafasnya terasa sesak. Dadanya rasa bagai nak pecah sekarang ni.
“Reed... I tak buat semua tu... Percayalah... Dalam gambar tu bukan I...” Bersungguh-sungguh Darin cuba meyakinkan Zareed.
Tangan Zareed cuba diraih tetapi lelaki itu pantas menepis tangannya.
“Jangan sentuh I. I jijik...” Suara daripada celah gigi Zareed kedengaran.
Darin terpempan. Hatinya bagai dihiris-hiris mendengar kata-kata itu. Sampai hati Zareed! Semakin kuat tangisannya kedengaran. Bekas Tupperware yang berada di tangannya sejak daripada tadi langsung terlepas. Dibiarkan saja bekas Tupperware itu jatuh ke tanah.
Di dalam bekas Tupperware itu ada kek batik yang dibuat khas untuk Zareed. Zareed suka makan kek batik sebab itulah Darin gigih juga cari masa buatkan kek batik untuk lelaki itu walaupun dia sibuk.
“Reed... Tolonglah percaya.... I tak buat semua tu Reed... I sanggup bersum...”
“Jangan bersumpah!” Jerkah Zareed. Dadanya yang terasa sesak dicengkam kuat. Nafasnya mula tercungap-cungap. Peluh merenik di dahinya.
“Reed, you okey? You tak apa-apa?” soal Darin risau melihat keadaan Zareed.
Zareed terduduk di situ. Dadanya ditepuk-tepuk kuat. Sukar untuk dia bernafas saat ini.
“Reed...” Terpacar riak kerisauan pada wajah Darin.
“Pergi! Pergi! Jangan dekat!” halau Zareed.
Terencat langkah Darin. Dia kaku di situ. Tak berani nak mendekati bila tengok wajah bengis Zareed.
“Zareed!”
Darin angkat wajah mencari pemilik suara itu.
“Kak Fia...” Darin tergamam.
Tanpa mempedulikan Darin, gadis yang datang bersama seorang lelaki tadi terus membantu Zareed bangun dan membawa Zareed pergi daripada situ.
“Reed!” panggil Darin
Tapi panggilannya sedikitpun tidak dihiraukan. Mereka bertiga langsung meninggalkannya sendirian di situ. Akhirnya Darin terduduk lemah di situ. Terhinggut-hinggut bahunya melepaskan tangisan.
Apa salahnya sehingga dia difitnah sampai begini sekali?
Reed... I tak buat semua tu!
Tapi Darin tahu saat ini tiada siapa yang mempercayainya. Termasuklah Zareed sendiri...
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertunda
RomanceAntara mereka pernah ada rasa cinta. Namun hanya kerana fitnah, cinta yang pernah ada bertukar menjadi benci dan dendam. Siapa sangka, selepas lima tahun takdir mempertemukan mereka kembali. "You boleh beritahu family you yang you tak nak kahwin den...