“I love you, flower...”
Terngiang-ngiang di telinga Darin bisikan ayat keramat itu suatu masa dahulu. Lima tahun yang lalu.
“Darin.”
Darin tersentak. Pandangan mata terus dialihkan.
“Darin tengok apa tu?” soal Puan Sri Naema.
Darin menggeleng perlahan. Malu kerana tertangkap.
“Sorry aunty. Darin tengok gambar-gambar tu.” Darin merasa bersalah. Mungkin perbuatannya itu boleh buatkan tetamu tidak senang hati.
Puan Sri Naema tersenyum nipis. “Tengok je lah. Tak ada masalah pun. Aunty letak gambar-gambar tu memang untuk tatapan pun. Kalau tak boleh nak tengok, baik aunty tak payah letak gambar-gambar tu.”
“Itu gambar keluarga aunty,” ujar wanita itu lagi.
“Semua tu anak-anak aunty?” soal Darin.
Puan Sri Naema mengangguk. “Ya. Itulah anak-anak aunty. Yang sulung tu namanya Zaleen. Dia ikut suaminya tinggal di Melaka.”
Darin mengangguk kecil.
“Anak bongsu aunty pula namanya Zareen. Masih belajar di Pahang. Tapi tak lama lagi nak habis belajar dah.”
“Oh...” Terangguk-angguk kepala Darin. Tapi sekarang ni dia lebih tertarik dengan anak lelaki wanita itu. Wajahnya mirip sekali dengan seseorang. Seseorang yang sangat penting dalam kehidupan Darin suatu masa dahulu.
“Dan satu-satunya anak lelaki aunty, nama dia...” Belum sempat Puan Sri Naema memperkenalkan anak keduanya itu, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan.
“Sekejap ya Darin.” Dia minta diri untuk menjawab panggilan itu terlebih dahulu.
Darin mengangguk sambil tersenyum nipis. Debar jantung sudah memukul dada. Sorotan matanya kembali pada gambar keluarga Puan Sri Naema.
Deringan telefon bimbit Darin mengalihkan pandangannya daripada terus menatap gambar itu. Cepat-cepat dia mengambil telefon bimbit yang berada di dalam tas tangannya.
Tertera nama mama di skrin telefon. Tanpa menunggu lama, Darin terus menjawab panggilan itu.
“Darin dekat mana? Dah ambil baju mama ke belum?” soal Datin Marlia di hujung talian.
“Dah mama. Darin dah ambil baju mama dekat butik tadi.”
“Darin dekat mana tu? Balik sekarang boleh tak? Mama tersilap tengok tarikh. Majlis tu bukan esok tapi hari ni.”
“Okey Darin balik sekarang.” Darin segera bangun daripada duduknya.
Kebetulan waktu itu pembantu rumah Puan Sri Naema datang menghantar air kepadanya.
“Minum cik,” pelawa wanita indonesia itu.
“Saya minta maaf. Saya nak kena balik sekarang. Nanti sampaikan salam saya pada aunty ya. Saya balik dulu. Terima kasih.” Usai itu Darin terus bergegas meninggalkan rumah agam itu. Dia terlupa seketika tentang gambar lelaki yang dilihatnya tadi.
“Surti, mana Darin?” soal Puan Sri Naema. Dia baru saja habis berbual di telefon bersama dengan anak keduanya.
“Dah balik Puan Sri.”
“Balik?” Kening Puan Sri Naema berkerut halus. Takkan Darin balik macam tu je? Tak cakap apa-apa pun dengan dia.
“Ya, dah balik. Dia minta saya sampaikan salam pada Puan Sri.”
Puan Sri Naema menghela nafas perlahan. Tak sempat dia nak berbual dengan Darin lebih lama. Dan apa yang paling dia kesalkan, dia tak sempat meminta nombor telefon gadis itu.
Dia berharap mereka berdua akan bertemu lagi nanti...
“MUMMY okey tak?” soal Zareed risau. Dia langsung meninggalkan pejabat lepas dapat tahu ibunya itu hampir pitam tadi. Mujurlah ada yang sudi membantu Puan Sri Naema tadi.
“Mummy okey. Jangan risaulah.”
“Lepas ni tolong jangan keluar rumah seorang-seorang lagi. Kalau mummy nak pergi mana-mana, beritahu Reed. Reed boleh bawakan.” Terpancar riak kerisauan pada wajah lelaki itu.
Puan Sri Naema ketawa kecil. Perangai anak lelakinya itu saling tak tumpah seperti suaminya. Terlebih protektif.
“Ya lah... Tadi pun mummy keluar sebab mummy bosan duduk seorang-seorang dekat rumah. Nasib baiklah ada yang baik hati tolong mummy tadi.”
“Siapa yang tolong mummy tadi?” soal Zareed. Dia mahu berjumpa dengan insan baik hati itu. Mahu mengucapkan terima kasih kepada insan itu.
“Nama dia Darin. Waktu dia hantar mummy balik tadi, mummy ajak dia singgah minum. Tapi dia balik cepat sangat. Mummy tak sempat nak minta nombor telefon dia.”
Zareed langsung terdiam saat sebaris nama itu menampar gegendang telinganya.
Darin.
Nama itu...
“Reed? Dengar tak mummy cakap ni?”
“Ya mummy.” Zareed tersentak. Duduknya dibetulkan.
“Mummy baru je ingat nak kenalkan Reed dengan dia. Tapi tak ada rezeki pula nak jumpa. Cantik orangnya. Mummy berkenan.”
Zareed senyum segaris. “Jangan cakap mummy nak padankan dia dengan Reed pula.” Bukannya Zareed tak kenal perangai mummynya itu. Tak habis-habis nak carikan jodoh untuknya. Macamlah dia terdesak sangat nak kahwin.
“Memang pun. Mummy memang berkenan betul dengan Darin tu.”
Zareed mengetap bibirnya. Bila dengar nama yang disebut oleh Puan Sri Naema itu buatkan dia teringat pada seseorang.
“Reed okey tak ni?” soal Puan Sri Naema hairan. Pelik melihat reaksi anaknya itu.
Zareed mengangguk perlahan. “Reed okey.”
“Reed rasa mummy ada peluang ke nak jumpa dengan Darin lagi?”
Zareed angkat bahu. “Kalau ada rezeki, adalah mummy.”
“Hmm... Menyesal betul mummy tak minta nombor telefon dia tadi.”
“Mummy rehatlah.”
“Ya lah.” Puan Sri Naema akur. Sebelum Zareed membebel lebih panjang lebih baik dia turutkan saja.
DARIN merebahkan tubuhnya di atas katil. Nafas dihela berat. Fikirannya kembali teringatkan gambar lelaki di rumah wanita yang dibantunya siang tadi.
Adakah lelaki itu orang yang sama atau hanya pelanduk dua serupa?
Darin sendiri tak pasti. Wanita itu tadi pun tak sempat nak kenalkan nama anak lelakinya. Jadi Darin tak pasti adakah ianya orang yang sama ataupun tidak.
Kenangan-kenangan lama mula mengusik mindanya. Buatkan hati Darin kembali pedih. Biarpun sudah bertahun-tahun berlalu, semuanya masih kekal kemas di ingatan Darin. Sehingga hari ini Darin tak mampu lupakan cinta pertamanya itu.
“Flower...” Suara garau itu terngiang-ngiang di telinganya.
Sejujurnya Darin sangat merindukan lelaki itu. Tapi dia sendiri tidak tahu di mana lagi dia mahu mencari lelaki itu. Bumi Tuhan ini luas. Dan Darin sendiri tidak pasti di mana keberadaan lelaki itu sekarang.
“I rindukan you Reed... I harap you terus bahagia walaupun bukan dengan I...” gumam Darin perlahan. Tubir matanya terasa hangat.
Sakit apabila mengingati kembali perpisahan terakhir mereka. Darin langsung tak diberi kesempatan untuk mempertahankan dirinya.
“Kalau I dapat jumpa you balik, I nak sangat beritahu you yang I tak buat semua tu...” Darin tak mampu lagi menahan air matanya. Esakannya kedengaran. Memenuhi ruang bilik itu yang sunyi itu.
Inilah alasan mengapa sehingga kini Darin masih belum mampu menerima cinta daripada mana-mana lelaki. Hatinya masih setia pada cinta yang lama. Jauh di sudut hatinya dia masih mengharapkan cinta lelaki itu walaupun Darin sedar mustahil untuk mereka kembali bersama lagi.
Kisah mereka sudah menemui noktahnya...

YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertunda
RomanceAntara mereka pernah ada rasa cinta. Namun hanya kerana fitnah, cinta yang pernah ada bertukar menjadi benci dan dendam. Siapa sangka, selepas lima tahun takdir mempertemukan mereka kembali. "You boleh beritahu family you yang you tak nak kahwin den...