SUDAH hampir lima minit berlalu tapi masing-masing hanya mendiamkan diri. Hening terus menguasai mereka. Akhirnya Darin buka mulut dahulu. Memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
“You sihat?”
Sejujurnya Darin tak sangka mereka berdua akan bertemu lagi. Pertemuan ini memang pertemuan yang sangat Darin harapkan cuma dia tidak sangka mereka benar-benar berpeluang untuk bertemu lagi.
Dan hari ini detik-detik yang sangat dia nantikan akhirnya terjadi. Mereka bertemu kembali selepas lima tahun terpisah.
Jadi benarlah gambar lelaki yang dilihat di rumah Puan Sri Naema tempoh hari adalah gambar Zareed. Tak sangka dunia ni kecil saja rupanya. Kalaulah hari itu dia berada lebih lama di rumah wanita itu, pasti dia akan bertemu dengan Zareed waktu itu.
“I nampak macam tak sihat ke?”
Balasan yang dia terima buatkan Darin terdiam seketika. Tahulah dia yang Zareed masih menyimpan rasa marah padanya. Lelaki itu masih membencinya.
Waktu melihat Darin tadi, dunia Zareed seakan terhenti seketika. Sungguh dia tak sangka mereka akan bertemu lagi. Jadi gadis yang membantu Puan Sri Naema tempoh hari adalah Darin.
Dan apa yang paling mengejutkannya ialah Puan Sri Naema dan Datin Marlia berkawan baik.
“My life is getting better without you.” Sengaja Zareed menekankan ayat itu. Dia mahu Darin tahu yang dia benar-benar maksudkannya.
Darin tunduk. Pedih hatinya mendengar kata-kata itu.
“Good for you.” Sedaya-upaya Darin cuba menahan perasaannya. Cuba untuk menunjukkan yang dia tidak terkesan langsung dengan kata-kata Zareed.
Zareed melemparkan senyuman sinis. “It’s been a long time right?”
“Yah... It’s been a long time.” Darin mengangguk perlahan. Wajah Zareed ditatap sayu.
Lima tahun bukan satu tempoh yang singkat. Lama. Tapi sehingga ke hari ini Darin masih tak mampu melepaskan masa lalunya itu.
“Waktu mummy cerita tentang orang yang tolong bawa dia ke klinik hari tu, I excited sangat nak jumpa orang tu. Tapi kalau daripada awal I tahu orang tu adalah you, lebih baik I tak jumpa.”
Darin mengetap kuat bibirnya menahan rasa sakit yang menjalar di segenap hati. Dia tunduk menggali nafas.
“You masih bencikan I?” Soalan itu... Sudah lama dia ingin tanyakan pada Zareed.
“Kalau I jawab ya?” Zareed menatap dalam anak mata Darin.
Darin tersenyum kelat. Dia mengangguk kecil. Faham. Dia faham. Tatapan mata Zareed jelas terbias kebencian padanya.
“Zareed!”
Perbualan mereka terhenti di situ. Zareed dan Darin sama-sama menoleh ke arah pemilik suara itu.
Gadis yang memanggil nama Zareed tadi datang menghampiri. Lebar senyuman di wajahnya.
“Zareed, I miss you,” luahnya tanpa segan silu. Darin yang berada di situ dianggap seperti tidak wujud.
Darin terkedu. Siapa gadis itu? Dan apa pula hubungannya dengan Zareed? Rasa cemburu mula terbit di hati.
Zareed menghela nafas perlahan. Siapa pula yang pandai-pandai mengajak Misha datang ke sini?
“Misha, you buat apa kat sini?” soal Zareed.
“You tanya I buat apa? Ini kan majlis hari lahir bakal adik ipar I. Mestilah I kena ada.”
Zareed berdecit perlahan. Namun bila dia lihat air muka Darin berubah, hujung bibirnya ternaik sedikit. Inilah waktunya untuk dia balas dendam.
“Sorry baby. I terlupa nak ajak you. Jom.” Zareed dan Misha terus berlalu meninggalkan Darin sendirian di situ.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertunda
RomanceAntara mereka pernah ada rasa cinta. Namun hanya kerana fitnah, cinta yang pernah ada bertukar menjadi benci dan dendam. Siapa sangka, selepas lima tahun takdir mempertemukan mereka kembali. "You boleh beritahu family you yang you tak nak kahwin den...