Teaser 2

64 2 0
                                    

“Reed!”

Suara cemas gadis itu menampar gegendang telinganya. Zareed angkat wajah mencari pemilik suara itu.

“Da... Da... Darin...”

“Reed, bangun dulu.” Darin terus membantu Zareed bangun. Melihat keadaan lelaki itu dia tahu Zareed diserang panik. Ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan Zareed dalam keadaan begini.

Tidak mahu menganggu jalan orang, Darin membawa Zareed ke tepi. Jauh daripada orang ramai.

“Tunggu sekejap Reed.” Darin terus berlari daripada situ. Dia mahu mencari air untuk Zareed.

Tak sampai beberapa minit, Darin datang kembali bersama sebotol air mineral. Penutup botol dibuka lalu disuakan air itu kepada Zareed.

“Minum dulu.”

Zareed tidak membantah. Dia langsung meneguk air itu.

“Tarik nafas perlahan-lahan... Hembus...”

Zareed menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus perlahan.

“Darin.” Zareed terus menarik tubuh Darin ke dalam pelukannya.

Darin tergamam. Dia dapat rasakan degup jantung Zareed yang sangat laju ketika ini.

“Jangan hilang macam tu lagi,” ujar Zareed perlahan.

Darin mengetap kuat bibirnya. Zareed cari dia ke tadi? Bukan dia yang hilangkan diri. Zareed yang tinggalkan dia!

Nafas lelah dilepaskan. Zareed mengeratkan lagi pelukannya. “Please stay like this for awhile,” pintanya. Dia rasa lebih tenang berada di dalam pelukan Darin.

Darin membalas kembali pelukan Zareed. Belakang tubuh lelaki itu diusap perlahan. “It’s okay, it’s okay. Just breath. I‘m here.”

***

Zareed yang sedang memandu itu menjeling sekilas ke tempat duduk bahagian belakang. Bibirnya menguntum senyum melihat Darin dan Syifa sudah lena dibuai mimpi sambil berpelukan.

Penat sangat agaknya selepas seharian mereka keluar hari ini. Daripada langit cerah sampailah langit bertukar gelap. Baru mereka jumpa jalan nak pulang ke rumah.

Tiba-tiba telefon bimbit Darin yang berada di tempat duduk sebelah pemandu berbunyi. Zareed terus mencapai telefon bimbit isterinya itu.

Incoming call from Abang Iman...

Riak wajah Zareed terus berubah tegang saat melihat sebaris nama itu terpapar di skrin telefon Darin.

Abang? Abang Iman?

Apa sebenarnya hubungan Darin dengan lelaki itu?

Ah, kenyataannya Darin tak pernah berubah! Hatinya mendongkol geram. Kalau tadi dia tersenyum senang melihat Darin tapi sekarang pandangan redupnya berubah menjadi renungan tajam. Renungan yang penuh dengan dendam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 01, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bahagia Yang TertundaWhere stories live. Discover now