Bab 9

35 5 0
                                    

MASUK ke dalam kereta, Darin terus menghamburkan tangisannya. Teresak-esak dia menangis.

“Kalau bukan I, ada ke lelaki lain yang sudi terima you jadi isteri dia orang?”

Kata-kata Zareed tadi bagaikan radio rosak yang terus menerus memutarkan lagu yang sama.

Puas dia menahan dirinya supaya tidak menangis di hadapan Zareed tadi. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan lelaki itu. Biarlah Zareed fikir yang dia tidak terkesan langsung dengan kata-kata lelaki itu walaupun hakikatnya kata-kata Zareed membuatkan hatinya bagai dirobek-robek.

Darin menarik nafas dalam-dalam. Setelah melepaskan tangisannya tadi dia nampak lebih tenang ketika ini. Mata dipejam sesaat.

Sampai bila Zareed mahu terus melayaninya begini? Bagaimana jika suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar? Waktu itu... Adakah layanan Zareed padanya masih sama?

Ah, tak mungkin. Sampai sekarang Zareed langsung tidak mahu mendengar penjelasannya. Walaupun berkali-kali Darin menafikan yang dia tidak pernah melakukan hal keji itu, Zareed tetap saja tidak percaya.

Darin tak sangka Zareed bersetuju untuk berkahwin dengannya sedangkan lelaki itu sangat membencinya. Dia tak tahu nak rasa gembira atau sebaliknya sekarang ini.

Gembira memanglah gembira kerana dapat berkahwin dengan lelaki yang dia cinta selama ini tapi apalah ertinya jika Zareed sudah membencinya. Dia tidak mahu terus hidup dalam kebencian lelaki itu.

Lima tahun lalu...

Zareed terduduk di tengah-tengah lautan manusia. Dadanya dicengkam kuat. Nafasnya tersekat-sekat. Jantung berdegup laju. Berkerut-kerut dahinya yang dibasahi peluk itu.

“Are you okay?”

Zareed nampak dua batang kaki sedang berdiri tegak di hadapannya. Perlahan-lahan dia mendongak untuk melihat si pemilik suara itu.

“Zareed? You Zareed kan?” soal gadis itu. Tanpa menunggu lama, Darin terus membantu Zareed bangun. Dia membawa Zareed keluar daripada lautan manusia yang membanjiri karnival itu.

Zareed hanya menurut tanpa membantah sedikit pun.

“You okey tak?” Raut wajah Darin nampak risau. Dia selongkar beg galasnya. Sebotol air mineral yang sudah siap dibuka penutupnya dihulurkan pada Zareed.

“Minum dulu,” ujarnya sambil menyua botol mineral itu.

Zareed menyambut huluran Darin. Air mineral itu diteguk rakus. Lega rasanya apabila air itu lalu di kerongkong.

“Tarik nafas... Lepas slow-slow...” ujar Darin.

Zareed menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus perlahan. Diulang dua tiga kali. Nafasnya yang tersekat-sekat tadi perlahan-lahan berubah menjadi lebih teratur. Jantungnya pun sudah berdetak normal seperti biasa.

“Thanks,” ucap Zareed. Peluh yang membasahi dahinya dikesat dengan sapu tangan.

“You ada panic attack?” soal Darin. Melihat apa yang berlaku pada Zareed tadi tanda-tandanya seperti lelaki itu terkena serangan panik.

Lambat-lambat Zareed mengangguk. Sebab itulah dia tak suka ke tempat yang ramai orang. Tapi tadi entah mengapa gatal sangat kakinya mahu melangkah ke karnival yang dianjurkan oleh pihak universiti. Saja nak melawat kawasan. Tapi bila orang ramai mula membanjiri karnival itu, dia diserang panik.

“Macam mana you kenal I?” soal Zareed. Dia pandang wajah gadis yang sudah membantunya itu. Cantik... Terserlah wajah kemelayuannya. Dan yang paling buat Zareed tertarik ialah sepasang mata hazel milik gadis itu.

Bahagia Yang TertundaWhere stories live. Discover now