“Darin, berapa lama lagi you nak duduk kat dalam tu?” Tangan dihayun mengetuk pintu kamar mandi itu.
Tak sampai beberapa saat pintu kamar mandi dibuka daripada dalam. Darin jegul kepalanya.
“I belum mandi lagi,” balasnya.
“Hah? Belum mandi? Habis tu you buat apa lama-lama kat dalam tu?”
“I tak boleh nak tarik zip baju I. Tangan I tak sampai nak tarik zip.”
Zareed mengeluh perlahan. Habis tu kalau dia tak ketuk pintu tadi, sampai ke sudahlah Darin duduk dalam bilik air tu agaknya.
“Tolong tarikkan zip baju I boleh?” pinta Darin lalu melangkah keluar daripada kamar mandi itu.
Tubuh dipusingkan membelakangi Zareed. Rambutnya yang panjang melepasi bahu dibawa ke hadapan supaya lebih mudah untuk menarik zip.
Zareed masih tak bergerak. Liur ditelan kesat melihat leher jinjang Darin.
“Dah ke belum?” soal Darin.
Zareed mengalihkan pandangannya. Jiwa lelakinya bergelora. “You saja nak goda I kan?”
Darin memalingkan tubuhnya. Bibir diketap. Tak pernah terlintas pun di fikirannya untuk menggoda lelaki itu. Tadi Zareed juga yang suruh dia mandi cepat-cepat. Kalau lelaki itu tidak mahu membantunya menarik zip di belakang gaunnya itu bagaimana dia mahu menanggalkan gaun ini daripada tubuhnya.
“Takpalah kalau you tak nak tolong. I pergi minta tolong Zareen.” Belum sempat Darin melangkah pergi, pergelangan tangannya sudah ditarik oleh Zareed. Membuatkan tubuhnya terdorong ke dalam pelukan lelaki itu.
“Reed...” Darin terkedu. Terasa tangan lelaki itu berada di belakangnya. Menahan tubuhnya daripada terjatuh.
“You nak semua orang tahu tentang hubungan kita ke?”
Darin segera menjauhi Zareed. Jantungnya berdegup kencang. Zareed memang sengaja nak seksa dia ke?
“Come.” Zareed memusingkan tubuh Darin. Perlahan-lahan dia menarik zip itu. Liur ditelan kesat apabila terpandangkan belakang badan Darin.
Zareed cepat-cepat beredar daripada situ. Risau dia sendiri yang tidak dapat menahan dirinya nanti. Apatah lagi Darin itu sudah halal untuknya.
Wajah Darin terasa membahang. Sebenarnya dia juga segan dengan Zareed. Tapi dia tiada pilihan lain. Cepat-cepat dia melangkah ke kamar mandi.
***
Mata Zareed tak lepas daripada menatap wajah Darin yang sedang mengikat tali lehernya itu. Sesekali terasa sentuhan tangan gadis itu pada bahagian dadanya.
“Siap.” Darin menepuk perlahan dada Zareed.
“Reed...” seru Darin perlahan.
Zareed tak jadi nak bergerak. Kaku tubuhnya di situ. Kedua belah tangan Darin masih berada di dadanya.
“I miss the old of us. Tak boleh ke kita kembali macam dulu?” Sayu suara Darin menyoal. Matanya yang redup itu menatap dalam mata Zareed.
Zareed terdiam. Redup mata Darin memanah hatinya. Tak! Dia tak boleh kalah dengan Darin.
“I rindukan Zareed yang I kenal dulu. I miss you so much Reed... Missing you is the hardest thing I’ve got to deal with everyday,” luah Darin.
“Don’t miss me. You chose this, Darin,” balas Zareed tanpa nada.
Jatuh bahu Darin mendengar balasan Zareed.
“Sampai bila you nak hidup dengan dendam Reed?”
Zareed ketawa sinis. Mudah untuk Darin berkata-kata kerana bukan dia yang dikecewakan!
“Senangkan you cakap. Ya lah, yang sakit tu I. Bukannya you.”
“Reed... I tak buat semua tu...”

YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertunda
RomanceAntara mereka pernah ada rasa cinta. Namun hanya kerana fitnah, cinta yang pernah ada bertukar menjadi benci dan dendam. Siapa sangka, selepas lima tahun takdir mempertemukan mereka kembali. "You boleh beritahu family you yang you tak nak kahwin den...