-1-Tidak adil

30 1 0
                                    

Tubuh itu meregang dengan kuat. Dia menguap dengan besar. Tubuhnya yang sangat sakit itu membuatkan dia sangat penat.

"Morning tupai." Jisung memandang ke arah pintu bilik yang terbuka. Dia memberikan senyuman kepada kekasihnya yang baru saja masuk ke dalam membawa sarapan.

Bed breakfast yang sering orang single idam-idamkan selalu dirasakan Jisung. Dia membetulkan rambutnya dan memandang ke arah sang kekasih.

"Morning..." Dahinya dicium dengan lembut. Jisung memandang sang kekasih lalu tersenyum kecil.

"Hyung ada buatkan makanan." Katanya dengan senyuman. Jisung menganggukan kepalanya dengan perlahan.

"Nanti hyung ada kerja, so hyung akan pergi kejap lagi okay?" Jisung menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia turun daripada katil lalu berjalan ke tandas. Mula mencuci mukanya.

Dia kembali ke katil dan mula untuk makan untuk makanan itu. Dia menikmati makanan itu dengan senyuman manis.

"Hyung! Sedap macam biasa!" Pujinya dengan senyuman dia. Dia berjalan untuk pergi daripada sana. Minho baru selesai untuk mandi dan bersiap.

Minho tersenyum melihat Jisung yang menikmati makananya itu. Dia mendudukan dirinya di sebelah Jisung. Membersihkan mulut Jisung yang comot.

"Nanti nak hyung belikan apa?" Tanya Minho sambil memandang ke arah Jisung dengan senyuman dia.

"Cheescake!" Minho menganggukan kepalanya. Dia mencapai beg dan berjalan untuk pergi. Jisung masih diam di sana.

Selepas merasakan Minho benar-benar sudah pergi, Jisung bangun dan menghampiri jendela besar. Melihat kereta Minho berlalu pergi.

Keluhan dia lepaskan.

++++++++++++++++++

"Kau letak atas meja tu." Kata Minho kepada salah seorang budaknya. Setelah itu dia berjalan keluar daripada studio itu. Minho ingin kembali ke rumah dengan cepat.

Minho baru saja ingin masuk ke dalam kereta, namun dia berhenti saat dia melihat seseorang yang tidak asing dimatanya. Serta hatinya.

"Seungmin?" Yang dipanggil menoleh memandang ke arah sumber suara. Minho menghampiri Seungmin yang masih berdiam diri di sana. Mungkin terkejut seperti Minho.

"Hy-hyung."

"Buat apa?"

"Tunggu grab." Minho melihat jam di tangan. Dia membuang nafas dalam.

"Biar hyung hantar."

"Takpe hyung, Mi-"

"Dah nak gelap. Jom." Minho menarik tangan Seungmin menuju ke keretanya. Dia membuka pintu untuk Seungmin dan menyuruh Seungmin untuk masuk ke dalam.

Minho juga ikut ke dalam. Dia menghiduppkan enjin kereta dan mula untuk memandu. Tangan yang bebas dia memperlahankan suhu AC kereta.

"Lama kita tak jumpa."

"Uhm."

"3 bulan. Seungmin apa khabar? Macam mana permakanan? Sihat?"

"Sihat. Semuanya okay. Meskipun tak."

"Masih tak suka benda lasak?" Seungmin memandang Minho. Dia menghela nafas dalam.

"Sedang belajar." Kata Seungmin. Keadaan kembali sunyi. Keduanya masih bermain dengan fikiran sendiri.

"Aprtment ke rumah eomma?"

"Apartment je. Eomma belum tahu kalau kita dah putus." Kata Seungmin sambil matanya memandang keluar tingkap. Minho kembali terdiam. Dia memandu terus ke rumahnya.

"Hyung tak nak singgah dulu?" Minho menganggukan kepalanya dan mengikuti Seungmin daripada belakang. Dia masuk ke dalam unit apartment Seungmin.

Keadaan rumah yang sangat santai. Sama seperti selalu. Menjadi tempat ternyaman dirinya.

"Min siapkan air."

++++++++++++++++++

Keluhan dilepaskan. Dia mentup TV dan berjalan untuk naik ke atas. Namun berhenti saat melihat pintu rumah terbuka. Dengan tergesa dia menghampiri pintu masuk.

"Hyung kenapa balik lambat?!" Jisung memandang Minho dengan muka cemberutnya. Minho tertawa kecil lalu mengusak rambut Jisung perlahan.

"Kenapa tak tidur lagi? Tunggu cheescake?"

"Tunggu hyung." Katanya lalu memeluk Minho. Jisung memeluk erat Minho dan Minho hanya tertawa saja. Jisung memang sedikit manja. Keduanya menuju ke bilik.

Minho meminta untuk membersihkan dirinya. Dia melihat cermin yang memantulkan wajahnya itu. Perlahan dia mengeluh dengan perlahan.

"Hyung dah bahagia?"

"Bahagia..." Minho memandang Seungmin dengan pandangan bertanya.

"Kenapa?"

"Takde apa. Terasa tak adil."

"Tak adil?"

"Hyung bahagia sedang Min siksa lupakan hyung."

Dia mengeluh dengan perlahan. Membasuh wajahnya dengan air sejuk bagi menyedarkan dirinya.

TOK TOK TOK TOK

"Hyung...dah siap?"

"Ne!" Katanya lalu menutup pili air.

Minho berjalan keluar daripada tandas. Dia berjalan menghampiri Jisung yang ada di atas katil sambil bermain dengan handphone. Minho menukar pakaianya lalu ikut membaringkan dirinya di atas katil.

"Tuoaibuat apa?"

"Saja. Main handphone sebelum tidur." Katanya dengan senyuman. Dia meletakkan handphone nya dan mula memeluk Minho.

"Ji sayangkan hyung." Perlahan mata itu mula tertutup. Minho membuang nafas dalam.

Apa erti sayang yang sebenarnya?

++++++++++++++++++

"Kau sendiri lagi dekat sini?" Seungmin menoleh memandang ke belakang. Dia memberikan senyuman kecil. Menyuruh lelaki itu untuk duduk bersamanya.

"Ada apa?" Tanya Seungmin memandang ke arah lelaki itu dengan senyuman.

"Takde apa. Aku saja datang sini." Dia memberikan minuman tin kepada Seungmin.

"Sengaja tapi dah belikan air?" Hanya gelakkan saja dia berikan. Keduanya hanya diam tenang memandang ke depan.

"Tempat ni cantik." Seungmin menganggukan kepala. Tenang dan cantik.

"Sama cantik macam memori yang tercipta." Hyunjin memandang Seungmin yang masih termenung memandang ke depan dengan wajah yang murung. Hyunjin hanya diam mendengarkan itu.

Hyunjin mengeluarkan handphone nya dan menangkap gambar yang ada di depanya itu. Langit oren yang menandakan matahari akan terbenam meninggalkan langit biru.

"Kau masih ingatkan dia?"

"Huum."

"3 bulan dah Min. Kau dah kena move on." Seungmin memandang Hyunjin lalu menggelengkan kepalanya perlahan. Dia hanya diam saja.

Hyunjin juga hanya mendiamkan diri saja.

++++++++++++++++++TBC



"Ini tidak adil untuk mereka yang kau letakkan dalam dunia kau." - author

Masa lalu atau Masa Depan?Where stories live. Discover now