Hyunjin masuk ke dalam studio milik sahabatnya dan kebetulan ada penghuni di dalam.
"Jisung tak datang lagi?" Tanya Hyunjin. Chan menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Dia memusingkan kerusinya lalu menyerahkan ice coffee lebih yang dia beli.
"Thanks." Tidak lama itu Jisung menghadirkan diri dengan coffee di tangan. Mukanya nampak sangat penat dan lesu. Dia mendudukan diri di sofa sebelah Hyunjin.
"Kau asal datang sini?" Tanya Jisung sambil membuka topinya dan membetulkan rambutnya.
"Saja." Jisung hanya menganggukan kepalanya dengan perlahan. Jisung dan Chan mula membuat kerja mereka menyiapkan kerja mereka. Hyunjin hanya bermain dengan handphone saja.
Setelah beberapa jam, akhirnya semua kerja sudah selesai. Keduanya meregangkan badan yang sangat lenguh. Hyunjin memandang mereka berdua.
"Errr sebenarnya aku jumpa dia semalam." Jisung dan Chan memandang satu salam lain lalu memandang Hyunjin.
"Orang yang kau minat?" Hyunjin menganggukan kepala.
"Jadi? Dia terima kau?"
"Dia bukan seseorang yang mudah untuk sukakan seseorang." Kata Hyunjin. Chan hanya menggeleng kecil.
"Semua orang macam tu kalau dia tak suka dekat orang tu." Balas Jisung santai. Hyunjin hanya diam saja.
"Saran aku, lebih baik kau berhenti. Daripada kau sakit sendiri nanti"
"Aku tahu. Tapi aku tak boleh jauh daripada dia. Aku...aku cuma nakkan dia." Kata Hyunjin membuatkan mereka berdua hanya menggeleng kecil.
"Suka hati kaulah, nanti kalau kau dah penat kau boleh berhenti sendiri nanti." Kata Jisung dengan malas. Cakap sebanyak apapun takkan pernah faham si Hyunjin ni.
"Maaf aku bukan tak nak berhenti tapi..." Hyunjin tidak dapat menjelaskan semuanya.
++++++++++++++++++
Seungmin memasukkan bekas makananya ke dalam microwave. Untuk memanaskan makanan semalam. Keluhan dia lepaskan dengan perlahan. Tidak lama itu.
"Seungmin?" Seungmin menoleh dan ternyata itu adalah Felix. Sahabatnya. Felix menghampirinya lalu mendudukan diri di sebelah Seungmin.
"Makanan semalam?" Seungmin menganggukan kepala.
"Aku ada bawak ayam lebih, kau makan sekali okay."
"Thanks Lix." Felix hanya memberikan senyuman kecil saja. Tidak lama itu seseorang menghampiri mereka berdua.
"Korang makan apa?" Tanya Jeongin dengan excited. Dia tersenyum dengan manis.
"Benda sama." Kata Seungmin dengan senyuman dia. Seungmin menikmati makanan itu dengan sedikit termenung.
"Kau fikirkan apa?" Tanya Felix memandang ke arah Seungmin. Seungmin hanya menggelengkan kepala saja. Dia hanya menghela nafas dalam dengan perlahan.
"Aku jumpa dia semalam." Kata Seungmin dengan perlahan. Felix dan Jeongin memandang satu sama lain.
"Jadi?" Seungmin menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Dia masih sama dengan jawapan tiu.
"Min kau tak boleh mempermainkan perasaan orang. Kau akan dianggap pesalah." Kata Felix tegas mengatakan itu. Seungmin membuang nafas dalam dengan perlahan.
"Aku tahu. Aku cuma anggap dia kawan je Lix, aku tak rasa lebih dan aku rasa Hyunjin tahu semua itu." Jeongin hanya diam mendengarkan perbualan dua manusia di depanya itu. Setelah keduanya sunyi barulah dia bersuara.
"Kau tak boleh terus terperangkap dengan masa lalu kau. Min, kau kena berani buka langkah dan buka jalan untuk sesiapa saja." Kata Jeongin. Menikmati makananya seketika lalu-
"Kita juga jangan sembunyikan perasaan untuk kesenangan orang lain. Terkadang kita perlu bersuara untuk itu menjelaskan apa yang kita rasa." Jeongin memandang ke arah Seungmin dan Felix berganti.
Dai menghabiskan makananya dan meminta diri untuk pergi daripada sana. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
++++++++++++++++++
Changbin meletakkan stick nya lalu memandang kedua lelaki yang ada di depan itu.
"Kalau rasa tak nak main, kita tak payah jumpa macam ni." Kata Changbin malas. Dia memandang Minho lalu memandang Felix yang ada di sana.
"Apa yang kau gaduhkan Lix?"
"Takde apa hyung."
"Ada. Kau tak payah nak tipu. Cuba jelaskan apa?" Minho dipandang untuk penjelasan.
"Takde apa, jom makan." Minho memulangkan kembali stick itu di atas kaunter lalu berjalan untuk pergi ke arah cafe yang dekat. Changbin dan Felix berjalan untuk pergi.
Mereka bertiga sudah memesan makanan mereka sendiri. Minho mula memanggang daging yang ada di depan. Changbin masih tidak berpuas hati.
"Cuba kau jelaskan, apa yang jadi?"
"Cuba hyung tanya pada sepupu kesayangan hyung ni."
"Apa Lix? Pasal dia lagi? Aku dah cakapkan aku dah takde apa-apa dan aku cuma-"
"Cuma apa? Rindu? Hyung sedar tak hyung dah ada Jisung!" Felix sudah hilang sabar untuk bercakap lembut depan abang nya itu. Changbin sudah faham situasi itu.
Changbin mengambil penyepit daripada Minho lalu menyambung kerja Minho. Dia masih cuba untuk tenang, tidak mahu ikut emosi dengan situasi sekarang.
"Hyung...kau masih terperangkap?"
"Aku...aku tak tahu."
"Kau kena fikir. Takkan kau nak buat benda yang sama macam mana kau buat Seungmin? Kau tak takut kau kena karma?" Minho menghela nafas dalam.
"Mungkin ini karma aku. Mencintai Jisung tapi sukar melepaskan Seungmin."
"Jangan jadi bodohlah hyung! Jangan siksa sahabat Lix macam tu boleh?! Cukup kebodohan hyung dulu!"
"Felix, duduk dulu." Changbin cuba menenangkan Felix yang sudah terbawa emosi.
"Korang makanlah, aku dah bayarkan."
"HAH BAGUS! Lari hyung! Lari! Memang hyung suka lari daripada masalah!"
++++++++++++++++++TBC
"Jangan siksa seseorang yang takkan pernah faham kisah kau. Jangan lari daripada masalah dan jangan menyalah sesiapa. Yang patut kau salahkan diri kau. Berhenti dan belajar daripada kesilapan." -Lee Felix-
YOU ARE READING
Masa lalu atau Masa Depan?
РазноеKau pernah berada di situasi ini? Bersama dengan masa yang menjaminkan masa depan penuh kebahagiaan namun masih tersesat di masa lalu yang penuh dengan keindahan. Pilihan mana yang akan kau pilih? Apakah kau akan pilih masa depan atau masa lalu? Ada...