-3- Buat Pilihan

8 1 0
                                    

"Rasalah, nenek baru je buat."

"Thanks nenek." Kata Felix lalu menghirup teh hangat acuan Jepun itu. Dia merasakan tenang merasakan minuman itu.

"Nenek nampak Minho dekat belakang muram je. Dia kenapa?" Felix menghela nafas dalam dengan perlahan. Dia menggelengkan kepala perlahan.

"Entah. Lix tak tahu." Katanya. Dia malas untuk mengambil tahu lagi. Dia menghirup kembali teh hangat itu. Namun ada rasa serba salah pada hatinya melakukan itu kepada abangnya itu.

Dia akhirnya bangun dan berjalan ke belakang. Minho sedang termenung dengan teh yang sama. Perlahan dia mendekat dan mendudukan dirinya.

"Kenapa dekat sini?"

"Saja." Kata Minho dengan keluhan perlahan. Dia menghirup tehnya.

"Hyung fikirkan sesuatu yang buatkan hyung penat."

"Jisung dan Seungmin." Minho menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.

"Hyung masih tak berani lepaskan Seungmin?" Tanya Felix namun Minho tidak menjawab sama sekali. Dia juga tidak tahu dia kenapa. Adakah dia sudah merasakan gila bayang?

Dia terkadang terfikir bagaimana Jisung akan memberikan reaksi jika dia tahu semua ini? Bagaimana semuanya akan terjadi?

"Nak atau tidak hyung kena pilih. Melepaskan dan mulakan yang baru atau masih diam dan biarkan diri tu tersakiti." Katanya lalu berjalan pergi daripasa. Takutnya dia akan kembali mengikuti amarah dalam hati.

Dia marah kerana Minho seperti mempermainkan perasaan sahabatnya Seungmin. Dan sedang mempermainkan hubungan dengan kekasih yang baru. Felix merasakan Minho itu pengecut dan pencundang.

Minho sendiri? Dia tidak tahu.

++++++++++++++++++

Minho masuk ke dalam biliknya itu. Dia melihat Jisung yang baru saja selesai mandi.

"Eoh? Hyung balik awal harini?"

"Kenapa?"

"Selalunya hyung balik lambat." Minho hanya diam. Dia memandang Jisung lalu tersenyum perlahan. Dia berjalan untuk menaiki keretanya itu. Dia memandang ke arah Jisung yang sedang bersiap.

Setelah itu Jisung menghampiri Minho dengan senyuman. Minho juga tersenyum dengan manis. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.

"Tupai...maaf."

"Kenapa hyung?"

'Sebab hyung confuse dengan perasaan hyung yang bercelaru. Hyung sayangkan Jisung tapi hyung masih tak mampu lepaskan Seungmin.'

"Sebab selalu balik lambat." Katanya dengan senyuman kecil. Dia memandang ke arah Jisung yang memberikan senyuman kecil.

"Ji faham. Ji faham kalau hyung balik lambat." Kata Jisung dengan senyuman dia. Dia memeluk Minho dengan erat meletakkan kepalanya di dada Minho. 

Minho kembali membalas pelukkan Jisung. Merasakan sangat bersalah dengan apa yang dia lakukan sekarang. Dia mengelus rambut Jisung yang lembab itu.

"Hyung sayangkan tupai."

Sayang hyung juga." Keduanya masih diam berpelukkan satu sama lain. Minho hanya tidak mampu lepaskan lelaki itu dengan mudah, sama seperti Seungmin.

Pilihan apa yang cuba dia lakukan?

Perlahan air mata itu menitis. Namun dipaksakan untuk tidak bergerak dan tidak jatuh. Supaya tidak diketahui oleh yang lain. Biar ini menjadi rahsia.

++++++++++++++++++

Minho dan Jisung masuk ke dalam sebuah restaurant camping yang sudah ditempah oleh Minho.

"Wahh hyung! Cantik!" Katanya dengan senyuman dia. Dia melihat sekeliling dengan wajah gembiranya. Mereka berdua untuk duduk di tempat memasak.

Minho mula untuk memagang daging yang sudah tersedia. Jisung tentu saha excited dengan apa yang dia akan makan nantinya.

"Hyung yang sediakan semua ni?"

"Of course."

"Mesti mahal."

"Untuk orang yang tersayang, apa salahnya." Minho meletakkan daging yang sudah masak didalam piring yang berbeza. Dia memandang ke arah Jisung dengan pandangan yang sayang.

"Makanlah, ni dah siap." Kata Minho dan Jisung bersorak riang. Dia mula menyiapkan bungkusan daging untuknya namun-

"Bukan makan pedas? Hyung rasa Mong makan pedas." Jisung terdiam. Dia memandang Minho yang masih santai memasak daging. Tidak sedar dan itu membuatkan Jisung pelik.

"Mong?" Saat ditanya baru Minho terdiam dan merasakan seperti gugup. Dia memandang ke arah Jisung lalu berdehem kecil.

"Hyung tak sengaja. Hyung tersalah panggil hyung cu-" Jisung memegang lengan Minho lalu memberikan senyuman kecil. Dia menggeleng perlahan.

"Jangan panik. Takpe Jisung faham." Jisung mula makan makanan yang sudah siap dengan senyuman. Minho masih merasakan gugup dengan apa yang terjadi.

Kenapa dia boleh memanggil itu.

"Hyung masih tak dapat lupakan dia?"

"Ji hyu-"

"Takpe, hubungan kita je memang dah susah. Ji faham. Jisung izin ke tandas dulu." Jisung berlalu pergi daripada sana.

"BODOH MINHO!" Makinya pada diri sendiri. Dia bangun dan berjalan untuk menghampiri Jisung namun dia putuskan niatnya. Bukan sekarang. Jisung perlukan masa.

++++++++++++++++++

Jisung membuka headphone nya. Dia menghela nafas dalam dengan perlahan. Dia melihat handphone nya.

Dia hanya diam termenung. Perlahan matanya itu dipejamkan.

"Apa pilihan aku salah?" Tanya Jisung pada diri sendiri. Dia tertanya seketika. Adakah dia bersama dengan Minho adalah pilihan yang betul?

Pilihan yang baik seperti apa dan yang buruk bagaimana bentuknya? Jisung tidak tahu jika ini adalah pilihan yang baik. Jisung tidak faham.

Adakah dia salah bersama dengan Minho yang masih belum selesai dengan masa lalu? Adakah dia akan bersama dengan Minho selamanya? Jisung tidak faham. Tidak faham dengan situasi macam ni.

++++++++++++++++++TBC



"Aku tak minta banyak. Cukup kau jujur semuanya. Jujur dengan apa yang cuba kau lakukan. Jujur dengan pilihan yang kau buat. Jangan bagi kesiksaan ini berlama dan menganggu hubungan kita." -Han Jisung-

Masa lalu atau Masa Depan?Where stories live. Discover now