Menjadi ego tidak pernah salah dalam hal ini. Mungkin untuk kebaikan mungkin juga untuk keburukan. Semuanya sudah menjadi kisah yang menyakitkan dan sejarah dalam hidup.
Sudah 4 bulan Jisung menetap di Korea. Namun sejujurnya dia tidak mahu menetap di Korea. Dia akan terus menetap di UK. Sudah dia bincangkan kepada semua orang. Dia tinggal 8 jam sebelum dia kembali ke UK.
"Jadi...kau dah sedia?" Jisung menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia keluar daripada bilik ditemani dengan Hyunjin. Menuju ke dewan, berjalan terus untuk sampai ke altar. Melihat seseorang yang sudah menunggu di depan sana.
"Selamat bahagia." Bisiknya dengan perlahan. Kakinya berhenti di depan altar dengan senyuman. Menarik nafas dalam dengan perlahan. Kaki itu melangkah naik ke atas altar. Menatap lelaki yang ada di di depanya sekarang.
"Lee Minho."
"Saya."
"Adakah anda sudah siap menerima Kim Seungmin sebagai pasangan sehidup semati, susah dan senang bersama menempuhi segala rintangan dalam kehidupan perkahwinan."
"Saya siap."
"Kim Seungmin."
"Saya."
"Adakah anda sudah bersiap untuk menemani Lee Minho sebagai pasangan sehidup semati, susah dan senang bersama sehingga akhir hayat?" Seungmin menata ke bawah. Jisung dan Hyunjin dipandang silih berganti.
"Saya...siap." Dan ucapan itu mengakhiri segala hubungan yang pernah tercipta.
Satu nafas membuatkan Hyunjin membawa Jisung ke dalam pelukan. Kini Minho sudah benar-benar bukan milik Jisung. Seungmin sudah memilih orang yang terbaik untuk hidupnya. Jeongin silap.
Seungmin sudah lama memilih Minho dan takkan pernah berubah. Kejap! Sekarang di mana lelaki musang itu?
++++++++++++++++++
"Ji pernah suruh hyung fikirkan jawapanya. Dan sekarang hyung nak Ji dengar jawapan hyung. Hyung pilih seseorang yang membuatkan Ji pergi dan hyung berfikir. Hyung menyakitkan Ji dengan perasaan yang tak pernah hilang untuk dia."
"Jadi...pilihan hyung ialah Seungmin."
"Maafkan hyung..."
"Hyung berhak bahagia. Semoga hyung dan Seungmin bahagia dengan keputusan ini."
Sepertinya ada satu tusukkan yang menghentam dada Minho saat melihat Jisung sekarang. Dia tak menyesal dengan pilihan ini, cuma rasa serba salah sangat tinggi.
Membawa Jisung masuk ke dalam hubungan yang dia sendiri belum siap untuk mulakan. Membuatkan Jisung lalai dengan segala janji manis dan akhirnya terluka. Semuanya kerana dia.
"Hyung minta maaf..."
"Tak perlu. Hyung berhak pilik kebahagiaan. Kita memang takkan mampu bersama. Jadi Ji terima semuanya." Dia memandang Seungmin.
"Kau pun berhak bahagia. Aku pulangkan apa yang pernah jadi milik kau. Kini, kebahagiaan milik kau dan dia." Kata Jisung.
"Jisung...flight kau." Jisung melihat jam. Sudah sepatutnya dia di airport. Dia nampak panik.
"Biar Minho hyung hantar kau."
"Tapi majlis kau-"
"Aku ada benda nak cakap dengan Hyunjin." Minho hanya mengangguk dan membawa Jisung ke kereta. Memandu laju sehingga ke airport.
Minho membantu Jisung mengeluarkan segala barangnya. Mereka bertatapan.
"Boleh Ji minta peluk untuk yang terakhir." Minho menganggukan kepalanya dengan perlahan. Mereka berpelukan dengan erat.
"Sekali lagi, hyung minta maaf untuk semua yang hyung katakan dan buat. Ji perlu mencari kebahagiaan Ji."
"Terima kasih." Jisung tersenyum kecil. Dia terus berlari masuk ke dalam.
++++++++++++++++++
"Kau kenapa bro?"
"Jangan kacau aku, aku takde mood ni." Katanya dengan lemah. Sunwoo memandang Eric lalu tertawa.
"Kau ni gila ke? Kau kenapa?"
"Kau diam boleh?"
"Ric, kau nak emo kenapa?"
"Aku cakap DI-" Eric terdiam. Dia memandang ke belakang. Ada Sunwoo namun Sunwoo ditolak ke tepi. Dia melihat sosok yang dia rindukan. Lantas dia bangun dan memeluk dengan erat. Sunwoo hanya menggelengkan kepala.
"Kau balik Ji?"
"Kau nampak aku nak pergi ke?" Eric kembali memeluk dengan sangat erat. Dia menghela nafas dalam dengan perlahan.
"Kejap kejap, ni kenapa kau bahagia sangat Jisung balik ni?" Sunwoo masih tak faham. Eric dan Jisung memandang satu sama lain lalu tertawa kecil.
"Woo."
"Apa?"
"Aku official couple dengan Jisung."
"Ji...aku tahu yang kau sebenarnya tahu aku suka dekat kau. Aku cintakan kau tapi aku nampak kau harapkan dia. Jadi aku cuma nak kau tahu yang perasaan aku akan tetap sama walaupun kau dengan dia akan berkahwin."
"Eric...aku tak tahu jawapanya. Tapi kalau nanti aku balik, maksudnya kau pilihan aku dan kita akan bersama. Kalau aku tak balik kau kena terima aku harapkan dia."
"Baik. Aku tunggu."
Eric memandang Jisung. Senyumanya penuh dengan kegembiraan. Cukup jelas dia berterima kasih. Atas peluang ini dia akan gunakan sebaiknya. Meskipun dia tahu akan semuanya.
Berhubungan dengan seseorang yang masih terperangkap dengan masa lalu takkan pernah berjaya.
++++++++++++++++++END
YOU ARE READING
Masa lalu atau Masa Depan?
RandomKau pernah berada di situasi ini? Bersama dengan masa yang menjaminkan masa depan penuh kebahagiaan namun masih tersesat di masa lalu yang penuh dengan keindahan. Pilihan mana yang akan kau pilih? Apakah kau akan pilih masa depan atau masa lalu? Ada...