"Jin! Kita nak ke mana?"
"Ikut jelah Min! Dekat sini best!" Seungmin hanya pasrah saat Hyunjin menarik tanganya masuk ke dalam. Seungmin melihat ke dalam studio ini.
"Ini tempat apa Jin?"
"Ini studio photocard. Aku nak buat satu gambar dengan kau."
"Untuk apa?" Seungmin memandang Hyunjin malas. Fikiran Hyunjin ini susah untuk diteka. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
Hyunjin hanya memberikan senyuman. Dia mengambil topi lalu dipakaikan dikepala Seungmin. Dia memandang ke arah Seungmin dengan senyuman dia.
Seungmin sendiri hanya tidak mahu melayan lebih jadinya dia hanya pasrah bila Hyunjin memperlakukan dia begitu.
Hyunjin membawa Seungmin ke depan camera dan mula untuk menangkap gambar. Hyunjin mula berpose begitu juga Seungmin. Mereka berdua mula bermain bersama di depan camera.
Banyak gambar sudah dia lakukan. Setelah itu keduanya duduk untuk melihat banyak gambar yang diambil.
"By the way, ni studio siapa?" Hyunjin tersenyum dengan manis.
"Studio aku." Seungmin membesarkan matanya. Dia tidak pernah tahu jika Hyunjin sudah berjaya membuka studi photoshoot yang diidamkan.
"Kau berjaya?!" Hyunjin menganggukan kepalanya dengan perlahan. Seungmin lantas memeluk Hyunjin dengan erat kerana terlalu gembira.
Hyunjin membalas pelukan dengan lembut. Dia tersenyum sedikit bahagia merasakan ini.
Studio pertamanya. Gambar pertama dari camera pertama. Hyunjin merasakann ini adalah hari paling bahagia. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
Seungmin masih tersenyum memandang Hyunjin.
"Aku belanja kau makan!"
"Okay cool!"
++++++++++++++++++
"Best?"
"Bolehlah. Biasalah teman dia beli macam-macam." Seungmin mengatakan itu sambil tanganya laju bermain dengan game. Mereka bersantai di rumah Felix.
"Kau takde niat terima dia?"
"Masih belum Jeong. Aku masih belum terima sesiapa." Kata Seungmin menegaskan keputusanya.
"Jadi jangan bagi harapan pada dia." Seungmin memandang Felix.
"Aku bagi harapan dekat siapa? Hyunjin? Lix, aku tak pernah anggap dia lebih. Aku tak pernah merasakan dia ada dalam hati aku."
"Kau je yang buta Min. Dia separuh nyawa sukakan kau. Kau kira beruntung dia sayangkan kau." Felix bangun dan menuju ke keluar. Mungkin menenangkan fikiranya.
Jeongin yang tadinya diam menghampiri Seungmin.
"Kau tak tahu?"
"Apa? Kau nak tambah minyak?"
"Felix sukakan orang yang keluar dengan kau."
"Hyunjin?"
"Dia cuma diam dan pendam sebab dia nampak Hyunjin sukakan kau. Dia cuma berharap kalau Hyunjin sukakan kau, kau boleh lupakan Minho hyung dan bahagia." Seungmin membuang nafas dalam.
Jeongin memandang Seungmin dan mengelus perlahan bahu Seungmin.
"Aku tak nak ada pertengkaran diantara kita. Felix korbankan banyak benda untuk kita bahagia. Boleh aku minta kau sedikit ada hati untuk fikirkan masa depan?"
++++++++++++++++++
Minho membuang nafas dalam. Dia mendudukan dirinya di salah satu kerusi yang ada di sana.
"Ada benda yang kau perlu lepaskan." Minho mengatakan itu pada diri sendiri. Dia mengeluarkan handphone nya lalu membuang nafas dalam. Tidak lama itu seseorang duduk di sebelah Minho.
"Tak sangka masih ingat jalan ni."
"Bodoh kalau hyung tak ingat. Tempat pertama kita jumpa." Kata Minho lalu menoleh memandang Seungmin. Keduanya memang ada di stadium baseball yang ada di sana.
Seungmin dan Minho hanya diam memandang ke depan. Dia menghela nafas dalam dengan perlahan. Minho memandang ke arah Seungmin.
"Kehidupan hyung buruk."
"Seungmin pun."
"Semuanya buruk selepas apa yang jadi." Minho membuang nafas dalam.
"Dia tak membahagiakan?"
"Dia membahagiakan. Hanya ada satu kebahagiaan yang pernah hyung rasa dan itu susah untuk dilupakan." Kata Minho dengan keluhan dilepaskan.
Dia memang sial. Minho tahu akan hal itu. Begitu juga dengan Seungmin.
"Dia patut rasa semua ni. Sebab dia-"
"Jisung tak salah. Dia tak salah, hyung yang bawa dia masuk saat hubungan kita masih bersama." Seungmin membuang nafas dalam.
"Semua ini memang salah dia hyung. Kita akan baik-baik kalau-"
"Hyung yang jatuh cinta pada dia bukan dia. Hyung yang patut Mong marah." Seungmin bangun daripada duduknya lalu memandang Minho.
"Apapun itu, dia tetap salah." Katanya dan berjalan pergi daripada sana. Minho sendirian memejamkan matanya dengan perlahan.
++++++++++++++++++
"Boleh. Nanti hyung siapkan semuanya."
"Kenapa pula?"
"Biar hyung berjaya jadi kekasih paling bahagia untuk Ji." Keduanya tertawa lepas. Tidak lama itu Hyunjin masuk ke dalam studio yang ada Minho. Keduanya bersalaman.
Jisung membiarkan Hyunjin bercerita bersama dengan Minho. Dia sendiri menyiapkan kerjanya dengan baik. Sesekali dia cuba mendengarkan panggilan itu.
"Macam mana kalau dia ke suatu tempat untuk melepaskan rindu pada seseorang yang sudah jadi masa lalu?"
"Sebab dia rindu. Tempat ada cerita." Minho menjelaskan itu. Seungmin menganggukan kepalanya dengan perlahan. Mungkin ini adalah jawapan untuk Jisung sendiri.
Bagaimana tidak, dia merasakan Minho juga melalukan benda yang sama. Datang ketempat yang asing baginya dan mengatakan cuaca di sini indah. Pasti Minho pernah ke sini dan menikmatinya.
Dan itu bersama dengan seseorang yang membuatkan dia susah melupakan semuanya. Jisung cemburu, namun dia tidak dapat jelaskan semuanya.
Hyunjin dan Minho berbual rancak dengan tenang. Jisung kembali menyambung membuat kerjanya dengan baik.
++++++++++++++++++TBC
"Kau terperangkap dalam masa lalu dan aku terperangkap dalam perasaan aku sendiri. Boleh kau bagi aku satu kesempatan untuk aku jelaskan kehadiran aku dalam hidup kau yang sebenar?" -Han Jisung-
YOU ARE READING
Masa lalu atau Masa Depan?
RandomKau pernah berada di situasi ini? Bersama dengan masa yang menjaminkan masa depan penuh kebahagiaan namun masih tersesat di masa lalu yang penuh dengan keindahan. Pilihan mana yang akan kau pilih? Apakah kau akan pilih masa depan atau masa lalu? Ada...