-15-Jawapanya

10 1 0
                                    

Perlahan dia meletakkan cawan itu ke atas meja. Dia memandang ke arah luar tingkap. Tidak dia sedar sudah lebih setahun dia di sini. Menetap menenangkan fikiranya. Seseorang menghampirinya lalu merangkul bahunya.

"Are you ready?"

"I'm ready."'

"Macam mana kalau dia-"

"Aku dah terima semuanya. Ric, thanks sebab kau selalu ada dengan aku." Eric memberikan senyuman kecil sambil menganggukan kepala. Dia mengusak rambut Jisung.

"Semuanya untuk kau Ji, aku harap kau akan jumpa kebahagiaan yang kau cari." Jisung menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

"Kebahagiaan aku dah habis hanya dekat dia." Kata Jisung dengan perlahan. Eric tahu, meskipun sudah setahun lebih Jisung masih suka mengingatkan lelaki yang dia kenal sebagai Minho.

Eric membantu Jisung membawa luggage itu turun dariada apartment. Dia akan menghantar lelaki itu ke airport. Balik ke Korea setalah melarikan diri ke UK. Dia menghela nafas dalam dengan perlahan.

Sesaat sampai di airport mereka berpelukkan melepaskan rasa rindu yang akan dapat dan perasaan sedih. Eric memandang sahabatnya dengan keluhan.

"Make sure kau datang semula dengan kegembiraan. Aku tak nak tengok mata kau bengkak lagi, kau sakit dan menangis. Bagi semula Han Jisung aku." 

"Baik Ric. Kau take care." Jisung masuk ke dalam balas pelepasan. Eric hanya mampu melihat saja. Dia mengeluh dengan perlahan. Berjalan masuk ke dalam kereta. Dia cuma berharap Jisung bahagia dengan pilihan yang sudah dia pilih.

"Wish you luck buddy."

++++++++++++++++++

Penerbangan yang lama membuat dia mengeluh dengan perlahan. Melihat keadaan negara asal membuatkan Jisung sedikit tidak bersedia. Dia keluar daripada sana.

"Puas dah?" Dia menoleh kebelakang. Tersenyum dia melihat sahabat yang dia rindukan. Pelukan diberikan kepada Hyunjin dan Chan yang ada di sana. Tepat masa mereka datang. Jisung memeluk keduanya dengan sangat gembira.

Jisung memandang Hyunjin dan Chan silih berganti. Dia memberikan senyuman kecil. Keluhan dilepaskan dengan perlahan.

"Kau dah okay?"

"Kalau tak okay kenapa aku balik."

"Ji kau-"

"Aku okay." Katanya dengan senyuman. Mereka bertiga menuju ke kereta Chan. Chan akan menghantar Jisung ke apartment nya sendiri. Dia memandang Jisung yang termenung keluar kereta.

"Kau balik atas kerelaan?"

"Uhm."

"Bukan sebab apa yang aku hantar?" Jisung menggelengkan kepala. Ini kerelaan dia untuk balik ke Korea.

"Apa kau buat dekat sana?" Tanya Hyunjin bagi mengalihkan topik. Jisung memandang ke depan semula.

"Banyak. Eric banyak bantu aku untuk selesaikan semua masalah aku. Dan here I am." Katanya dengan senyuman dia. Hyunjin dan Chan sedikit lega mendengarkan itu. Setidaknya di sana Jisung tidak sendirian.

Mereka sampai di aparment Jisung. Apartment yang sudah lama ditinggalkan. 

"Kau nak aku tolong?"

"Ehh takpe, aku nak terus rehat." Katanya dengan senyuman dia. Dia membawa begnya masuk ke dalam bangunan itu dan terus menghilang ke lift.

Jisung masuk ke dalam apartment nya lalu menghela nafas dalam. Luggage nya diletakkan di dinding dengan tenang. Senyuman yang tadinya diukir untuk Chan dan Hyunjin hilang.

Jujur dia masih sakit dengan semua benda. Apartment ini juga menyimpan banyak kenangan yang susah untuk dia lupakan.

"Kau kena kuat Ji, semuanya takkan berulang kembali." Katanya dengan perlahan. Dia berjalan masuk ke dalam biliknya.

Dia perlu membuang segalanya. Segala rasa dan siksaan perlu dia lupakan mulai sekarang.

++++++++++++++++++

"Terima kasih." Katanya Jisung dan berjalan keluar daripada sana. Dia baru saja menyesap kecil tiba-tiba

"Jisung?"

DEG!

Suara ini. Suara yang sudah dia rindukan selama setahun lebih. Sudah dia mimpikan akan berjumpa di tahun yang sebelum ini. Kini berada tepat dibelakangnya. Perlahan dia memusingkan badan.

"H-hyung." Minho nampak terkejut dengan kehadiran Jisung. Jisung memberikan senyuman kecil kepada lelaki di depanya itu.

Tanpa diduga, Minho lantas memeluk Jisung dengan erat. Erat dan tidak mahu dilepaskan lagi. Jisung tentu saja tidak menyanagka. Tidak menolak tidak membalas. Dia hanya...terkejut.

Sehinggalah mereka memutuskan untuk berjumpa di taman. Jisung hanya diam memandang permandangan manakala Minho dalam fikiran.

"Apa khabar sekarang?"

"Baik."

"Ji ke mana? Hyung tunggu Ji balik." Kata Minho dengan perlahan. Jisung menoleh memandang Minho lalu berdehem.

"Ke UK. Untuk tenangkan fikiran."

"Ji masih marah?" Jisung menggelengakan kepalanya dengan perlahan.

"Takde sebab nak marah pada hyung."

"Hyung..."

"Kalau hyung nak cerita masa lalu, takkan mengubah apa-apa. Ji dah bahagia dengan pilihan Ji." Kata Jisung dengan tenang. Dia memandang Minho yang mengangguk faham. Jisung terasa sangat kekok sekarang. Dia merasakan sangat tidak selesa.

"Hyung dengan Se-"

"Jangan cakap pasal orang lain jika hanya kita di sini." Kata Minho dengan tenang namun sedikit tegas. Seperti biasa, Jisung tetap merasakan Minho 'nya' ada dalam diri Minho sekarang. Dia membuang nafas dalam.

Jisung dan Minho hanya diam menikmati keadaan. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa dia sangat bahagia sekarang. Semuanya benar-benar seperti dalam mimpi.

"Hyung...Ji balik dulu." Jisung beranjak untuk pergi, namun langkahnya terhenti saat-

"Ji pernah suruh hyung fikirkan jawapanya. Dan sekarang hyung nak Ji dengar jawapan hyung. Hyung pilih-"

++++++++++++++++++TBC

"Bukan sesiapa yang patut aku salahkan. Aku hanya sudah terima semuanya. Jika dia bukan untuk aku." Han Jisung

Masa lalu atau Masa Depan?Where stories live. Discover now