Jisung melipat baju yang sudah kering. Tidak lama itu Seungmin yang nampak baru bangun masuk ke dalam dapur.
"Morning!" Seungmin memberikan senyuman kecil. Jisung menyelesaikan semuanya lalu menghampiri Seungmin.
"Macam mana malam?"
"Semuanya selesa. Tenang." Jisung menganggukan kepala dan berlalu pergi. Seungmin sendirian dalam tandas. Dia menghela nafas dalam.
Bagaiman dia boleh menjadi jahat? Jisung tidak bersalah. Sepanjang 3 bulan itu, dia sering menyalahkan kekasih yang bersama Minho. Namun sekarang?
Jisung tahu segalanya dan masih mendiamkan diri. Adakah dia benar-benar jahat? Seungmin berjalan ke depan villa itu. Dia sudah sangat penat memikirkan banyak benda.
"Sorang?" Seungmin menoleh memandang ke arah belakang. Chan bersama mug kopi menghampiri Seungmin.
"Coffee?"
"Takut muntah." Chan memahami itu. Dia menikmati minuman itu dengan sangat tenang. Sehinggalah Seungmin membuang nafas dalam dan dia memandang Chan.
"Kau dalam masalah?"
"Banyak."
"Kalau banyak, kau boleh luahkan. Ada benda yang kita boleh simpan, ada benda kau kena minta pendapat." Kata Chan dengan senyuman dia. Seungmin hanya menganggukan kepala.
"Apa yang hyung buat kalau ada seseorang menjadi penyebab hubungan hyung dan seseorang hancur?"
"Soalan aku senang, dia sedar atau tidak? Kalau dia tak tahu, itu bukan salah dia. Kalau dia sedar itu kebodohan dia. Ada banyak cara untuk bersama. Entah-entah dia pun ditipu."
Seungmin terdiam. Dia mendengarkan itu membuatkan dia terfikir.
"Chan hyung! Seungmin! Jom makan!" Jisung memanggil keduanya. Seungmin dan Chan masuk ke dalam.
++++++++++++++++++
"Ini untuk siapa hyung?" Minho memandang Jisung yang mengeluarkan tin minuman yang berbeza.
"Untuk Seungmin. Dia jarang minum kopi waktu pagi." Jisung meletakkan kembali tin minumanya itu.
Minho memukul perlahan kepalanya lalu memusingkan kepalanya. Dia melihat Jisung yang mengemas dengan wajah lesu. Perlahan Minho menghampirinya.
"Tupai, hyu-hyung tak sengaja. Hyung takde niat nak cakap macam tu. Ji fahamkan?" Jisung menghela nafas dalam.
"Ji faham hyung. Ji sangat faham apa yang hyung rasakan. Ji tak marah. Sebab memang itu salah Ji." Minho berkerut dahi.
"Apa yang Ji cakapkan ni? Ji tak salah."
"No! Ji salah, berhubungan dengan seseorang yang masih belum selesai dengan masa lalu. Ji hadir dalam hubungan yang Ji sendiri tak tahu bila mulanya."
"Ji tak-"
"Ji cuma nak tahu hyung, sebenarnya Ji datang disaat hyung dengan dia memang dah takde apa-apa atau Ji datang sebagai perampas yang merampas kebahagiaan dia bersama hyung?"
Minho menggelengkan kepala. Dia memegang tanganya.
"Ji, hyung cuma nak Ji faham hyung. Ji tak salah, Ji bukan perampas. Semua ni jadi tiba-tiba dan-"
"Ji cuma nak tahu sampai bila Ji kena faham hyung? Dia masa lalu yang terindah? Ji faham. Hyung tak dapat lupakan dia? Ji faham, cuma sekali je hyung pula faham Ji."
Jisung berjalan pergi daripada sana. Dia meninggalkan Minho yang sedang frust sendiri.
"Semuanya memburuk?" Felix hadir membuatkan Minho semakin stress.
"Aku malas nak bergaduh." Minho ingin berjalan pergi namun-
"Hyung kena sedar sekarang. Penyebab yang jadi semua ni sebab kebodohan hyung sendiri! Tamatkan kisah dengan yang lalu dan tengok apa yang ada di depan!"
++++++++++++++++++
Hyunjin mendudukan diri dengan lemah. Dia hanya tidak mahu memikirkan apa-apa saja.
"Kau baru datang?"
"Uhm."
"Dah call Han?" Hyunjin menggelengkan kepala. Sudah 3 hari Jisung mendiamkan diri. Chan memandang Hyunjin yang sedang diam termenung memandang siling.
"Kau okay?"
"Okay tak okay hyung."
"Apa yang kau fikirkan tentang masalah ni?"
"Ini bukan salah Seungmin." Chan menghela nafas dalam lalu memandang Hyunjin.
"Kau nak cakap ini salah Jisung?" Hyunjin menggelengkan keadaan. Dia sendiri tidak tahu siapa yang harus dia letakkan kesalahan ini. Dia tidak tahu di mana dia perlu letakkan kesalahan ini.
Chan sendiri tidak dapat memikirkan apa-apa sekarang. Tidak lama itu Changbin masuk ke dalam membawa kopi.
"Fikirkan benda yang sama?"
"Maksud kau?"
"Minho hyung macam oranng gila dekat rumah. Han?" Tanya Changbin namun Chan menggelengkan kepalanya. Dia menghela nafas dalam dengan perlahan.
"Kau, Seungmin, Jisung dan Minho hyung tak bersalah. Semua ini bukan salah siapa-siapa." Changbin bersuara lalu memandang Hyunjin. Hyunjin hanya diam saja.
Dia tidak dapat memikirkan apa-apa sekarang. Dia tidak dapat memikirkan mana yang sepatutnya dia lakukan. Berjumpa Seungmin? Berjumpa Jisung untuk minta penjelasan?
Hyunjin tersepit di dunia dua manusia yang sepertinya sakit dengan cara tersendiri.
++++++++++++++++++
"Nek..."
"Kenapa?"
"Lino salah ke?" Sang nenek memandang cucu sulungnya dengan pandangan tertanya.
"Lino sayangkan kekasih Lino tapi Lino masih inginkan Mong." Nenek Lee mengelus perlahan kepala Minho. Membawa ke dalam pelukkanya. Menenangkan sang cucu.
"Cuba cerita."
"Lino rasa Lino penyebab semua ini. Lino yang buatkan semua ini menjadi buruk. Lino tak rela lepaskan keduanya nek. Lino cuma, nak keduanya."
"Itu salah Lino. Satu perlu disimpan, satu perlu dilepas. Kebahagiaan yang Lino rasakan ada cara yang berbeza. Cuba Lino ingat semula."
Minho terdiam mendengarkan itu. Mungkin dia tidak mampu untuk menjelaskan bagaiman isi hatinya namun dia mahu neneknya tahu apa yang dia tanggung.
++++++++++++++++++TBC
"Aku yang mulakan semuanya. Dan aku perlu selesaikan semuanya. Tapi...aku tak tahu mana yang terbaik dan mana yang baik." -Lee Minho-
YOU ARE READING
Masa lalu atau Masa Depan?
RandomKau pernah berada di situasi ini? Bersama dengan masa yang menjaminkan masa depan penuh kebahagiaan namun masih tersesat di masa lalu yang penuh dengan keindahan. Pilihan mana yang akan kau pilih? Apakah kau akan pilih masa depan atau masa lalu? Ada...