"Seungmin ada?" Keduanya menoleh. Felix bangun lalu mengambil begnya.
"Jeong, aku masuk dalam dulu." Jeongin menganggukan kepala.
"Seungmin belum sampai."
"Okaylah. Aku masuk office dulu." Jeongin menganggukan kepala. Dia masuk ke dalam dan berjumpa dengan Felix. Wajah yang murung dan tidak bersemangat itu sudah cukup membuatkan dia faham situasi.
"Kau dah cuba terangkan.
"Orang bodoh takkan pernah faham." Felix membuang nafas kasar. Jeongin tidak tahu mulanya bila Felix ada hati pada sahabat kekasih abangnya itu. Mungkin sudah lama mungkin juga sudah baru.
Namun Jeongin tahu Felix cemburu. Marah dan sedih saat lelaki itu mencintai sahabat mereka. Felix orang yang baik, dia akan lakukan semua benda untuk kebahagiaan orang lain. Dan ini pengorbananya.
Membiarkan hati luka itu ditambah luka supaya Seungmin dapat hidup dengan bahagia. Dengan orang yang dia cinta.
"Kau nak diamkan diri dan biarkan semua ni jadi sampai bila?" Felix menggelengkan kepalanya perlahan. Dia juga tidak tahu sampai bila dia boleh bertahan.
"Kau ada pilihan Lix. Kau boleh bahagia, kau juga boleh pilih untuk terus diam dan tidak kisah."
"Kalau kau Jeong?" Jeongin hanya memberikan senyuman dia.
"Kau jangan tanya pendapat orang. Tanya diri sendiri. Pendapat sendiri lebih penting berbanding kau tanya pendapat orang."
Jeongin membuang nafas dalam. Mungkin dia tidak tahu, namun dia juga perlu mengetahui masalah ini semua. Felix membuang nafas dalam. Dia melihat keluar tingkap.
Hyunjin sedang bercakap dengan Seungmin. Dia membuang nafas dalam.
"Mungkin dia memang takkan pandang aku." Gumamnya dengan perlahan.
++++++++++++++++++
"Aku dah cakap aku takkan pernah terima cinta kau Hyunjin."
"Seungmin, apa yang susah sangat untuk kau bagi aku peluang? Buka pintu hati kau untuk aku?"
"Aku-" Seungmin membuang nafas dalam. Dia tidak mungkin berterus terang bukan? Dia hanya mampu mendiamkan diri tidak menjawab apa-apa.
"Kau kena buka mata kau. Cari seseorang yang boleh buat kau bahagia."
"Dan aku pilih kau."
"Bukan aku. Kau takkan bahagia dengan aku. Kau kena sedar tu." Hyunjin membuang nafas dalam. Dia memandang Seungmin sedikit kecewa.
"Kau terlalu sayangkan dia sampai kau sakitkan diri orang lain?"
"Jin, kau sakitkan diri sendiri." Katanya dan berlalu pergi. Hyunjin membuang nafas dalam. Dia terus pergi daripada pejabat itu dan menaiki motornya. Menuju ke suatu tempat.
Hyunjin masuk ke dalam studio di mana 3RACHA sedang membuat kerja.
"Ada apa?" Tanya Changbin memandang Hyunjin yang mukanya muram.
"Apa yang kurang dekat aku sampai dia tak boleh lupakan kekasih Jisung?!" Dia yang dipetik namanya memandang Hyunjin. Apa yang jadi? Kenapa namanya disebut.
"Kau tak boleh paksa dia Jin." Jisung membuka headphone nya untuk mendengarkan perbualan ketiganya. Ada yang perlu dia masuk campur.
"Apa yang kurangnya aku sampai dia buat aku macam ni. Aku tak cukup perhatian ke?" Changbin bangun dan menuju ke mini fridge mengeluarkan minuman mineral sejuk diberikan kepada Hyunjin.
"Jin, kau pernah dengar tak dua ayat ni?"
"Apa?"
"Jangan bersama dengan orang yang masih dalam masa lalu dan jangan jadi ubat kepada seseorang yang tak nak sembuh."
YOU ARE READING
Masa lalu atau Masa Depan?
RandomKau pernah berada di situasi ini? Bersama dengan masa yang menjaminkan masa depan penuh kebahagiaan namun masih tersesat di masa lalu yang penuh dengan keindahan. Pilihan mana yang akan kau pilih? Apakah kau akan pilih masa depan atau masa lalu? Ada...