-5-Kau adalah sebab

7 1 0
                                    

"Ni nak potong macam mana?" Tanya Hyunjin memegang tauhu. Minho mendekat dan membantu untuk memotong tauhu. Setelah itu dia juga membantu untuk Felix dan Chan yang sedang memanggang daging.

Jisung dan Changbin masih berborak di depan. Kerana mereka tidak dibenarkan untuk masak. Katanya takut terbakar dapur.

Setelah semuanya selesai. Mereka mendudukan dirinya di meja makan. Tidak lama itu handphone Hyunjin berbunyi.

"Ah! Dia dah datang. Aku bawak dia kejap." Jisung menganggukan kepalanya. Yang lain menunggu Hyunjin.

"Ini first time kita kenal dengan orang yang dia suka." Jisung mengangguk mengiyakan kata Chan. Tidak lama itu mereka mendengarkan bunyi tapak kasut.

"Guys! Kenalkan, Kim Seungmin." Mereka semua melihat kepada kenalan Seungmin. Seugmin juga melihat semuanya.

Minho terdiam melihat siapa yang dikenalkan. Seungmin juga melihat Minho. Felix dan Jeongin juga terdiam melihat Seungmin dan Minho.

"Hey hey! Korang kenal?" Hyunjin melihat kelainan yang ada di pandangan keduanya. Jisung memandang Minho meminta penjelasan.

"Sebenarny-"

"Tak. Kami tak kenal. Salam kenal Kim Seungmin, aku Lee Minho dan ini kekasih aku Han Jisung." Katanya dengan senyuman. Seungmin menganggukan kepalanya dengan perlahan.

Felix memandang Seungmin lalu memandang Minho. Ada amarah yang cuba dia kawal.

Seungmin mendudukan dirinya di hadapan Jisung. Dia memandang Jisung lalu memandang Minho yang ada di sebelahnya. Mereka berdua saling berpandangan agak lama.

"Mong..." Bisikkan itu terdengar oleh Jisung. Namun dia cuba abaikan. Jeongian memandang Felix yang sedang memandang Seungmin dan Minho.

Namun tidak terlepas juga untuk memandang Hyunjin.

"Jom makan." Kata Changbin menghilangkan aura yang sudah dia rasakan itu.

++++++++++++++++++

"Kita main game! Pilih ini atau itu." Semuanya bersetuju dengan apa yang dicadangkan.

"Aku nak tanya, dicintai atau mencintai?" Tanya Chan membuatkan mereka berfikir.

"Kalau aku mencintai." Kata Changbin.

"Setuju dengan Changbin." Sahut Hyunjin.

"Kalau aku dicintai." Kata Seungmin dengan senyuman.

"Aku mencintai." Kata Minho. Seungmin memandang Minho.

"Kalau mencintai pun tetap menyakitkan, tak guna juga."

"Itu semua terpulang pada orang yang aturkan hidup."

"Hey chill bro! Just game!" Jeongin meregangkan tegangan itu. Takutnya ada kemusuhan.

"Jujur satu rahsia besar yang pernah kau simpan." Hyunjin memberikan soalan itu. Dia menujukan kepada Jisung sebagai orang pertama. Jisung mulanya menolak.

"Come on Ji! Kau sebenarnya ada kutuk aku kan?"

"Tak! Aku cuma...tak nak."

"Alah Ji! Cepatlah!"

"Sebenarnya...aku tahu sesuatu." Semua memandang Jisung dengan pelik. Tahu? Apa yang tahu?

"Tahu apa?"

"Sesuatu yang dua pihak sembunyikan daripada aku. Perasaan, memori dan perjumpaan. Semuanya." Perlahan Felix melirik ke arah Seungmin.

Tegang. Itu yang boleh dia jelaskan. Sebenarnya seberapa kerap mereka berjumpa sebenarnya? Felix ingin tahu.

Jisung memberikan senyuman kecil.

"Aku dah selesai, sekarang uhmm...Lix! Apa yang kau rahsiakan?" Felix terkejut dirinya di panggil. Dia mendiamkan diri lama sebelum bercakap.

"Aku...sukakan seseorang yang mengharapkan orang lain." Dan kalini Jeongin memandang Felix. Seungmin memandang Hyunjin.

++++++++++++++++++

Jisung mendudukan dirinya tenang di depan halaman itu. Mungkin sekarang semua sudah tidur dan merehatkan diri. Jisung masih sendirian di halaman belakang sana.

"Kau fikirkan sesuatu?" Suara Chan menyapa dirinya. Jisung hanya menganggukan kepala dan tersenyum kecil.

"Aku tahu kau tengah fikirkan sesuatu. Tak nak share?"

"Masalah. Banyak."

"Aku ada. Kau boleh cerita." Perlahan kepala itu diletakkan dibahu luas milik Chan. Keluhan dia lepaskan dengan perlahan. Entah dimana dia perlu mulakan. Semuanya nampak susah dimatanya.

Tapak tangan Chan yang besar tiba-tiba menghalang pandangan Jisung. Jisung pelik dengan perilaku Chan itu.

"Kenapa?"

"Kau boleh nangis. Aku takkan nampak." Katanya dan perlahan mata Jisung berair. Tahu apa yang Jisung perlukan sekarang.

"Kau boleh cakap kau tak kuat. Tak semestinya kau perlu kuat selalu. Terkadang semua orang akan kalah dalam perlumbaan."

"Semua ni salah Han ke hyung? Hubungan diorang putus sebab Han?"

"Aku tak tahu. Di mata Seungmin kau yang bersalah. Di mata Minho tidak ada siapa perlu disalahkan. Dekat mata kau?"

"Semuanya bersalah." Chan mengangguk faham. Dia mengelus perlahan kepala Han.

"Masih ada aku dekat sini Han. Hyunjin dan aku selalu support kau dan terus bersama dengan kau. Kau boleh berhenti kalau kau penat."

"Hyunjin...dia macam mana?"

"Entah. Aku tadi nak jumpa dia, tapi dia dah ada yang teman." Jisung memandang Chan dengan mata yang masih basah. Chan menggelengkan kepala dan mengesat air matanya itu.

"Jangan tunjuk lemah selain daripada aku."

"Thanks hyung."

++++++++++++++++++

"Kau tak boleh diam macam ni. Cuba kau bercakap. Bagitahu aku apa yang jadi?"

"Kau takkan faham Lix!"

"Apa yang aku tah faham Jin? Kau sakit sebab Seungmin dan Minho hyung masih berharapkan satu sama lain." Hyunjin bangun lalu mencengkam kolar baju Felix. Entah kenapa amarahnya memuncak.

"Seungmin takkan mengharapkan sesiapa di sini. Dia cuma-"

"Terperangkap dalam masa lalu? Hyunjin, boleh kau sedar? Ada orang yang kau sakitkan dalam tak sedar. Ada orang yang selalu ada dengan kau dan bantu kau dalam kau tak sedar. Sebab kau cuma nampak Seungmin!"

Felix menolak tubu Hyunjin menjauh.

"Apa yang jadi antara Minho hyung, Jisung dan Seungmin itu urusan mereka. Dan apa yang jadi pada kau dan Seungmin itu urusan kau. Jangan letakkan orang lain sebagai penyebab."

Felix ingin berjalan pergi. Namun-

"Mungkin kau kena letakkan diri kau sebagai pesalah untuk semua yang berlaku."

++++++++++++++++++TBC



"Aku ada di sini. Aku yang kau anggap kawan dan kenalan." -BhangChan-

Masa lalu atau Masa Depan?Where stories live. Discover now