Terasanya semuanya sudah dilalui. Felix mendudukan ddirinya di atas kerusi rotan yang ada di ruangan itu. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
Tidak tahu bagaiman pengakhiran hubungan Minho dan Jisung nantinya namun Felix berharap semuanya akan menjadi okay seperti sedia kala.
Perlahan dia memejamkan matanya dengan perlahan. Tubuhnya yang lelah,kepalanya yang penat berfikir dan hatinya yang banyak terluka. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
Dia sedar. Jisung banyak tersakiti. Banyak kali Jisung mengatakan dia okay dengan segala benda. Namun nyatanya tidak. Jisung disakiti dengan keadaan.
Disakiti oleh abangnya yang masih belum selesai dalam masa lalu. Membuat keputusan terburu sehingga melukakan Jisung.
Disakiti oleh Seungmin yang membuatkan Minho berubah hatinya. Membuatnya semua menjadi tertanya dan luar kawalan.
Disakiti oleh keadaan yang meletakkan dirinya disituasi begini. Melatakkan semua kesakitan yang ada dalam dunia ini.
Disakiti oleh takdir yang membawa dirinya ke dalam lingkaran setan ini. Membuatkan dia tertanya dengan hubungan yang sebenarnya untuknya atau bukan.
Disakiti oleh diri sendiri yang menyiksa untuk bertahan dan membiarkan Minho dalam masa lalu yang membuatkan semuanya kacau.
Disakiti oleh dia. Membenci Jisung hanya kerana sang sahabat merasakan sakit. Namun tidak tahu bagaimana perasaan Jisung yang merasakan itu.
Jisung membuang nafas dalam dengan perlahan. Apa yang akan jadi nantinya? Bagaimana untuk memulihkan semuanya? Bagaimana untuk betulkan semua ini?
Jisung berhak bahagia.
"Begitu juga aku."
++++++++++++++++++
Dia berjalan masuk ke dalam biliknya. Namun langkahnya terhenti saat dia melihat seseorang dalam bilik kerjanya.
"Hyunjin?" Hyunjin memandang ke belakang. Dia memberikan senyuman kecil.
"Kenapa?"
"Aku nak jumpa kau." Felix berkerut dahi. Dia meletakkan begnya dan memandang Hyunjin. Hyunjin membuang nafas dalam dengan perlahan.
"Aku...nak tahu sesuatu tentang Seungmin."
Ada benda yang berdarah namun bukan darah merah yang mengalir. Mata Felix mendesak air mata jatuh daripada sana namun Felix berusaha menahan. Mengukir senyuman seperti biasa.
Dia mendudukan dirinya memandang Hyunjin.
"Kau nak tahu apa tentang dia?"
"Semua." Felix akhirnya menceritakan semuanya. Dia memberitahu banyak benda tentang Felix. Sesekali dia akan melihat wajah Hyunjin.
Dia begitu bahagia mengetahui tentang Seungmin. Felix menyudahkan semuanya. Dia memandang Hyunjin.
"So, kau yakin boleh bahagiakan dia?"
"Uhm. Aku akan bahagiakan dia. Thanks Lix." Hyunjin meminta diri dan berjalan pergi daripada sana. Felix membuang nafas dalam. Mengusak wajahnya dengan kasar.
"Apa kau buat Felix!"
"Kau buat sesuatu yang bodoh." Dia melihat Jeongin di depan pintu sana. Dia ingin mengabaikan lelaki itu namun-
"Lix kau boleh untuk bahagiakan orang lain, tapi kenapa kau buang kebahagiaan kau untuk orang lain?"
"Dengan cara ni aku boleh selamatkan Jisung."
"Macam mana dengan kau?" Jeongin tidak habis faham dengan jalan fikiran Felix. Dia membuang nafas dengan perlahan.
"Kebahagiaan kau tanggungjawab kau. Jangan jadi bodoh. Please." Felix membuang nafas dalam dengan perlahan.
++++++++++++++++++
Keluhan dilepaskan dengan perlahan. Dia melihat Hyunjin sedang melakukan sesuatu.
"Kau terlalu sukakan Seungmin?"
"Uh, Dia seorang yang aku cinta." Felix membuang nafas dengan perlahan. Dia mengemas begnya lalu berjalan untuk pergi. Namun Hyunjin menahan lengan Felix.
"Kau nak ke mana?"
"Balik."
"Kau kata nak teman aku."
"Jin...boleh aku tanya sekali lagi?" Hyunjin memandang Felix menunggu soalan daripada lelaki bercampur dua negara itu.
"Tak boleh untuk sehari, kau tutup kejap hati kau untuk Seungmin dan cuba tengok sekeliling." Kata Felix. Hyunjin memandang Felix dengan wajah yang pelik. Apa yang cuba lelaki itu maksudkan?
Namun Felix hanya menggelengkan kepala dan berjalan pergi daripada sana. Menuju ke rumah untuk merehatkan diri. Kebetulan Seungmin ada di rumah.
"Kau daripada mana?"
"Jumpa Hyunjin."
"Ahh..." Seungmin ingin pergi namun-
"Min, boleh kau terima perasaan Hyunjin?" Seungmin memandang Felix terkejut. Jeongin keluar daripada dapur.
"Kau macam mana? Kau dah tak cintakan Hyunjin? Lix, kalau kau nak tengok aku bahagia, bukan macam ni juga caranya." Kata Seungmin masih tidak dapat terima semuanya.
"Cintakan Hyunjin semula dan itu cukup buat aku bahagia." Katanya dan masuk ke dalam bilik. Seungmin ingin pergi namun-
"Biar aku cakap dengan dia." Jeongin berjalan masuk ke dalam. Dia melihat Felix sedang menyalin pakaian.
"Kau kenapa?"
"Apa?"
"Kau nak tengok Seungmin bahagia sangat? Kau yakin kau boleh berikan Hyunjin macam tu je?"
"Jeon...aku tak tahu. Aku pening, aku confuse! Aku tak tahu macam mana nak bahagiakan diri aku dan diri semua yang ada disekeliling aku."
"Jangan pikul beban orang dalam hidup kau." Jeongin masih lembut memberikan nasihat.
++++++++++++++++++TBC
"Membuat orang lain bahagia bukan tugas kita. Kita cuma membantu dalam mencari kebahagiaan dia. Bukan menjadikan dia bahagia. Jangan siksa diri kau dan serahkan kebahagiaan kau. Itu namanya bodoh" - Yang Jeongin
YOU ARE READING
Masa lalu atau Masa Depan?
RandomKau pernah berada di situasi ini? Bersama dengan masa yang menjaminkan masa depan penuh kebahagiaan namun masih tersesat di masa lalu yang penuh dengan keindahan. Pilihan mana yang akan kau pilih? Apakah kau akan pilih masa depan atau masa lalu? Ada...