𝔅𝔞𝔟. 4

46 4 0
                                    

Selesai menghabiskan menu sarapannya Khaiza melangkah keluar dari dalam khemahnya dengan perlahan sebelum memejamkan matanya laju.

Suasana dan juga pemandangan gurun di situ membuatkan Khaiza terasa ingin menikmati angin pagi di situ.

Sudah begitu lama dia tidak mendekatkan dirinya dengan alam.

"Doktor Khaiza?"

Khaiza segera mencelikkan matanya sebelum memandang Haziq di sebelahnya itu dengan senyuman tawar.

Baru nak feeling-feeling tadi. Alahai.

"Haziq." Tegur Khaiza semula sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi kain yang disediakan di situ.

Haziq turut melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhadapan dengan Khaiza.

"Tak perlu lah doktor tu. Panggil saya Khaiza saja." Ujar Khaiza tersenyum nipis. Rasa pelik pula dia, sedangkan dia dah anggap Haziq seperti kawan tapi Haziq masih lagi panggil dia Doktor.

Haziq tersenyum saja sebelum menjatuhkan kepalanya. Akur.

"Dah sarapan ke?" Tanya Khaiza semula sekadar berbasa-basi. Haziq tersenyum nipis sebelum menjatuhkan kepalanya laju.

"Dah. Awak pula?" Khaiza turut menjatuhkan kepalanya saja.

"Alhamdulilah dah tadi." Jawab Khaiza sarkastik. Haziq mengangguk saja.

Lama mereka berdua berdiam diri sebelum Khaiza mula mengaru belakang kepalanya mencari topik.

"Pe-"

"Aw-"

Haziq pantas tergelak kecil. Khaiza turut tersenyum kelat saja.

"Takpe. Awak cakap dulu." Akur Haziq. Khaiza menjatuhkan kepalanya saja.

"Err.. biasanya penduduk dekat sini berbangsa apa?" Haziq berpikir sekejap sebelum mengerling Khaiza semula.

"Mostly dekat sini penduduknya bangsa Khaltana. And diorang juga tak beragama."

"Athist?" Potong Khaiza.

Haziq sekadar menjatuhkan kepalanya saja.

Khaiza terdiam sebelum memandang rumput di depannya itu lama. Fikirannya mengingat kembali situasi di mana dia cuba menolong budak itu semalam.

Patutlah budak lelaki itu lari dari dia selepas saja dia menyebut Alhamdulilah. Kanak-kanak itu masyarakat Athist rupanya.

"Khaiza?"

"Awak okey tak?" Tegur Haziq melambaikan tangannya di depan Khaiza berapa kali.

Khaiza tersentak.

"Haa..? Okey.. Saya okey." Jawab Khaiza tersenyum nipis saja sebelum membetulkan tudungnya di atas kepala itu yang sedikit tertiup angin.

"Petang nanti kami akan bergerak ke Kampung Shaldat. Ada keganasan berlaku di kampung itu. Saya harap awak dapat ikut kami ke sana. Saya baru dapat informasi yang ada beberapa orang penduduk cedera di situ." Jelas Haziq tersenyum segaris. Khaiza segera menjatuhkan kepalanya saja.

"Insyallah. Saya ikut. Saya masuk dulu kalau macam tu." Akur Khaiza segera bangkit daripada duduknya. Dia perlu kemaskan barang yang dia patut bawa ke Kampung itu.

"Yelah. Kalau macam tu saya pun nak ke pusat khemah dulu." Pamit Haziq turut bangun daripada duduknya laju.

Khaiza mengangguk saja sebelum memandang kosong langkah Haziq yang mula menjauh itu.










Khaiza di bangku penumpang itu sibuk membuang pandangannya ke luar tingkap memerhati jalan kawasan kampung itu.

Sangat jauh beza dengan suasana perkampungan di Malaysia.

SHALDAT  TURUSAN.

Khaiza membaca perlahan singboard di tepi jalan itu sebelum mengerling Haziq di sebelahnya kejap.

Haziq tersenyum nipis saja mengerling Khaiza sekilas sebelum meneruskan pemanduannya seperti biasa.

Masuk saja di dalam kampung itu anak mata Khaiza pantas menangkap banyak ternakan seperti babi dan juga anjing di tepi rumah setiap penduduk di situ.

Reaksi Khaiza berkerut saja selepas terpandang kanak-kanak di situ selamba memanjat belakang haiwan berkaki pendek itu.

Wow.

Khaiza tersenyum kelat saja.

Tanpa suara pandangannya dialihkan ke depan semula selepas bunyi dengusan haiwan babi di depan itu sampai ke dalam kereta yang mereka naiki itu.

Khaiza tersentak sebelum pantas menutup hidungnya dengan tisu.

Ikutkan bau haiwan itu sangatlah busuk tapi kanak-kanak di situ buat seolah-olah permainan mereka saja.

Sangat unik.

Dari jauh orang kampung yang berkumpul di tepi jalan itu menarik perhatian Haziq sebelum dia pantas menghentikan kereta tentera itu berhampiran dengan orang kampung di situ.

Khaiza mengerutkan keningnya saja selepas bunyi tangisan penduduk di situ segera menyapa dipendengarannya.

Tanpa suara Haziq terlebih dulu melangkah turun bersama berapa orang lagi tentera dari belakang truck kereta itu.

"Argh!!" Jerit penduduk wanita di situ segera mencangkung sejurus menutup telinga masing-masing selepas ternampak senjata ditangan Haziq dan juga rakannya itu.

"Ak! (Jangan!)"

"Ak Ribuh Shi! (Jangan bunuh kami!)Tsk!..tsk!." Rayu salah seorang penduduk di situ.

"No! No! I Don't Hurt You. You All Will Be Safe!" Pujuk Haziq segera mengangkat senjatanya di udara sebelum meletakkan di atas tanah dengan laju.

Haziq pantas memberi signal kepada rakannya untuk turut menurunkan senjata masing-masing selepas perasan orang kampung di situ mula ketakutan.

"Turunkan Senjata korang!" Teriak Haziq tanpa memalingkan tubuhnya. Berapa orang rakannya di situ segera menurut.

Haziq pantas mendekati lelaki berusia yang terbaring di situ sebelum memeriksa luka tikaman di perut lelaki itu.

Dari dalam kereta Khaiza yang perasan darah ditubuh lelaki berusia itu sudah banyak mengalir segera melangkah turun sebelum berlari laju mendekati Haziq.








🤍🌼🤍

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma salli 'ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad

[OG] Khalbaq Qarshi [Lattest]Where stories live. Discover now