𝔅𝔞𝔟. 6

43 3 0
                                    

Selesai mengerjakan solat maghrib Khaiza pantas berlalu keluar dari khemahnya sebelum menuju ke kem makanan.

Sampai saja di situ Khaiza cekap saja menyusun bekas makanan di atas meja depannya sebelum membuka kotak mineral cup di sisinya dengan perlahan.

Penduduk yang mula beratur di situ Khaiza hulurkan bekas makanan dengan penuh berhati-hati.

"Qubri." Ucap gadis belasan tahun itu tersenyum lebar. Khaiza menjatuhkan kepalanya saja sebelum tersenyum manis.

Israf yang ada di sebelah Khaiza itu juga sibuk memberikan roti kepada penduduk di situ.

"Qubri.."

"Qubri."

Israf menjatuhkan kepalanya saja.

"Qubri."

"Kashma. (Sama-sama)." Ucap Israf semula.

Khaiza tersenyum saja selepas terpandang kanak-kanak di situ tergelak dan juga tersenyum ceria selepas menerima bekas makanan yang dia berikan.

Melihat penduduk di situ gembira pun sudah cukup membuatkan Khaiza rasa puas dan bersyukur.

"Khaiza?"

Khaiza mengalihkan pandangan nya laju sebelum
ter-eye contact dengan Haziq yang tersenyum manis di depannya.

"Haziq?... Everything okey?" Soal Khaiza sedikit terkejut. Lain betul lelaki itu tiba-tiba saja muncul.

Haziq tergelak kecil.

"Don't worry semuanya okey je." Jelas Haziq sebelum berlalu mengambil alih untuk memberikan mineral kepada penduduk di situ.

"Can I?" Pinta Haziq. Khaiza mengangguk saja.

Sambil memberikan makanan kepada penduduk di situ Haziq mengerling Khaiza kejap.

"If you don't mind. Awak okey ke kalau kita kenal-kenal each others?" Tanya Haziq penuh harapan. Khaiza mengerutkan keningnya sebelum mengerling Haziq kejap.

"So sekarang ni kita bukan kenal lah?" Tanya Khaiza semula. Haziq tersenyum lucu sebelum mengelengkan kepalanya.

"Tak details sangat. I mean latar belakang masing-masing." Jelas Haziq. Khaiza mengangguk faham.

Nak tau juga rupanya.

"So, awak adik-beradik berapa orang?" Soal Khaiza sekadar berbasa-basi.

"Adik-beradik saya tiga orang. Saya anak sulung." Terang Haziq sempat menjatuhkan kepalanya selepas wanita tua di depannya itu mengucapkan terima-kasih.

"Faham." Balas Khaiza mengangguk saja.

"Ayah saya bekas polis. Ibu saya pula kerani sekolah yang dah pencen juga." Sambung Haziq tersenyum segaris.

"Hebat family awak." Komen Khaiza tersenyum nipis. Kepalanya dijatuhkan saja selepas lelaki tua di depannya itu mengucapkan terima-kasih.

"So family awak kerja apa?" Tanya Haziq mengerling Khaiza ganti.

"Saya? Ermm.. Ayah saya business man. Ibu saya pula suri rumah hebat." Terang Khaiza sekadar tersenyum nipis.

Haziq menjatuhkan kepalanya saja.

Selesai menghulurkan bekas makanan terakhir pada lelaki tua di barisan akhir itu Khaiza segera mengerling Haziq.

Semua penduduk di situ juga sudah pun menerima makanan sebelum masing-masing melangkah masuk ke dalam rumah mereka semula.

"Haziq?" Panggil Khaiza.

"Hm?"

"Saya nak balik khemah saya dulu. Nak berehat awal." Pamit Khaiza tersenyum letih sebelum mencapai satu mineral cup dari depannya.

[OG] Khalbaq Qarshi [Lattest]Where stories live. Discover now