Tubuh Khaiza dijatuhkan kasar di atas tanah sebelum kepalanya di dongakkan kasar ke atas.
"Argh!" Aduh Khaiza menahan sakit kepalanya sebelum melawan pandangan lelaki itu tajam.
Anak mata lelaki itu samar-samar saja Khaiza dapat lihat dari balik topengnya.
"Bagitau Aku! Dekat Mana Kem Tentera Negara Kau Bertapak?!" Tanyanya serius sebelum meletakkan pisau di pipi Khaiza kasar.
"Aku tak tahu!" Ujar Khaiza sedikit meronta. Lelaki itu tersenyum sinis sebelum melayangkan penamparnya di pipi Khaiza kuat.
Pak!
"Argh!" Aduh Khaiza memejamkan matanya menahan pedih sebelum mengelap darah di bibirnya kasar.
Qifzi tersenyum sinis. Ikutkan tamparan itu bagaikan tak cukup lagi mengubat rasa dendam dalam hatinya.
"Aku Tau Kau Orang Malaysia! Sanggup Kau Khianat Negara Kau Sendiri!" Begang Khaiza mukanya memerah menahan marah.
Kalau tak manakan boleh dia bercakap melayu begitu fasih.
"Tsk!" Seloroh Lelaki itu tergelak sinis memandang Khaiza.
Dalam keadaan takut Khaiza mengerutkan keningnya.
Tanpa suara tangan lelaki itu laju saja menanggalkan topeng hitam dimukanya sebelum duduk mencangkung di depan Khaiza.
Jarak mukanya pantas didekatkan dengan Khaiza hampir saja hidung mereka berlaga.
Khaiza terkaku selepas bertentang mata dengan anak mata biru pekat milik lelaki itu.
Dia bukan orang Malaysia..
"Bagitau Aku! Dekat Mana Kem Tentera Negara Kau?!" Tanya lelaki itu sekali lagi setelah menjarakkan mukanya semula.
Khaiza diam saja membuang pandangannya ke kanan.
Melihat Khaiza diam saja lelaki itu pantas mencengkam rahang Khaiza kasar sebelum melayangkan penamparnya semula.
Pak!
"Tsk!" Aduh Khaiza terteleng ke kanan.
Sekali lagi tangan lelaki itu dilayangkan kuat.
Pak!
"Argh!" Aduh Khaiza mengetap giginya kuat.
"Bagitau Aku Sekarang?!!" Tanya lelaki itu pantas menarik sanggulan rambut Khaiza di balik tudungnya kasar.
Khaiza mengeleng lemah.
Berang dengan reaksi Khaiza itu tangan lelaki itu dilayangkan di udara sekali lagi.
Pak!
"Allahuakhbar!" Ucap Khaiza menahan sakit di bibirnya sejurus jatuh terbaring.
Lelaki itu terdiam sebelum menjatuhkan tangannya ke bawah semula.
Darah yang mengalir di tepi bibir Khaiza itu ditatapnya kosong sebelum bangun dari cangkungannya semula.
"Qifzi War Risha Lam Murun Lish? (Qifzi Kau nak buat apa lagi dengan perempuan ni?)." Tegur lelaki tua itu memandang simpati Khaiza di atas lantai itu namun perasaannya berusaha disembunyikan.
Lelaki bernama Qifzi itu beriak ketat saja sebelum mengerakkan tulang lehernya berapa kali.
"Lid War Ri Mirshu Qir Zubal Fi. (Ketua nak aku hantar dia ke pusat kita)." Jelasnya menjeling Khaiza kejap sebelum melangkah keluar daripada situ dengan kasar.
Lelaki tua itu terdiam saja sebelum memandang bayangan Qifzi yang mula menjauh.
Sampai saja di kawasan penjara pusat tentera itu tubuh Khaiza pantas ditolak kasar dari belakang kereta oleh salah seorang lelaki yang mukanya dipenuhi parut.
YOU ARE READING
[OG] Khalbaq Qarshi [Lattest]
Ficción GeneralMengisahkan Seorang Doktor Pakar Khaizatul Naelora yang cukup terlatih dan berpengalaman dalam bidang pembedahan. Hasil kerjanya tidak pernah menemui kegagalan. Prinsip hidup Khaiza Tidak ada perkara yang perlu berhenti di tengah jalan. There Is No...