𝔅𝔞𝔟. 9

49 3 0
                                    

Bash!

Khaiza pantas mencelikkan matanya sebelum menegakkan kedudukan nya laju memandang tubuhnya yang sudah basah lecun.

Reaksi sinis Ariza pantas menjengah dipandangan Khaiza.

"Bangun! Makan Ni. Lepas Makan Ikut Aku!" Ariza selamba membaling baldi dari tangannya ke tepi sebelum meletakkan sepinggan roti di depan Khaiza.

Khaiza mengerutkan keningnya.

"Ikut kau for what?" Soal Khaiza pelik. Ariza mengetap giginya geram.

"Aku Dah Cakap Ikut Tu! Ikut Jelah! Banyak Bunyi Pula kau!" Begang Ariza segera melabuhkan punggungnya pada kerusi di hujung bilik itu.

Khaiza diam saja sebelum lambat-lambat mencapai roti di depannya itu dengan perasaan bercampur-baur.

"Lena betul kau tidur semalam. Tempat macam ni pun jadi erk dengan kau?" Sinis Ariza tergelak tiba-tiba.

Khaiza diam saja meneruskan suapannya.

"Oi! Kau dengar ke tak?!" Teriak Ariza sedikit berang.

"Dah kaki aku kena rantai kau expect apa? Aku kena tidur hotel lima bintang macam tu?" Sindir Khaiza meneruskan suapannya tanpa memandang perempuan berambut merah itu.

"Kau Ni Kan! Ada Je Benda Kau Nak Jawab!" Begang Ariza mengusutkan rambutnya laju.

Khaiza mengeleng saja. Dasar Gila.














Haziq mencelikkan matanya perlahan sebelum bangun daripada baringnya laju.

"Argh!" Aduhnya menyentuh dadanya perlahan.

"Haziq?" Tegur Dato Shami bingkas bangun daripada duduknya sebelum membantu Haziq menegakkan kedudukannya.

"Apa dah jadi sebenarnya? Khaiza ada dekat mana sekarang ni?" Haziq menundukkan pandangannya saja sebelum mengelengkan kepalanya perlahan.

Dato Shami memejamkan matanya kejap sebelum menghela nafasnya perlahan. Ini belum lagi sampai di pengetahuan abangnya. Dato Shamsuri, ayah kepada Khaiza.

Haihh.

"Saya minta maaf Dato, Saya gagal selamatkan Khaiza. Kami diserang pada pukul 2 pagi. Keadaan kami waktu tu sangatlah tak bersedia." Jelas Haziq penuh penyesalan.

Dato Shami mengeluh kecil sebelum mengurut pelipisnya perlahan.

"Takpe lah. Saya dah minta unit tentera kita dari Malaysia untuk hantar berapa pasukan terlatih ke sini." Ujar Dato Shami dengan perasaan bercampur-baur.

Haziq menjatuhkan kepalanya saja.

"Tapi tuan, saya sempat melihat kumpulan yang serang kami tempoh hari, dia orang mempunyai tatu berbentuk samurai bersilang dan tulisan khaltana di bahagian lengan mereka." Jujur Haziq memandang lelaki separuh usia itu penuh harapan.

Dato Shami lama berdiam diri seolah memikirkan sesuatu sebelum mengerling Haziq semula dengan kerutan kening.

"Kita akan siasat hal ni." Ujar Dato Shami serius.

"Saya sedia membantu tuan." Sokong Haziq menjatuhkan kepalanya laju membalas pandangan lelaki separuh usia itu.









Khaiza melangkah perlahan di sebelah Ariza sebelum pandangannya dialihkan memerhati kawasan luas yang berpagar besi di depannya itu dengan perasaan bercampur-baur.

Tahanan perempuan di dalam ruang itu masing-masing segera bangkit daripada duduk mereka sebelum memerhati Khaiza dengan pelbagai reaksi.

Klek!

"Auw!"

Tubuh Khaiza pantas ditolak kasar ke dalam pintu besi itu sebelum Ariza laju saja mengunci pintu itu semula.

"Hei!" Jerit Khaiza memukul pintu besi itu berapa kali sejurus cuba mengapai kunci pintu di dada perempuan berambut merah itu.

Ariza tersenyum sinis saja dari luar.

"Kau Masuk Sana. Aku Nak Kau Bersihkan Semua Bilik yang Ada dekat Dalam tu." Arah Ariza tanpa perasaan.

Khaiza menghela nafasnya saja sebelum lambat-lambat memusingkan tubuhnya juga memandang tahanan perempuan di situ.

"Aku pergi dulu. Bye Dear." Pamit Ariza tersenyum sinis mengorak langkahnya bersama nyanyian kecil.

Khaiza diam saja memandang langkah Ariza yang mula menjauh.

Khaiza beralih mengerling kumpulan perempuan bertato di atas bangku itu kejap sebelum mengatur langkahnya perlahan ke arah kerusi kosong di hujung ruang itu.

Khaiza melabuhkan punggungnya dengan perlahan sebelum membalas pandangan kosong berapa orang perempuan yang sedang memandang dia tajam di situ.

Lama berdiam diri Khaiza mula beralih mengerling matahari di atas kepalanya.

"Dah zohor rasanya." Bisik Khaiza sekadar menyandarkan kepalanya di dinding bersama keluhan kecil sebelum membuang pandangannya ke luar pagar.

Khaiza pantas menegakkan tubuhnya semula selepas terpandang figura Qifzi melangkah di luar kawasan itu bersama seorang lelaki tua.

"Qifzi!" Panggil Khaiza segera berlari sejurus memukul pagar besi itu berapa kali. Tahanan perempuan di situ diam saja memerhati Khaiza.

Qifzi di luar pagar itu mengerling Khaiza dari ekoran matanya saja. Tidak peduli.

"Tolong lepaskan saya dari sini.." Rayu Khaiza mengikuti langkah Qifzi dari dalam ruang itu dengan perlahan.

Qifzi diam saja.

"Aw..Awak pasti ke tentera Malaysia yang bunuh keluarga awak?" Soal Khaiza sedikit merayu.

Qifzi pantas mengepal tangannya erat. Cari mati betul perempuan ni ungkit pasal hal ini.

"Awak ada bukti ke?" Tanya Khaiza lagi penuh harapan.

Qifzi diam saja. Dia tahu apa yang dia buat.

"Please! Tolonglah lepaskan saya dari sini. Saya merayu!" Rayu Khaiza kakinya yang tersadung di tepi pagar itu dibiarkan saja sebelum kali kedua turut tersadung.

"Auw!"

Qifzi tiba-tiba menghentikan langkahnya sebelum mengerling Khaiza dengan reaksi ketatnya.

Khaiza tersentak.

Qifzi mengerling kaki Khaiza sekilas sebelum memalingkan pandangannya semula.

"Uruskan Kaki Kau." Ujarnya meneruskan langkahnya semula tanpa berpaling.

Khaiza terdiam lama memandang belakang tubuh Qifzi yang semakin menjauh.

Nafasnya dihela perlahan.

"Dry betul." Bebel Khaiza perlahan menjatuhkan kepalanya di pagar besi itu bersama keluhan kecil.

Kuatkan Hati Hamba Mu Ya Allah..








🤍🌼🤍

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma salli 'ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad

[OG] Khalbaq Qarshi [Lattest]Where stories live. Discover now