𝔅𝔞𝔟. 5

48 4 0
                                    

Khaiza membuka sarung tangan getah ditangannya perlahan sebelum menanggalkan mask dimukanya.

Raut wajah sedih wanita tua di depannya itu dipandang simpati.

"Qubri. (Terima Kasih)" Ucap wanita tua itu tersenyum sayu memandang Khaiza sebelum mengusap tangan suaminya perlahan.

Khaiza menjatuhkan kepalanya saja sebelum tersenyum nipis.

"Saya keluar kejap." Pamit Khaiza sempat menjatuhkan kepalanya pada Israf sebagai isyarat meminta lelaki itu untuk membantu translatekan ayatnya pada dua pasangan suami isteri itu.

Israf mengangguk laju.

"Qir bi Rish." Terang Israf. Wanita tua itu segera menjatuhkan kepalanya sebelum tersenyum tawar memandang suaminya semula.

Keluar saja dari rumah itu pandangan Khaiza segera menangkap berapa buah kereta tentera yang sudah pun tiba di situ.

Kebanyakkan dari mereka sudah mula berkawal dan meronda di kawasan itu termasuk Haziq.

Dari jauh Haziq yang perasan Khaiza dimuka pintu itu segera tersenyum nipis sebelum melambaikan tangannya di udara kejap.

Khaiza membalas dengan menjatuhkan kepalanya saja.

Khaiza segera memalingkan kepalanya sebelum kanak-kanak perempuan yang terluka di bahagian lengannya itu menarik perhatian Khaiza.

Khaiza pantas meninggalkan gelas di tangannya sebelum mendekati kanak-kanak itu laju.

"Tsk.Tsk.Tsk."

"Hey, Shuss... Are you okey?" Pujuk Khaiza mengusap air mata kanak-kanak itu lembut.

"Come." Pujuk Khaiza segera mendudukan kanak-kanak itu di atas meja kosong di situ sebelum mengeluarkan first aidnya.

Khaiza mula mencuci luka kanak-kanak itu dengan penuh berhati-hati sebelum meletakkan cecair anti saptik.

Wajah kanak-kanak itu berkerut saja sepanjang lukanya dibersihkan.

Khaiza tersenyum nipis.

Setelah selesai Khaiza segera membalut luka di lengan kanak-kanak itu dengan perlahan.

"Okey Dah. Good girl." Pujuk Khaiza mengusap kepala kanak-kanak itu perlahan.

Kanak-kanak itu tersenyum comel.

"Nah." Hulur Khaiza segera meletakkan coklat dari tangannya ke tangan kanak-kanak itu.

"Qubri. (Terima kasih)" Ucap kanak-kanak itu tersengih lebar. Khaiza menjatuhkan kepalanya saja sebelum mencuit pipi kanak-kanak itu lembut.

"Khaiza?"

Khaiza pantas memalingkan kepalanya sebelum bertentang mata dengan Haziq.

"Haziq. Ada apa-apa masalah ke ?" Tanya Khaiza pelik.

"Awak okey ke kalau kita berkampung satu malam dekat sini?" Soal Haziq sedikit risau jika Khaiza kurang selesa di situ.

Khaiza tergelak kecil.

"Saya okey je." Jujur Khaiza.

Haziq segera menjatuhkan kepalanya. Syukur lah gadis itu tak selek. Kalau tak mahu haru hidup dia dekat situ.

"Okey, kalau macam tu saya sambung bertugas dulu." Pamit Haziq. Khaiza mengangguk saja.











Rambutnya dikusutkan laju sebelum jatuh terduduk memandang frame kaca yang sudah hancur di depannya itu.

Air matanya yang mengalir dikesat dengan kasar sebelum mencapai frame kaca di depannya itu semula dengan perlahan.

"Ma.." rintihnya perlahan memandang gambar wanita tua itu dengan penuh penyesalan.

Kalau lah dia dengar nasihat wanita tua itu untuk tidak meneruskan panggilannya menjadi tentera negara itu mungkin semua itu tidak akan berlaku.

Mungkin juga dia masih lagi dapat melihat senyuman wanita tua itu bukannya melihat mayat wanita tua itu selepas pulang.

"Kharmu Syak Ma..(maafkan saya Ma)." Lirihnya sayu sebelum menepuk dadanya yang mula sesak berapa kali.

Buk!

Buk!

Buk!

"Arghh!!" Jeritnya kuat sebelum memukul kepalanya ganti.

Buk!

Buk!

"QIFZI CHOLAS!"

Lelaki berusia di muka pintu itu pantas berlari ke dalam rumah itu sebelum menarik tangannya dari terus memukul kepalanya sendiri.

"War Syikla?! (Kau dah gila ke?!)" Marah lelaki berusia itu simpati memandang dia.

Tiada sahutan langsung hanya suara esakkannya saja yang bergema di situ.

"War Kufri Ras Qif. Ca Syikum war. Rak Murun Gib Tar Fill. Ji War lak Mikun Shirmu Kufshi Pur war Ras
Bistak. Syak Kups war Mama Kufshi war Mish Bistak. (Kau tak boleh mengalah macam ni Qif. Tengok badan kau. Penuh dengan kesan parut dan torehan pisau. 3 tahun yang kau pergi untuk mengubah diri kau tu takkan bermakna kalau kau mengalah macam ni. Dan aku percaya Mama kau pun taknak kau bersedih macam ni)." Pujuk lelaki berusia itu menepuk bahunya perlahan.

"Kuf Framu Tur Bis Lisma kisbak war Laka Shi. War Mul Kish Nubat Yatlis Rash Hak Rom Ishbul Mit Jabakul Murun Lip Fill ?! (Tak semua orang mampu lakukan latihan macam mana kau dah berjaya lalui. Kau ingat senang ke nak jadi tentera terlatih yang dapat bertahan hidup dekat dalam hutan tu selama 8 bulan dengan hanya berbekalkan sebilah pisau?!)" Sambung lelaki berusia itu tersenyum nipis.

"Mulsa Ak Was Kibnu war. (Tolong lah jangan sia-siakan bakat kau)."

Lama dia berdiam diri sebelum perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan sejurus meraup mukanya kasar.

"War Ribuh Qiy Mam Syak. (Aku nak cari orang yang bunuh mak aku.)" Ujarnya serius.

"War Rash Infor Zhi Lid. Tur Ribuh Ma Ziyat Malaysia. (Aku ada dapat info dari ketua. Orang yang bunuh mak kau adalah tentera dari Malaysia.)" Jujur lelaki berusia itu sayu.

Tangannya pantas digepal kuat sebelum menatap wajah lelaki berusia itu lama.

Frame kaca yang sudah hancur di depannya itu turut ditatap dengan perasaan dendam.

"Kulsu Tur Fi. (Kumpulkan orang kita.)" Arahnya serius.

Lelaki berusia itu terdiam sebelum perlahan-lahan menjatuhkan kepalanya saja.

Akur.








🤍🌼🤍

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma salli 'ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad

[OG] Khalbaq Qarshi [Lattest]Where stories live. Discover now