𝔅𝔞𝔟. 11

50 2 0
                                    

Seminggu kemudian..
























REPUBLIC Of  KHALBAQ QARSHI.



Dato Shamsuri dan juga Khairul diam saja memerhati Dato Shami yang sibuk bercakap di walkie-talkienya.

"Unit Pasukan Elit! "

"Unit Pasukan Elit! "

"Sila buat pendaratan segera!"

Haziq segera membuat isyarat tangannya di udara sebelum Helicopter tentera terlatih Malaysia itu terus saja membuat u-turn.

"Baik Tuan!"

Klek!

Dato Shami menjatuhkan kepalanya saja memandang Haziq kejap sebelum menepuk bahu abangnya perlahan.

Bahu Khairul turut ditepuknya.

"Mari ke dalam office." Ajaknya. Dato Shamsuri mengangguk saja sejurus melangkah seiring ke dalam bersama Khairul.

Tiba di dalam wajah Khairul dan juga Dato Shamsuri masing-masing mula bertukar serius selepas terpandang VR yang dikawal oleh salah seorang unit di dalam itu yang memaparkan video terakhir Khaiza sebelum gadis itu menghilang.

"Masih tak dapat lagi ke lokasi terkini Khaiza Sham?" Soal Dato Shamsuri menghela nafasnya dalam.

Dato Shami dengan muka penuh sesalan menggelengkan kepalanya saja.

"Aku dah hantar berapa unit kita untuk periksa lokasi terakhir Khaiza dan tentera kita tempoh hari. Tapi takde sebarang bukti yang boleh membawa kita menemui jejak Khaiza." Jujur Dato Shami meraup mukanya kasar.

Dato Shamsuri terdiam sebelum membuka kaca matanya perlahan.

"Aku minta maaf long." Pinta Dato Shami tertunduk malu.

Khairul memusingkan tubuhnya sebelum mengurut pelipisnya kasar. Kalau tak disebabkan dia yang yakinkan adiknya tempoh hari perkara ini mungkin takkan berlaku.

Nak putarkan masa kembali pun sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur.








Khaiza merenung kosong dinding besi yang sudah menjadi tatapannya selama seminggu berada di situ. Perasaannya saat ini turut bercampur-baur.

Sudah seminggu dia menghilang apakah ahli keluarganya langsung tidak ingin mencari dia. Atau kah diorang juga sudah lupa tentang kewujudan dia.

"Haihh." Keluh Khaiza mengurut pelipisnya perlahan.

Sayup-sayup angin dari pintu depan bangunan itu menyapa diwajah Khaiza.

Air matanya yang tiba-tiba saja mengalir pantas diseka.

Adakah mereka tidak mengetahui situasi dia di sini ? Atau mungkin saja mereka menganggap dia baik-baik saja.

Harrr!

"Astagafirullahalazim." Ucap Khaiza cepat-cepat meraup mukanya. Jauh betul fikiran dia sekarang ini.

Emosi dia betul-betul dah tak stabil.

"Please, jangan fikir yang bukan-bukan." Bisik Khaiza mengenggam tangannya memberi keyakinan.

Pak!

"Oi!!"

"Kau Dah Gila Ke Bercakap Sorang-sorang?!" Berang Ariza membaling sebiji gula-gulanya di depan Khaiza.

Khaiza diam saja sejurus memandang kosong gula-gula di depannya itu. Dasar bengong. Hari-hari bazirkan gula-gula dia.

Patutlah gigi wanita itu berkerak.

"Oi!! Kau Dengar Tak Apa Aku Cakap ni?!" Jerit Ariza bercangkung di depan Khaiza laju.

Khaiza menghela nafasnya perlahan.

"Kau ni cakap tu tak payah lah menjerit. Aku bukannya duduk dekat bulan pun." Jujur Khaiza pantas menggeleng kecil.

Ariza mengetap giginya geram sebelum menunjal kepala Khaiza laju.

"Diamlah kau!" Makinya.

Khaiza diam saja sebelum menjeling tajam.

Kalau tak disebabkan kaki dan tangan dia kena rantai memang dia kerjakan perempuan karat ni sampai lunyai.

"Dah, kau tak payah nak buat muka sial kau tu dekat aku. Esok hari penderaan kau secukupnya akan berlangsung." Sindir Ariza tergelak sinis.

Khaiza menghela nafasnya kecil sebelum memandang kosong dinding besi di depannya itu semula.










Datin Kaisya termenung jauh membuang pandangannya ke luar tingkap. Air mata yang bertakung di tubir mata wanita berusia itu mengalir perlahan sebelum diseka.

"Ma?.. please jangan macam ni. Ni kalau adik tahu mama tak makan, lagi lah adik sedih." Pujuk Khaizan mengusap tangan mamanya lembut.

Bubur nasi ditepi meja itu Khaizan capai sebelum digaul dengan perlahan.

Aisyah yang berdiri di muka pintu itu turut memandang simpati keadaan ibu mertuanya. Wajah wanita berusia itu betul-betul merindukan anak gadisnya.

Manakah tidak Khaiza adalah satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga itu.

"Mummy? Kenapa mummy menangis?" Soal lutfan memeluk peha Aisyah tiba-tiba. Kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun itu mengelipkan matanya berapa kali.

Aisyah berdehem kecil sejurus menyeka air matanya laju.

"Mana ada mummy menangis. Habuk masuk mata mummy tadi. " Tipu Aisyah. Lutfan segera mengangguk faham.

"Lutfan sayang pergi ajak adik main dekat taman belakang rumah." Pujuk Aisyah mengucup dahi anak lelakinya itu sekilas.

Lutfan tersengih lebar sebelum menjatuhkan kepalanya saja.

"Okey mummy!" Akur Lutfan kelam-kabut menapak turun. Aisyah menggeleng saja.

"Careful boy!" Tegur Aisyah. Risau.

Aisyah menoleh sebelum tersenyum lega selepas Datin Kaisya sudah mahu disuapkan oleh Khaizan. Sekurang-kurangnya perut wanita berusia itu tidak kosong.

Sudah seminggu waktu makan dia tidak teratur. Syukurlah wanita berusia itu sudah boleh dipujuk.

Aisyah menapak turun dengan perlahan sebelum menuju ke dalam dapur. Sepanjang ketiadaan bapa mertuanya itu dia dan Khaizan lah yang mengambil alih merawat Datin Kaisya.

"Nak masak makanan kesukaan mama semula lah. Mungkin mama dah lalu nak makan makanan kegemaran dia." Bisik Aisyah tangkas menyediakan bahan masakannya.

Permudahkan lah urusan mencari Khaiza ya Allah.








🤍🌼🤍

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma salli 'ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad

[OG] Khalbaq Qarshi [Lattest]Where stories live. Discover now