Usai mengaminkan bacaan doa terakhir Khaiza memutarkan tubuhnya memandang Syifa yang sudah tertidur pulas di atas katil itu.
Khaiza menghela nafasnya perlahan. Dia pun tak pasti waktu kini sudah pukul berapa. Kelihatan gelap saja langit daripada jendela yang berpalang besi depannya itu.
Usai melipat kain lusuh yang dijadikan untuk sejadah itu Khaiza pantas mengusap tudung yang tersarung di atas kepalanya.
"Ya Allah kotornya tudung aku." Bisik Khaiza merenung bahagian tudung sarung itu yang menutupi dadanya.
Tak serupa warna tudung dah tudung sarung itu.
Khaiza berura-ura ingin mengejutkan Syifa namun terhenti selepas melihat gadis itu sedikit teresak dalam tidurnya.
Lambat-lambat Khaiza mengundurkan langkahnya semula sebelum menghela nafasnya perlahan.
Kesian juga dia dengan gadis itu. Tidak makan ka gadis itu hingga kurus begitu?
Malas berfikir panjang lagi Khaiza segera berlalu ke dalam tandas yang disediakan dalam bilik itu.
Saiz tandas itu kecil saja. 5x6 kaki persegi.
Khaiza pantas mengaru belakang kepalanya kasar sebelum memandang hanya sebiji paip dan juga mangkuk tandas saja yang ada di situ.
Khaiza meraup mukanya perlahan.
Tandas dalam bilik itu juga tidak mempunyai pintu langsung, sangat lah terbuka.
Jika ingin berbuat sesuatu di dalam tandas itu terus saja dapat dilihat oleh Syifa.
"Haihh." Keluh Khaiza hampir mati akal.
Tidak betah menunggu di situ Khaiza segera melilaukan pandangannya sebelum terhenti memandang selimut lusuh di bawah rak hujung bilik itu.
Khaiza pantas tersenyum lega.
Tanpa membuang masa Khaiza mencapai laju sebelum berlalu bersembunyi di hujung bilik itu membuka pakaiannya satu persatu.
Kejap-kejap anak mata Khaiza memandang Syifa. Risau juga dia jika gadis itu terbangun. Dia kini dalam keadaan berkemban sangat lah tak sopan.
Khaiza pantas menyangkutkan tudungnya di atas bahu sebelum mengemaskan rambutnya menjadi sanggul tinggi.
Setelah pasti dengan rambutnya yang sudah kemas Khaiza segera berlalu ke dalam tandas.
Baru saja Khaiza ingin mencapai hos daripada paip depannya tangan Khaiza terhenti laju.
Reaksi Khaiza berubah terkejut memandang separuh dinding tandas itu ada tingkap kaca yang hanya ditutupi oleh cermin lutsinar hingga dapat melihat bangunan sebelah.
Khaiza pantas mencangkungkan tubuhnya semula sebelum mengetap bibirnya geram. Memang takde privasi langsung ke tahanan dekat situ.
Tak guna betul!
Khaiza perlahan-lahan bangun daripada cangkungannya semula sebelum mengintai dengan matanya saja tingkap mewah yang berhadapan tepat dengan cermin tandas itu.
Khaiza pantas menarik nafasnya lega selepas perasan tingkap bangunan sebelah itu gelap saja.
Tidak ada cahaya langsung. Mungkin sudah tidak ada penghuni barangkali.
"Haihh." Keluh Khaiza tersenyum nipis mengusap dadanya perlahan. Hampir sakit jantung dia dibuatnya.
Malas berlama lagi di situ Khaiza pantas meneruskan niatnya kembali membersihkan diri. Hos daripada paip depannya terus saja di capai sebelum segera membasahkan tubuhnya dengan air.
Sudah berapa minggu dia tidak mandi.
Qifzi merenung lama frame kaca yang sudah pecah depannya. Air mata di kelopak matanya bagaikan tertahan saat memikirkan dendamnya yang masih belum terbalas.
Nak taknak dia kena cari juga cepat di mana pusat tentera negara Malaysia sekarang ini bertapak.
Andai saja dia tahu di mana keberadaan pasukan itu sekarang ini dia bersumpah akan hancurkan dengan tangannya sendiri setiap ahli tentera negara itu.
"Qif?" Tegur lelaki berusia itu mendekati Qifzi perlahan sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Qifzi.
" Qal Tusma Kib Galru Ja, War Jid Tam Darsi? (Kenapa rumah ni gelap saja, Kau dah makan ke harini?)" Soal lelaki berusia itu tersenyum kelat memandang anak saudaranya itu yang diam saja sejak kebelakangan ini.
Qifzi menghela nafasnya perlahan.
"Syak Ri Aqri Fatan Ka Syak Kuf Filu. (Aku nak tenangkan fikiran dan aku takde selera.)" Balasnya mendatar sebelum bangkit daripada duduknya merenung keluar tingkap.
Sebelah tangan Qifzi perlahan mengusap pisau belatih ditepi seluarnya.
Sudah menjadi habit lelaki itu sejak kebelakangan ini.
Lelaki berusia itu diam saja sebelum menghela nafasnya perlahan.
"Tarmu Caq Riwu Haqri Yik Ri, Qif. Wasi Akid Furri Yik Huklum Suriq Dars. (Ambiklah seberapa banyak ketenangan yang kamu mahu Qif. Tapi pakcik taknak kamu menyesal di kemudian hari.)" Nasihat lelaki berusia itu sebelum melangkah keluar dari dalam rumah itu semula.
Memberi waktu kepada lelaki itu untuk tenang.
Qifzi diam saja.
Ikutkan bukan dia yang nakkan semua ni terjadi tapi kejahatan orang lain yang memaksa dia untuk jadi lebih kejam.
Qifzi memejamkan matanya seketika.
Malas berdiri lama lagi di situ Qifzi berura-ura ingin memutarkan tubuhnya. Belum sempat dia memutarkan tubuhnya figura seseorang dari bangunan sebelah itu pantas menyapa di pandangan Qifzi.
Anak mata Qifzi tajam menghadap semula cermin tingkap rumahnya.
Tindak-tanduk manusia di sebelah itu betul-betul menaikkan kemarahan dia.
Seminggu kalau tak semakkan hidup dia memang tak sah.
Rahangnya pantas di ketap kuat.
🤍🌼🤍
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allahumma salli 'ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad
YOU ARE READING
[OG] Khalbaq Qarshi [Lattest]
General FictionMengisahkan Seorang Doktor Pakar Khaizatul Naelora yang cukup terlatih dan berpengalaman dalam bidang pembedahan. Hasil kerjanya tidak pernah menemui kegagalan. Prinsip hidup Khaiza Tidak ada perkara yang perlu berhenti di tengah jalan. There Is No...