૮꒰˵•27•˵꒱ა

910 36 0
                                    

Xylia mencelikkan matanya. Tapi pandangannya masih kelihatan gelap. Dia cuba mengingati semula apa yang telah berlaku.

Seingatnya, saat dia sedang menyiram bunga, kepalanya terasa seperti dihentak dengan kuat sebelum pandangannya gelap. Itu perkara terakhir yang dia ingat.

"Aku rasa dia dah bangun."

Kedengaran suara lelaki dihadapannya.

"Buka penutup tu." Arah seorang lagi lelaki.

Ssap!

Benda yang menghalang pandangan Xylia ditarik kasar. Kini cahaya menghiasi matanya.

Mata Xylia membulat. Pandangan dihadapannya sangat mengerikan. Anak-anak buah Lazen kini berlumuran darah di lantai. Ada yang tangan terputus, kaki terputus, kepala terputus pun ada.

Mata Xylia tercari-cari kelibat seseorang.

'Zack!'

Xylia menarik nafas lega melihat Zack hanya tercedera ringan dan pengsan. Tapi satu kelibat yang dicarinya masih belum muncul.

"Kau cari kekasih kau ke perempuan?" Tanya lelaki itu sinis.

Xylia diam tak berkutik. Otaknya sedang berputar. Takkan cepat sangat Lazen tumbang? Kalau dia pun tak mampu bunuh Lazen takkan mamat ni mampu pula? Aku lemah sangat ke?

"Hey perempuan! Aku tengah cakap dengan kau ni!" Lelaki tu menunjal dahi Xylia kasar sehingga terdongak kepalanya.

Xylia merenung lelaki itu kosong. Main tunjal-tunjal pula. Dia fikir dia siapa nak sentuh aku dengan tangan najis dia tu? Lepas berak basuh tangan ke tak lah dia ni?

"Mana dia?" Tanya Xylia tenang.

"Dia siapa ya?" Lelaki itu tergelak besar.

Xylia memutarkan matanya. "Bodoh ke bro?"

Mencerlung mata lelaki itu. "Bodoh kau kata?"

"Yelah bodoh. Tak tahu bodoh? Sudahlah gila nak mampus." Selamba Xylia.

"Ku-kurang ajar punya betina!" Lelaki naikkan tangannya tinggi sebelum.

Pang!

Kuat bunyi tamparan itu di pipi Xylia. Kepala Xylia terteleng. Dia tersenyum sinis.

"Nice. Sedap bro." Sengih Xylia.

Berang lelaki itu dibuatnya. Tangannya dinaikkan buat sekali lagi.

"Gray sudahlah tu. Kita dah lambat ni. Bos nak perempuan ni sebelum pukul 12 malam." Sampuk seorang lagi lelaki menghalang tindakan Gray.

Gray mendengus. "Kau angkutlah betina ni."

Lelaki itu mengeluh sebelum menarik kasar bahu Xylia supaya mengikutinya.

Xylia masuk ke dalam van dengan tenang tanpa rasa dipaksa. Dia betul-betul relax sekarang. Seolah tak takut langsung. Dia tak tahu ke nyawa dia ada di tangan musuh?

'I'm waiting...'












"Bos, kami sudah bawa dia." Lelaki yang memegangnya menolak dia kasar sehingga jatuh melutut.

Lelaki yang dipanggil bos itu tersenyum senang. "Good job, Fox"

Fox hanya menundukkan kepalanya sedikit sebelum dia berdiri di tepi Gray yang wajahnya sudah masam mencuka kerana bos mereka memuji Fox.

"Hye Xylia. I'm Scorpion. Nice to meet you." Sapa Scorpion ramah.

Ternaik kening Xylia. "Sorry but who? Which gang? I think this is my first time hearing your name. May I know who you are?"

Ternganga yang lain mendengar pertanyaan selamba dari Xylia. Berani mati betul minah ni.

Scorpion masih tersenyum. "We're Black Venom."

"Ouh. Baru pertama kali dengar kumpulan ni wujud." Xylia duduk bersila.

Scorpion tetap tersenyum walaupun dalam hati dah terbakar. Dari tadi dia rasa seperti direndahkan oleh wanita dihadapannya. Tak dia sangka gadis Lazen sangat sarcastic dan bukannya sekadar gadis polos. Malah polos tu tidak terlihat dari segi mana.

"You know Golden Lion?" Tanya Xylia bersahaja.

"Of course. Your boyfriend gang right?"

"Thats good to hear. Well, I just wanna tell you, my boyfriend's teams is more better than yours. The name is also look expensive, Golden Lion. Your? Black Venom? Ewww so old." Kutuk Xylia depan depan.

Scorpion menggenggam tangannya erat. Hati dia dah panas. Dia kutuk depan-depan je sial. Kurang ajar punya perempuan!

"Fox, Gray. Gantung perempuan ni dekat besi elektrik tu." Arah Scorpion.

"Baik bos!" Gray dan Fox menarik tangan Xylia. Mereka mengikat tangan Xylia mengunakan besi. Xylia dibiarkan tergantung berdiri di palang besi itu.

"Kau tahu, nyawa kau di tangan aku. Setiap kali kau tak ikut arahan aku..." Scorpion menekan butang merah yang terdapat di kerusinya.

"Arghh!!" Xylia menjerit kesakitan apabila elektrik dapat dirasa di sekitar tubuhnya.

Scorpion tersenyum sinis. "Sakit? Jadi kalau kau taknak sakit, ikut arahan aku."

Xylia menjeling Scorpion.

"Mana Ville bersembunyi?" Tanya Scorpion.

Berkerut dahi Xylia. Bukan dia dah kena tangkap juga ke? Bila masa pula bersembunyi ni?

"Aku tanya ni. Mana dia?" Ulang Scorpion.

Xylia berpaling ke sisi. "Aku tak tahu."

"Oh really? Ok."

"Fox, kau pantau dia. Setiap 30 minit bagi dia rasa renjatan elektrik tu." Arah Scorpion.

Fox hanya sekadar mengangguk. Dia melihat Scorpion dan ahli-ahlinya keluar dari bilik seksaan.

Matanya merenung pula Xylia lama. Xylia hanya menunduk memandang lantai.

Ternaik keningnya.

'So, this is she?'


























'So, this is she?'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc--

𝐙𝐢𝐨𝐧𝐬𝐯𝐢𝐥𝐥𝐞'𝐬 𝐏𝐫𝐢𝐬𝐨𝐧 √√Where stories live. Discover now