Xylia diam merenung di tempatnya. Selepas kejadian itu, dia lebih banyak merenung. Jangan ditanya kemana Lazen sebab dia pun tak tahu. Jejaka itu kembali menghilang.
Masalahnya kenapa Rin pun ikut hilang sebenarnya? Takkan sebab soalannya haritu? Mustahilla Rin ambil serius dengan soalan tak masuk akalnya tu. Tapi mungkin saja...
"Haih!... Apa yang dah terjadi dengan hidup aku ni? Kenapa semakin rumit dan rumit? Tak boleh ke aku hidup tenang je?" Keluh Xylia.
"Tak boleh." Sampuk Luke.
"Ah! Terkejut aku! Engkau ni kenapa baru muncul selepas hilang seminggu? Mana kau pergi?" Geram Xylia. Adik dia ni macam chipsmore. Hilang macam tu, muncul macam ni. Entah apa yang dibuatnya pun Xylia tak tahu.
"Kerja." Singkat Luke. Dia melabuhkan duduk di sebelah Xylia.
"Kerja apa la sangat tu." Xylia menyumbat popcorn kedalam mulutnya.
"Mana Rin?" Tanya Luke selepas memastikan kelibat mamat Jepun tu tiada.
"Entah. Dia tak bagi tahu aku pun nak pergi mana. Hilang macam tu je. Belajar dari kau agaknya." Xylia menjeling adiknya sekilas.
Luke hanya menganggapinya dengan tenang. Kepala diangguk singkat.
"Now tell me. Masalah apa lagi yang muncul dalam hidup kau sampai buat kau nampak macam mayat hidup ni?" Tanya Luke ingin tahu. Popcorn Xylia dimakannya.
Xylia menggeleng. "You not gonna like it."
"Just tell me. I like it or not we'll see it later." Luke rolleyes.
"Tapi masalahnya aku yakin kau tak suka." Desis Xylia perlahan.
"Ha? Apa kau cakap? Aku tak dengar."
"Hah? Takde apa-apa!" Xylia tersengih.
Luke mengangguk. "Ok so what? Masalah kau?"
Xylia mengeluh. Nak tak nak kena cerita juga. Sebab Luke yang sekarang bukan Luke serupa dulu lagi. Dia berubah drastis. Xylia yakin, dia punca Luke berubah. Masih dia ingat lagi Luke menangis teresak-esak selepas dia dijumpai. Tak habis-habis Luke menyalahkan dirinya. Dari situ dia dapat melihat yang Luke betul-betul sayangkan dirinya.
"Semalam. Lazen datang."
Terus berubah riak wajah Luke. Xylia mengeluh. See? Betul kan?
"Apa dia nak?" Dingin Luke menyoal.
"Nothing. Dia datang nak tengok keadaan aku je. Wajarlah, aku menghilang 3 tahun. Mesti dia risau." Tipu Xylia. Entahlah dia pun tak tahu kenapa Lazen datang menjumpainya. Tingkahnya sungguh membuat Xylia keliru.
Luke tergelak sinis. "Risau? Bukan sebab dia ke kau jadi macam ni? Kalau dia lebih alert kau takkan berada di sini bersembunyi macam penjenayah!" Ketus Luke.
"Xyzel Belukyan! Enough please!" Pohon Xylia penat.
Luke merengus kasar. "Sampai bila kau nak bela dia? Cinta takkan merubah apa pun lah! Faktanya cinta korang memang tak layak bersatu! Sampai bila nak terseksa?"
Xylia mengeluh. "Aku lebih rela terseksa bersama daripada harus terseksa berpisah macam ni. Sebab rasa dia lagi sakit. Kau tak tahu apa yang Aku rasa jadi kau bolehlah bercakap besar. Tunggu kau rasa macam mana perasaan cinta tu nanti. Kau sanggup ke tidak lepaskan perasaan cinta tu nanti. Mungkin sekarang bagi kau, 'alah cinta je pun! Meremehkan dan membuang masa!'. Tapi bila kau dah mula rasa apa tu cinta baru kau akan faham. Enough Luke, lupakan masa lalu. Lagipun itu bukan salah Lazen. Jangan jadi orang pendendam macam aku. Kau akan menyesal. Percaya cakap aku."
"And one more thing, aku tak kata yang kami akan bersama semula."
Luke rolleyes. "Tadi tu, 'aku lebih rela terseksa bersama dari harus terseksa berpisah' apa benda?"
"Aku beri contoh je. Memang aku lebih rela macam tu tapi bukan bermaksud kami akan bersama semula. We can't predict the future." Selamba Xylia. Dia tersenyum singkat sebelum masuk ke dalam biliknya meninggalkan Luke sendirian.
Luke mengeluh. Popcorn disumbat ke dalam mulut.
"Cinta? Just what is that? Boring!"
Gruuuhh!!
Bunyi kilat yang kuat diiringi dengan hujan deras di tengah malam sambil ditemani seorang gadis yang berbaring mengiring memeluk perutnya dengan peluh membasahi wajah.
"Urghh!..." Xylia mengerang kesakitan. Semasa hanya tinggal dirinya seorang rumahlah nak sengugut.
Tangan Xylia menggapai-gapai telefon. Saking sakitnya buatkan dia sukar hendak bergerak.
"Please..." Hampir tak terkeluar suaranya memohon.
"Ahh!" Dia mengeluh lega bila tangannya menyentuh telefon. Terus sahaja didail nombor Luke.
"Argh fuck! Angkatlah!" Bengang Xylia. Oleh kerana tetap tidak diangkat, nombor Rin pula ditekannya.
"Argh! Mana korang pergi hah?!" Hampir gila Xylia menahan sakit dan marah.
Dia sudah tiada pilihan lain. Hendak telefon Lazen, nombornya dia tidak ingat kerana telah menukar nombor baru.
Xylia buntu. Dia hanya mampu menahan kesakitan di tengah-tengah kilat dan hujan. Kesejukan yang melampau menambahkan lagi kesakitannya.
Air mata Xylia mengalir kerana sakit yang dia tidak mampu tangani. Bibir digigit kuat sehingga berdarah.
Bukk!
Tersentak Xylia. Dia melihat pintu yang sudah terbuka ditendang seseorang. Dengan keadaan yang gelap dia melihat gerangan bertubuh gagah itu.
"La...zen?"
Tbc--
YOU ARE READING
𝐙𝐢𝐨𝐧𝐬𝐯𝐢𝐥𝐥𝐞'𝐬 𝐏𝐫𝐢𝐬𝐨𝐧 √√
Fantasy**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ 𝕰𝖛𝖆𝖓𝖘 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟑˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚* •𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐋𝐨𝐯𝐞• "Let's meet again in another life... I will make sure I'll find you, my destiny..." 𝐑𝐨𝐬𝐞 ... "I love him! I rather die than to see him died...