૮꒰˵•31•˵꒱ა

934 39 1
                                    

Gadis yang sedang mengulum lollipop itu berjalan santai sambil mata melihat keadaan sekelilingnya.

Dengan gaya rambut messy bun. Pakaian tidak kemas. Orang pun keliru, dia ni gelandangan ke gila?

Xylia mengeluarkan lollipop dari mulutnya. Dia menjilat bibirnya sebelum tersenyum senget.

"Belluks!" Xylia merangkul leher Luke.

Luke mendengus jengkel. "Haish! Kau mandi ke tak ni? Dengan tak terurusnya. Aku hampir ingat kau orang gila tadi."

Xylia mencebik. Dia memutarkan matanya. Dia menghulurkan tangan.

"Mana duit daddy bagi?" Minta Xylia.

Luke menjeling kakaknya. "Lain kali sebelum nak lari tu bawa pelengkapan sekali. Ni tak! Telefon tinggal, beg tinggal, kad pengenalan tinggal. Nasib kau ingat nombor telefon aku. Kalau tak memang jadi pengemis tepi jalan dah kau ni!"

"Jangan nak membebel la budak! Serabut aku! Aku nak duit yang daddy bagi je. Cepatlah!" Gesa Xylia.

"Ish sabarlah!" Luke mengeluarkan dompetnya sebelum mengeluarkan black card.

"Nah. Aku sanggup fly ke Turki sebab daddy suruh. Ni dia suruh kau guna je black card dia. Berbelanja sepuas kau." Hulur Luke.

Xylia tersengih kerang busuk. Dia mencium black card premium tu. Wangi.

"Thanks lil bro." Xylia menepuk-nepuk bahu Luke.

Luke menepis tangan Xylia. Kenapalah ada yang terjatuh hati dekat perempuan gila ni? Bukan setakat gila, bodoh pun ada. Bukan cantik pun aku tengok.

"Tengok tengok apahal? Tahulah kakak kau ni cantik macam bidadari." Xylia menyebak rambutnya angkuh.

"Hak tuih! Bidadari tengkorak kau! Muka kau ni taraf-taraf kambing. Dah lah busuk!" Kutuk Luke.

"Ewah ewah ewah! Banyak hodoh mulut kau! Kalau aku taraf kambing kau taraf apa? Bontot lembu?" Balas Xylia.

"Bontot lembu ni kau!" Luke menarik rambut Xylia.

"Argh! Sakitlah anak pungut!!" Xylia turut menarik rambut Luke.

Dan terjadilah perbalahan dua beradik yang tidak tahu malu diperhatikan manusia yang lalu-lalang. Author malas masuk campur.












Xylia keluar dari pelbagai kedai. Tangan tak usah dicakap. Penuh dengan beg kertas.

Hari ni dia betul-betul memanjakan diri. Best juga jadi anak orang kaya ni. Duit serupa daun yang senang dikutip.

Xylia duduk di satu bangku. Di tangannya terdapat aiskrim perisa mint. Dia menjilat-jilat aiskrim itu sambil matanya melihat manusia-manusia yang lalu-lalang.

"Hairan juga aku. Mamat tu memang dah taknak aku ke?" Soal Xylia seorang diri.

"Luke pun tiada buka hal pasal Lazen. Dia dah tak sayang aku ke?" Xylia mencebik.

"Lah! Yang kau berharap sangat ni kenapa? Bukan kau ke yang nak larikan diri sangat?" Xylia menampar pelan pipinya.

Xylia menggeleng kepalanya laju. "No no no! Sekarang aku kena enjoy! Enjoy your 'me time'!"

"Lantaklah dengan mamat tu. Aku dah bebas! Jantan lain ramai lagi. Petik jari je diorang dah beratur depan aku." Yakin Xylia. Dia mendabik dadanya.

"Apa la sangat dengan si Lazen tu? Ingat aku tak boleh hidup ke tanpa dia?"

"Apa dia fikir aku akan menangis merintih sebab rindukan dia ke?"

"Huh! Lambat lagi! Ni Xylia Bellerose la. Tiada masa untuk menangis sebab jantan."

...

"Huhu...I miss you..." Xylia memeluk gambar Lazen.

Berbekas-bekas tisu dia habiskan untuk menghembus hingusnya.

"Kenapa you tak cari I? You dah tak sayang I ke? Huarghh!!" Xylia menyembamkan wajahnya ke bantal.

"Kenapa you suka seksa I? I tahu la I salah selama ni! Tapi lupakan je lah. Kenapa susah sangat? Eiii!!" Xylia menumbuk-numbuk bantal dengan geram.

"Benci! Benci! Benci! Kenapa aku yang terseksa lebih padahal aku yang pilih untuk melarikan diri? Not fair!"


















"Benci! Benci! Benci! Kenapa aku yang terseksa lebih padahal aku yang pilih untuk melarikan diri? Not fair!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc--

𝐙𝐢𝐨𝐧𝐬𝐯𝐢𝐥𝐥𝐞'𝐬 𝐏𝐫𝐢𝐬𝐨𝐧 √√Where stories live. Discover now