"La...zen"
Lazen buru-buru menghampiri Xylia. Usai melabuhkan duduk, kepala Xylia diangkat dan diletakkan di atas pehanya. Baju gadis itu ditarik ke atas mendedahkan kulit putih mulusnya.
Xylia yang masih cuba untuk memproses kejadian di saat ini langsung tidak menghalang perlakuan Lazen. Dia macam 'hah? Lazen ada dekat sini?'.
Lazen mengurut perut Xylia lembut. Dia mengerling sekilas riak wajah Xylia yang bingung. Dia menyimpan senyum, entah kenapa tapi gadis ini nampak polos tatkala melihatnya dengan riak sebegitu.
"So hurt?" Soalan Lazen menyedarkan Xylia.
"Ha? Apa hurt?" Blur Xylia. Dia macam dah lupakan kesakitan yang menimpanya setelah kelibat Lazen muncul dihadapan matanya.
Lazen mengeluh. Dia mencucuk perut Xylia separa kuat.
"Ahh! It's hurt! What are you doing?" Xylia menepis jari Lazen.
Jejaka itu melihat Xylia datar. "That's why, focus! Aku tahu aku handsome tapi tak perlu kut sampai terpegun tak sedar diri."
Xylia menjuih bibir. "Siapa tah handsome! Kalau macam ni dah dipanggil handsome maknanya monyet tu lagi handsome la. Bukan?"
Lazen menjentik perut Xylia. "Kau samakan aku dengan monyet?"
Xylia bangunkan kepalanya dari peha Lazen. Dia melihat ke mata jejaka itu.
"No. Level you lebih rendah dari monyet." Selamba tutur bicara gadis itu.
"Kau-! Haihh...kau tu sakit buat cara sakit. Tunggu kejap." Lazen keluar dari bilik Xylia dan turun ke tingkat bawah. Dah macam rumah sendiri dibuatnya.
Xylia menunggu dengan sabar. Tiba-tiba dia merasakan kesakitan itu semula. Dia kembali berbaring secara meringkuk. Tadi elok je siap bergurau senda lagi dengan Lazen. Nampak sangat Lazen tu ubatnya.
Lazen muncul semula dengan heat pack. Dia menghampiri Xylia yang tengah tahan sakit. Baju diselak dan benda yang berisi air panas itu diletakkan di atas perut Xylia. Tangan gadis itu diambil dan diletak ke atas heat pack supaya menghalangnya dari jatuh.
"Ubat tahan sakit dah makan?" Tanya Lazen lembut. Tangannya naik mengusap rambut Xylia.
Xylia menggeleng lemah.
"Hm. Wait." Lazen keluar semula dari bilik untuk mengambil ubat tahan sakit.
Xylia diam merenung. Kesakitan perlahan terasa berkurang.
"Ini mimpi ke?" Tanyanya kepada diri sendiri. Dia hairan, kenapa layanan Lazen terhadapnya sangat lembut. Tak, kenapa mesti sekarang? Kenapa pada masa yang dia telah dapat menerima kehilangan Lazen? Kenapa sekarang? Kenapa bukan dulu?
"Dia buat aku berharap lagi..." Desis Xylia. Dia melihat kearah pintu bilik yang terbuka dengan lama. Seolah dia dapat melihat sosok Lazen di pintu itu.
Lazen menyelimuti Xylia yang tertidur. Dia mengusap lembut rambut gadis itu. Lama matanya tertuju di wajah gadis yang dirinduinya setelah sekian lama.
Dia mengeluh berat. Ciuman dilabuhkan di dahi Xylia. Usai itu dia berdiri dan ingin berlalu keluar dari bilik.
"Don't go..." Xylia menahan tangan Lazen. Digenggam kemas tangan jejaka itu supaya dia tidak dapat merungkainya.
Terhenti langkah Lazen. Dia mengeluh dalam diam sebelum melabuhkan duduk semula di sebelah Xylia.
"Look at me..." Xylia menarik tangan Lazen.
Lazen terus memalingkan wajahnya melihat Xylia. Lembut sahaja tatapan matanya. Tangan dimasukkan kedalam baju Xylia dan perut gadis itu disentuh.
"Feel more better?" Lazen menatap mata Xylia.
YOU ARE READING
𝐙𝐢𝐨𝐧𝐬𝐯𝐢𝐥𝐥𝐞'𝐬 𝐏𝐫𝐢𝐬𝐨𝐧 √√
Fantasy**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ 𝕰𝖛𝖆𝖓𝖘 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟑˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚* •𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐋𝐨𝐯𝐞• "Let's meet again in another life... I will make sure I'll find you, my destiny..." 𝐑𝐨𝐬𝐞 ... "I love him! I rather die than to see him died...