Bab 4

208 19 5
                                    

TELEKUNG yang kemas bersangkut di atas rak dipandang lama oleh Kayyisa. Entah sudah berapa bulan, bahkan mungkin juga tahun ia tidak disentuh malah digunakan. Sengaja Kayyisa biarkan di situ supaya ahli keluarganya tidak mempersoalkan apa-apa. Ya, dia mengaku dia memang culas menunaikan solat lima waktu. Walhal dia sangat tahu solat itu adalah tiang agama.

Benarlah, iman tak dapat diwarisi. Di dalam rumah ini, hanya Kayyisa yang lain daripada yang lain. Tak nampak langsung macam Puan Sajidah dan Wajihah. Pemakaian mereka saja sudah melambangkan wanita muslimah, lengkap menutup aurat. Sangat kontra dengan Kayyisa yang lebih memilih gaya barat sebagai pakaian hariannya.

Kadang-kadang Kayyisa terfikir juga, sehingga bila dia mahu berfoya-foya seperti ini. Tak mahukah dia mengikut jejak umi, kakak ipar dan kawan baiknya? Namun, bukan mudah nak berubah. Sukar Kayyisa ingin tinggalkan gaya hidup yang sekarang sebab dia sudah terlampau selesa.

Sejak remaja lagi, Kayyisa sering rasa hidupnya disekat oleh seluruh ahli keluarga. Sangat berbeza cara dia dididik dengan abang-abangnya yang lain sehingga dia mempersoalkan, mengapa dia tidak mendapat kebebasan yang sama. Dan akhirnya Kayyisa menjadi seorang anak yang tak dengar cakap, kerap memberontak dan suka ikut kepala sendiri.

Sebab itulah bila Kayyisa menginjak ke alam universiti, dia banyak berubah. Dari segi perangai sehinggalah ke penampilan. Kehadiran Airil di dalam hidupnya membuatkan Kayyisa rasa semakin bebas dan gembira. Sebab dia rasa ada orang faham dan menyokong segala tindakannya. Kayyisa tak rasa disekat oleh sesiapa. Sehingga umi, abi, abang-abangnya serta Hajar pun mungkin sudah muak nak menasihati dia.

Tetapi, tak tahulah mengapa sekarang Kayyisa asyik terfikir tentang nasihat Hajar. Dalam tak sedar, dia juga membandingkan hidupnya dengan gadis itu. Kayyisa juga nak jadi seperti Hajar, dapat pasangan yang serius ingin menghalalkan. Hidup Hajar juga hampir sempurna jika ingin dibandingkan dengan dia. Bakal suaminya juga sudah la elok peribadi dan agama. Sangat sepadan dengan Hajar yang begitu menjaga maruah diri.

Bila agaknya Kayyisa akan merasa perkara yang sama?

Sampai kapan dia ingin jalani kehidupan seperti ini?

Jauh di sudut hati, Kayyisa ada perasaan ingin berubah menjadi manusia yang lebih baik. Dia juga inginkan kehidupan yang jauh lebih sempurna daripada sekarang.

Namun, persoalannya mampukah dia?

Malam itu, begitu banyak persoalan yang bermain di dalam minda Kayyisa sehingga akhirnya dia tertidur pulas.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

MAHU tak mahu, Kayyisa terpaksa turunkan egonya hari ini untuk mengajak Airil berjumpa. Restoran yang sama menjadi pilihan untuk mereka membincangkan sesuatu. Kayyisa tak tahu apa penerimaan Airil sebentar lagi tetapi hendak tak hendak dia harus beritahu kerana ini melibatkan hubungan mereka.

Sepanjang makan, Kayyisa tak banyak bercakap. Cuma Airil yang asyik bercerita itu dan ini tentang kehidupannya. Dia mahu tunggu mereka selesai menjamah makanan terlebih dahulu sebelum membangkitkan hal yang berat.

"I ingat you ajak I jumpa sebab you rindukan I, rindukan kita. Tapi, you asyik diam je. This is not you, Cinta Kayyisa. Sebenarnya, apa tujuan you nak jumpa I?" soal Airil sebaik sahaja pinggannya licin. Sambil mengelap mulut menggunakan tisu, anak mata Kayyisa dipandang tepat.

"Rindukan kita? You tanya I, habis you tu? Tak rindukan I ke sampai seminggu you abaikan I?" Kayyisa menyoal semula. Terjongket sedikit bibirnya. Tiada niat pun dia nak berbalah mulut dengan Airil tetapi ayat itu sangatlah mengundang.

"Apa ni sayang? Mestilah I rindu you. I cuma nak bagi ruang supaya you tenangkan fikiran. Itu je. I'm sorry kalau you rasa I abaikan you. It was never my intention."

Cinta KayyisaWhere stories live. Discover now