Bab 16

302 18 1
                                    

DISEBABKAN sudah kesuntukan masa, Kayyisa dan Fayyad mengambil keputusan untuk makan angin di sekitar Kuala Lumpur saja. Memandangkan lusa Fayyad dah kena masuk kerja, eloklah mereka pergi dekat-dekat. Kayyisa tak mahu la berjalan jauh dalam keadaan rushing sehingga membebankan Fayyad. Lagipun, mereka berdua bukannya habis jejak lagi satu Kuala Lumpur walaupun negeri itu berjiran dengan tempat mereka menetap.

Mungkin faktor kahwin dengan seorang cikgu, habis diajaknya Kayyisa menerokai muzium-muzium yang ada. Hari pertama, dari pagi sampai ke petang masa dihabiskan dengan menelaah setiap satu cerita bersejarah yang terdapat di situ. Walaupun Kayyisa tidak la terlalu berminat pergi muzium tetapi dia suka dengan rasa sunyi dan tenang memandangkan tempat sebegitu tak ramai orang. Nak dating pun ada privasi.

Hari kedua, Kayyisa pula mengajak Fayyad ke Berjaya Times Square untuk main theme park. Lepas dah pergi ke tempat berilmiah, kenalah buat aktiviti yang lasak pula. Biar seimbang. Namun, baru naik permainan yang pertama, Fayyad dah surrender teruk dan mengadu pinggangnya macam nak patah. Dah tak pasal-pasal Kayyisa kena beli yoko yoko, siap kena jadi tukang urut peribadi.

Bila teringat semula kejadian semalam, terlepas ketawa Kayyisa.

            "Bahagia sangat tu. Ingat apa, sayang? Tak nak share dengan abang ke?"

Tak sorok langsung, Kayyisa tersenyum panjang memandang Fayyad yang baru melabuhkan duduk di hadapannya. Iced mango smoothie dan iced americano yang diambil dari kaunter diletakkan oleh lelaki itu di atas meja. Hari ini, mereka nak bersantai-santai sahaja di kafe. Semalam dah terlampau barai bermain di theme park. Kali ini bolehlah nak berborak heart to heart pula. Dengan tempat yang cantik seperti ini, nak bergambar sekali pun senang.

            "Ingat pasal abang la. Harap je muda, tapi lepas main theme park dah macam orang tua."

Membulat mata Fayyad. Jujur betul isteri dia ni. Tapi, itulah salah satu benda yang dia suka tentang Kayyisa. Kejujuran tetapi bukan yang menyakitkan.

            "Tua Kayyisa cakap? Tak baik mengata abang macam tu. Tua-tua pun, ini la yang sayang Cinta Kayyisa tau."

            "Buka mulut kejap." Kayyisa tiba-tiba mengangkat garpu dengan senyuman tidak bersalah.

Memicing mata Fayyad memandang gelagat isterinya, lalu akhirnya dia menganga mulut dengan pasrah.

            "Oh, pandai eh nak melepaskan diri?" ujar Fayyad sambil terkumat-kamit mengunyah wafel di dalam mulut.

            "Mesti la pandai. Isteri Cikgu Fayyad, kan?" Selamba Kayyisa menjawab sambil menjamah makanan untuk mengisi perut. Ni Cinta Kayyisa la. Dia pandai counter balik setiap ayat yang Fayyad lontarkan.

            "Yalah, sayang. Kayyisa menang." Terjongket sedikit hujung bibir Fayyad mendengar balasan isterinya. Jika dia seorang yang rawak, Kayyisa pula seorang yang banyak akal.

            "Sebut pasal cikgu, abang baru teringat. Ada benda sikit yang abang nak bincang dengan Kayyisa." Fayyad terus membuka topik. Sebelum dia bekerja semula, perkara ini perlu diberitahu terlebih dahulu kerana Kayyisa berhak diutamakan dalam segala hal.

            "Bincang apa? Macam serius je." Kening Kayyisa terangkat.

            "Sebelum abang kahwin dengan Kayyisa, abang ada buat kerja sampingan lain hujung minggu. Tapi, untuk tahun ni abang belum mula sebab baru naik sekolah. Ingatkan lepas habis cuti kahwin ni baru nak start balik."

            "Huh? Kerja apa?" Fokus Kayyisa mendengar sambil menyuapkan sedikit demi sedikit wafel ke dalam mulut.

            "Private tutor."

            "Ohh... private tutor. Rajinnya abang mengajar. Hujung-hujung minggu pun kerja lagi. Tak penat ke?" Belum pun Fayyad mengeluarkan isi, Kayyisa sudah mengajukan soalan kerana ingin tahu.

            "Penat tu biasalah. Kerja apa yang tak penat, kan? Sementara abang mampu, abang nak all out kerja dulu. Untuk kesenangan isteri abang juga. Kalau dah ada anak nanti, untuk kemudahan anak. Lagipun, abang tak rasa terbeban pun sebab pelajar yang abang pernah ambil setakat ni semua baik-baik." Lancar Fayyad menjawab.

            "Tapi, yang abang risaukan sekarang... Kayyisa."

Berkerut dahi Kayyisa. "Kenapa abang nak risau pasal Kayyisa pula? Kalau abang takut Kayyisa kurang masa dengan abang, Kayyisa tak kesah pun pasal tu. Hari-hari Kayyisa boleh jumpa abang dekat rumah. Nikmat yang itu pun Kayyisa dah bersyukur. Abang kan pengajar, memberi ilmu untuk orang. Benda yang baik, Kayyisa takkan halang."

Fayyad mempamer senyuman. Tutur kata Kayyisa, wajah Kayyisa, semuanya melembutkan hati Fayyad.

            "Bagusnya isteri abang ni. Faham kerja abang, faham situasi abang. Tapi, selain tu... ada lagi satu benda yang abang risau. Dan abang nak minta pendapat Kayyisa pasal ni."

            "Hmm? Pendapat apa?"

            "Sebelum ni, selalunya abang buat class dekat rumah. Abang ambil semua pelajar lelaki. Memandangkan sekarang abang dah ada isteri, abang nak tanya Kayyisa. Kayyisa selesa ke kalau abang buat class dekat rumah? Kalau Kayyisa tak selesa, abang boleh cari tempat lain." Penuh teliti Fayyad memerhati riak wajah Kayyisa.

Tanpa ragu-ragu, Kayyisa terus mengangguk. "Kayyisa okey je. Tak ada masalah pun. Meriah la rumah kita hujung minggu kalau ada student abang. Boleh Kayyisa masakkan untuk dia orang, layan macam adik-adik. Kalau abang nak ambil student perempuan sekali pun boleh. Kayyisa ada, boleh teman abang."

            "Betul ni? Kayyisa serius?" soal Fayyad lagi, inginkan kepastian. Dalam masa yang sama, dia lega mendengar respon positif Kayyisa.

            "Ya, serius!"

            "Terima kasih sebab faham abang. Abang tak pasti ada ke tak pelajar perempuan yang nak sebab abang tak pernah ambil sebelum ni. Kalau ada, mungkin abang boleh pertimbangkan."

            "Tapi, Kayyisa jangan risau. Abang ada bilik khas dekat tingkat bawah untuk mengajar. Sebelum kita kahwin pun, abang ubah suai tingkat atas untuk Kayyisa. Ada bilik kita dan ruang tamu kecil untuk Kayyisa santai-santai tengok TV. Mini fridge pun abang dah sediakan. Kalau ada sesiapa datang sekalipun, tak ada la mengganggu ruang peribadi isteri abang." Panjang lebar Fayyad menerangkan.

Sebelum Kayyisa menjadi isterinya, dia sudah pun memikirkan segala hal untuk keselesaan gadis itu. Fayyad telah berjanji dengan diri-sendiri untuk mengutamakan Kayyisa dalam apa jua keadaan.

Melihat kesungguhan suaminya, Kayyisa tak dapat menahan perasaan terharu. Tidak sangka sejauh ini Fayyad memikirkan dan meletakkan dia.

            "Susah-susah je abang buat semua ni. Kalau tak ada pun tak apa. Kayyisa boleh je duduk dalam bilik kalau nakkan privasi," ujar Kayyisa lembut. Mendengar kata-kata Fayyad tadi, sampai tinggal suku wafel yang telah dioder. Iced mango smoothie miliknya cuma berbaki sedikit. Hirup punya hirup sampai tak sedar dah nak habis.

            "Tak susah pun. Isteri abang ada satu je."

            "Amboi! Tu nak perli Kayyisa ke ada niat lain?"

            "Buka mulut kejap, sayang." Kali ini giliran Fayyad pula tersenyum lebar sambil mengangkat garpu yang telah dicucuk dengan wafel.

            "Oh... pandai eh balas balik?" Kayyisa menjeling manja. Terherot-herot bibirnya tidak berpuas hati.

~

Maap kalau cringe. Bila nak edit balik pun saya terseksa ahegeygwrgf. Kalau nak comment apa-apa, silakan. Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin ni last update kot sebelum saya hold dulu cerita ni. Ada kerja lain yang perlu diselesaikan. Okey, bye.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta KayyisaWhere stories live. Discover now