BAB 4 - Penerimaan Yang Baik

2K 65 6
                                    

SUPRISEKAN SESUATU UNTUK ISMADI !!
ISMADI KATA HANA SWEET SANGAT ??

Done post !

" Harap untuk first content ni, akan mendapat sambutan yang  dekat channel youtube aku, aminn.. " omel Hana sendirian selepas selesai post video baru di youtubenya

........................................................................

BAWA HANA KE TEMPAT RAHSIA !
HANA TERKEJUT ! KEJUTAN YG TAK SANGKAKAN !!?

Done post !

" Alhamdulillah, selesai satu bab.. argh " gumam Ismadi sambil menggeliat di atas katil.

" Kau dah post content ke Madi? " soal Syamir sepintas lalu.

" Ha'ahh, dah. " balas Ismadi bermalas-malasan.

" Jom, nak keluar makan tak? Aku nk keluar dengan Mad ni. " soal Syamir lagi.

" Korang keluarlah, aku dah makan dengan Hana tadi, lepastu ingat nak live tiktok kejap lagi. " balas Ismadi lantas bangun menuju ke bilik mandi.

Usai mandi dan berpakaian lengkap, Ismadi siap sedia untuk melakukan live tiktok seperti selalu kebiasaannya.

" Hai koranggg... okey, yang mana belum tengok youtube saya, saya dah post video baru dengan Hana harini, korang boleh pergi youtube saya dan tonton." ujar Ismadi yang tersenyum lebar di hadapan ribuan fans di siaran langsung tiktoknya.

cikkirah : wahh, bestnyaaa, saya belum tengok !!

debob : mesti best content malam ni 😀

mira : nak tengok tapi nak layan live ni dulu

aswanie88 : tadi tersempak Ismadi dengan Hana, malu nak tegur

mambang : bila boleh main bola sekali mat 🙃 ?

nadra : baru live ke Madi, noti tak naik 😭

kekabubiru : dah tengok sekerat tadi tapi Madi live, tengok Madi dulu 😂

kiwiapple : suka tengok madi dengan hana jadi partnership 🥰

hanahdelisah : hensemlah Ismadi

Setelah sejam lebih melakukan siaran langsung tiktok, Ismadi terus membuka channel youtubenya dan alangkah terkejutnya Ismadi bila melihat jumlah  viewnya telah mencapai 28k untuk satu jam pertama selepas video di post.

Satu pencapaian yang cukup baik bagi youtuber baru sepertinya yang hanya baru mempunyai 124k subscriber.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen positif di terima, para peminat amat menyukai gandingan mereka berdua.

Menyingkap kembali 5 bulan sebelum dia terjun ke bidang youtuber, Ismadi yang sudah terbiasa melakukan live di tiktok dan instagram, sudah tiada perasaan malu untuk berhadapan dengan orang ramai tetapi cabaran menjadi seorang youtuber ini lebih memerlukan dia kental mental dan fizikal kerana dunia ini lebih kejam.

Amir pernah berpesan kepada mereka, untuk berjaya, perlu persetankan jari-jari jahat yang setiap masa menaip kecaman jahat mencari salah.

Sudah lumrah, bila ada yang suka, mesti akan ada yang akan tidak suka kita. Tak mudah untuk berjaya, tapi terlalu mudah untuk jatuh.

Tabik hormat pada Amir, bermula dari bawah, berbagai kecaman, hinaan di terima tapi Amir telah membuktikan bahawa menjadi seorang youtuber bukanlah satu kerjaya sampah yang di canang-canangkan makcik bawang suatu ketika dahulu tapi menjadi seorang youtuber adalah satu kerjaya yang dapat memberikan hasil yang lumayan.

Ismadi bukan tidak pernah di kecam teruk di awal kemunculannya dulu tapi dia faham berpunca dari dirinya sendiri dan dia telah pun memohon maaf kepada semua fans kerana kekasarannya dalam mengeluarkan kata-kata ketika itu.

Dia telah mengambil pengajaran ke atas keterlanjuran dirinya sendiri dan lebih berhati-hati selepas ni.

........................................................................

Sambil berbaring, Ismadi membelek- belek pula channel youtube Hana.

Jujur dia tidak begitu mengenali Hana sebelum menyertai AB Entertaiment.

Dia masuk ke dunia youtuber pun kerana ingin mengubah nasib diri dan tanpa di sangka peluangnya cerah terbuka, Amir menerimanya masuk ke dalam team AB Entertaiment.

Saluran youtube Hana, di leretnya satu persatu untuk melihat content-content lama Hana.

Sepanjang mengenali Hana semenjak dia menyertai team AB, Hana seorang yang mudah di bawa berbincang dan berborak walaupun kadang-kadang dia sendiri tak faham apa yang Hana cuba katakan.. hahhaha ... Ismadi tertawa sendiri apabila teringatkan perangai Hana yang selalu blur itu.

Hana agak lain dari geng-geng perempuan yang ada dalam team AB.

Hana kadang-kadang dengan dunianya sendiri.

Perwatakan yang kasar tapi itu sebenarnya penarik utama dirinya.

Cantik ??? hmmm tak di nafikan Hana memang cantik semula jadi.  Tak perlu lagi bersolek tebal, itu sudah cukup cantik. Lagi cantik bila dia tersenyum tapi matanya tertutup, comelllnyaaaa .....

" Arghhhhhh !!!!!! dah jauh sangat ni aku mengelamun. " Ismadi cuba menyedarkan dirinya dari terus berfikir tentang Hana.

NADI CINTA ... Where stories live. Discover now