BAB 18 - Dari Hati ke Hati

2K 54 5
                                    

Hana melihat jam di tangannya, sudah pukul 4.30 petang.

Kelibat Ismadi langsung dia tak nampak daripada tadi lagi.

Mungkin dah balik fikir Hana.

Dia cuba mengintai keluar tingkap, kereta Ismadi tiada di mana-mana.

" Bagus, leganyaaa.. " Hana berasa gembira bila melihat kereta Ismadi tiada.

Dia bergerak menuruni tangga perlahan-lahan sambil bernyanyi-nyanyi kecil, tanda hatinya sedang gembira ketika ini.

" Hai, happy sangat tu. " tiba-tiba muncul satu suara daripada belakang ketika dia sudah sampai di tingkat bawah.

" Glupps... " Hana menelan air liurnya, terasa seperti dirinya tertangkap melakukan kesalahan besar harini.

Dia kenal benar akan suara itu.

Ismadi!

" Happy sangat kenapa ni? " soal Ismadi lagi sambil berjalan ke arah hadapan Hana.

Saat itu mereka berdua saling berpandangan sesama sediri.

" Erghh.. " Hana segera mematikan keadaan itu.

" Dah jom. " ajak Ismadi kekok.

" Tapi bukan dah balik ke? Kereta tak ada pun. " soal Hana lagi inginkan kepastian.

" Bila masa aku balik, ini depan kau bukan hantu cik Hana oi.. " jawab Ismadi.

" Habistu yang jomnya nak naik apa? Motor?? Jangan kau nak buat pasal. " Hana memberi amaran sambil menunjukkan penumbuknya.

Ismadi melepaskan tawanya.

" Comel.. " getus hatinya..

" Aku pun tak gilalah Hana oi, tak pasal-pasal nak berlebam muka kena tumbuk dengan kau. Aku hantar kau balik guna kereta Syamir, harini aku datang naik moto, tapi tak sangka pulak harini kau datang naik grab. So, Syamir bawa balik motor aku. Faham??? " balas Ismadi menjelaskan keadaan.

Haih, ada saja benda yang nak di gaduhkan dua manusia ni ...

........................................................................

" Ni kita nak pergi mana pulak?" soal Hana apabila dia melihat kereta sedang membelok ke arah jalan Tasik Cyberjaya.

" Nak sambung berbincang pasal hal semalam. " balas Ismadi sambil menyembunyikan senyumannya.

Hana mula rasa gelabah.

" Hal semalam ? Hmmm.... " getus hati Hana, rasa malunya mula menerpa.

Tangannya terasa sejuk secara tiba-tiba.

Petang ini, suasana di tasik agak lengang, tak ramai orang.

Ismadi selesai meletakkan kereta.

" Jom... " dia mengajak Hana untuk turun.

Hana membatu di situ. Masih lagi gelabah. Tidak mahu turun.

" Ke nak aku dukung kau turun? " usik Ismadi yang melihat Hana masih lagi di dalam kereta.

" Eee.. aku tahulah turun sendiri. " bentak Hana menyembunyi rasa gelabahnya.

Ismadi ketawa kecil melihat kelakuan Hana yang sedang gelabah itu.

Aduhai Hana, Hana ...

Hana hanya mengikuti Ismadi dari belakang dengan langkah yang perlahan.

" Jom kita duduk sana nak? " tanya Ismadi tiba-tiba sambil menunjuk ke arah kerusi berhadapan tasik.

NADI CINTA ... Where stories live. Discover now