BAB 2 - Permulaan Yang Sedikit Kekok

2.5K 86 4
                                    

" Berbadan kurus tinggi, berkulit putih, kening sedikit tebal, mukaaaa.. hmm boleh lahh. " omel Hana sendirian sambil ketawa kecil, memerhatikan dari jauh Ismadi yang sedang rancak berbual bersama Afiq dan Daniel.

Ismadi yang baru 4 bulan di serap masuk ke dalam team AB Entertaiment itu, di perhatikannya secara diam-diam.

Sepanjang 4 bulan Ismadi berada di sini, mereka berdua tak banyak bercakap sesama sendiri melainkan ada hal yang penting untuk di bualkan.

Dan bilamana tiba-tiba sahaja Amir  mahu menjadikan mereka berdua sebagai partnership content, wujud sedikit perasaan kekok itu tapi rasanya untuk mencari keserasian, itu tak susah kerana Ismadi seorang yang mudah untuk di bawa berbincang dan dia juga seorang yang happy go lucky.

Hana termenung sebentar sambil memikirkan content apa yang boleh di buatnya bersama Ismadi hari ini.

Gandingan mereka yang di terima baik peminat membuatkan Hana berasa lebih  bersemangat untuk bekerjasama dengan Ismadi selepas beberapa kali partnershipnya gagal sebelum ini.

Perasaan yang sukar untuk di jelaskan, terasa patah semangat tetapi memikir ibu ayah di kampung dan peminat setia, Hana cuba bertahan sehingga ke hari ini.

Kata-kata kecaman, makian, sudah seumpama makanan harian baginya.

Hana dah lali dengan semua tu, kalau awal-awal dulu mungkin Hana mudah terasa down tapi sekarang Hana pilih untuk terus menjadi kuat bukan lagi lemah.

Itulah Hana Syamim.

" Kau dah fikir ke content apa nk buat untuk post dekat youtube nanti? " soalan tiba-tiba Ismadi yang datang menghampirinya, mematikan lamunan Hana.

" Ohh, dahh... dahhh.. " jawab Hana tergagap-gagap kerana terkejut di sapa Ismadi tiba-tiba.

" Dah kenapa muka kau tu? Itulah orang suruh cari idea bukannya mengelamun, nasib tak keluar air liur masa mengelamun tu kan. " seloroh Ismadi yang ketawa melihat muka terkejut Hana itu.

Hana menjelirkan lidahnya kepada Ismadi yang mengusik.

" Petang ni kau free? Aku rasa nak buat content dekat luar. " soal Hana kepada Ismadi.

" Aku okey ja, nanti boleh terus sambung buat untuk content youtube aku sekali, kita nak jumpa dekat mana? "

" Kau datang kerja harini dengan apa? "

" Aku datang kerja hari ni naik motor dengan Syamir. "

" Err .. kalau mcm tuu, kita naik kereta aku la senang, nanti aku hantar kau balik, okey? set??? "

" Okeyyy....."

........................................................................

" Farah, kau rasa kan, ship aku dengan Ismadi ni boleh pergi jauh tak? " tanya Hana secara tiba-tiba sewaktu dia dan Farah berjalan menuju ke kedai makan berdekatan office mereka.

" Boleh, jauhhh sekali, silap-silap ke pelaminan.. hahaha. " usik Farah berseloroh.

Satu cubitan geram di berikan kepada Farah.

" Auchhhh .. hahahha. " Farah mengadu sakit sambil ketawa.

" Aku tanya lain, tapi kau jawab lain. " balas Hana geram tapi ikut tertawa sama.

" Tapi, serius aku cakap, ini berdasarkan  apa yang aku nampak la. Aku rasa Ismadi tu memang berbakat dalam bidang ni, dia tak nampak kekok berhadapan dengan kamera, cakap pun lancar. " sambung Hana.

" Tapi .. "

" Tapi lagi? " sampuk Farah.

" Tapi aku rasa macam tak sesuai pulak aku dengan dia, kau tau la kan, aku ni jenis blur, dia tu pulak sejenis aktif, sesuai ke ha? " soal Hana serius.

" Sesuai Hana, abang Amir pun nampak kau dengan dia sesuai sebab itu lah abang jadikan kau dengan dia partnership. Abang Amir lagi tahu lah, dia dah lama dalam bidang ni. Lagi satu, kau tengoklah penerimaan fans, ramai yang suka korang berdua kot. " balas Farah cuba menyakinkan Hana.

" Lagi ramai yang suka tu lah yang buatkan aku lagi takut, aku risau, aku trauma... "

" Risau sebab? Kecaman? "

" Yaa, aku dah penat nak bertukar pasangan. Aku risau bila banyak orang yang suka, akan lagi banyak yang tak suka... hmmm... " Hana melepaskan keluhan berat.

" Kau jangan risau lah, aku yakin Ismadi tu kebal mental dan fizikal." balas Farah.

Hana mengangguk-ngangguk kepalanya, seakaan bersetuju dengan pendapat Farah.

NADI CINTA ... Where stories live. Discover now