BAB 21 - Jom Kahwin !

2.2K 52 7
                                    

March sudah berlalu, kini April pula hampir ke penghujungnya.

Rata-rata umat Islam ketika ini sibuk mencari persiapan untuk sambutan hari raya aidil fitri yang bakal menjelma tak lama lagi.

Geng lelaki AB pula sedang sibuk membuat promosi habis-habisan di live tiktok edisi baju raya lelaki keluaran khas dari AB Entertaiment sendiri tahun ini.

Malam ini merupakan malam terakhir mereka membuat jualan sebelum seluruh team mula bercuti panjang esoknya untuk hari raya.

........................................................................

Ismadi
Cantiknya..

Ringkas saja mesej yang di hantar Ismadi tetapi sudah cukup membuatkan Hana tersenyum sampai ke telinga.

Sebelumnya tadi, Hana ada berkongsi gambar hari rayanya hari ini di story whatsapp dan Ismadi ada melihat rupanya.

Kali pertama rasanya Ismadi memujinya tanpa perlukan paksaan.

Hana
terima kasih, tapi gambar raya Madi tak da up lagi pon harini..

Ismadi
saja,malas nak post, Hana nak tengok ke ?

Hana
nakkkkkk nakkkkk

Ismadi tersenyum lebar melihat balasan dari Hana, comel ja perangai.. hihihi

Ismadi
sent picture
nahh, ni untuk Hana ja okey, limited 😘

" Arghhh ! " Hana menjerit kecil seronok melihat ayat dan emoji yang di hantar Ismadi.

" Hang dah kenapa, kena sampuk hantu raya ? " tanya Hairul yang datang mendekati selepas mendengar jeritan adiknya dari dapur.

" Aishh, sibuk la hang ni, pi sana tu. " Hana menghalau Hairul supaya kembali ke ruang tamu.

" Limited ? hihihihi .. " Hana menyambung rasa gembiranya.

Hana
tengkiuu, selamat hari rayaa tau ♥️

Ismadi yang menerima balasan dari Hana sambung tersengih lagi seperti kerang busuk kali ini.

Ismadi
selamat hari raya juga, jaga diri, jaga mata, jaga hati untuk saya tau ♥️

Hana teruja buat kesekian kalinya, ingin lagi rasanya dia menjerit tapi nanti tak pasal-pasal kena maki orang dalam rumah ni.. hahahha

" Makkkk, nak kahwinnn... " Hana berteriak perlahan menyatakan perasaanya ketika ini.

........................................................................

Seluruh team kembali bekerja hari ini setelah 10 hari bercuti hari raya.

Masing-masing masih agak lemau kerana telah lama bercuti tetapi suasana di office tetap hingar bingar dengan suara-suara mereka.

Meja di pantri office sudah penuh dengan pelbagai juadah hari raya.

Harini mereka sudah bersepakat mahu mengadakan potluck. Jimat duit belanja makn tengah hari.. hihi

" Sedap mee kari ni Resaa, memang aku suka. " Farah memuji mee kari yang di buat Aresaa sambil mulutnya mengunyah.

" Yang ni resipi arwah abah aku, kalau hari raya dulu-dulu masa arwah masih ada, adik beradik memang datang rumah, cari mee kari ja. " balas Aresaa.

" Tolong letakkan rencah mee untuk saya boleh tak? " satu suara yang tiba-tiba datang menyelit di sebelah Hana sambil menghulurkan mangkuk putihnya.

NADI CINTA ... Where stories live. Discover now