BAB 3 - Fasa Perkenalan

2K 58 1
                                    

Suasana sunyi di dalam kereta seolah-olah seperti tiada orang, hanya kedengaran suara nyanyian daripada corong radio yang berterusan mengeluarkan bunyi.

Hana hanya fokus memandang ke hadapan, manakala Ismadi yang duduk di sebelahnya sibuk bermain telefon.

Sepi dan kekok kerana ini pertama kali mereka berdua sendirian bersama.

Di office pun Hana dan Ismadi jarang sekali bercakap tetapi apabila sudah di jadikan partnership, mereka sudah mula menjadi sedikit rapat walaupun masih lagi terasa kekok antara satu sama lain.

" Aku nak tanya kau sikit. " pertanyaan secara tiba-tiba Hana mematikan suasana kekok itu.

" Yaa, tanyalah. Kau nak tahu apa? "

" Sorry kalau kau rasa benda ni peribadi tapi aku rasa aku perlu tahu sebab kau dengan aku sekarang ni bekerja bersama. "

" Kau sekarang single atau ada girlfriend? Jujur je, aku okey. " soal Hana.

Hampir 2 minit mendiamkan diri, Ismadi menjawab soalan Hana.

" Hmm.. aku baru putus je. " jawab Ismadi sedikit sayu.

" Aku minta maaf tapi kau jangan salah faham, aku nak tahu sebab aku tak nak nanti dalam content-content youtube kita, bilamana mungkin aku ternampak over sikit dengan kau ke nanti, girlfriend kau cemburu, dah gaduh pulak. "

" Dah jadi masalah pulak kau dengan aku nak buat kerja nanti. So, aku boleh jaga batas kalau kau tu boyfriend orang tapi sebab kau pun single, aku pun single, aku rasa mungkin tak ada masalah nanti, baguslah. " ujar Hana memberikan penjelasan.

" Yaa aku faham maksud kau, apa yang penting sekarang ini aku cuma nak berjaya. Aku nak jadi macam abang Amir, aku nak ubah nasib diri. " balas Ismadi.

" Okey, jom kita berjaya sama-sama, kita gembirakan hati mak ayah kita. "

" Ingat, kita ada impian yang nak kita di gapai, jangan sesekali kita mengalah. Kau bantu aku, aku bantu kau. " ujar Hana sambil fokus memandu menuju ke destinasi yang di tuju.

Ismadi mengangguk tanda bersetuju.

"Aku boleh berjaya! " getus hati kecil Ismadi bersemangat membara.

" Mungkin ini adalah peluang terbaik aku, aku mesti buktikan pada semua, aku boleh berjaya. "

" Yaya, sayang aku pada kau masih lagi sama, aku harap kita dapat kembali lagi seperti dulu, tunggu aku..." Ismadi memandang kosong ke arah luar tingkap sambil teringatkan kenangan-kenangan yang lalu.

NADI CINTA ... Where stories live. Discover now