BAB 22 - Nadi Cinta Kita

3K 103 40
                                    

Hana mengetuk pintu pejabat Amir. Ismadi turut bersamanya juga.

" Masuk. " arah Amir daripada dalam.

Amir melihat mereka berdua berjalan masuk ke dalam biliknya dengan muka tersengih-sengih.

Amir mengerutkan dahi sambil memandang mereka.

" Kenapa abang tengok macam tu? " soal Ismadi yang merasakan mimik muka Amir ketika ini lawak.

" Ha, apa hal korang berdua datang sama-sama dalam bilik aku ni ? Nak comeback NADI ? " soal Amir serius.

" Bukan abang, hal lain. " jawab Hana.

" Dah tu, nak kahwin? " balas Amir serkap jarang.

Amir dan Hana tersengih bagai kerang busuk keduanya ketika ini.

Amir tersenyum menjeling, serkap jarangnya mengena.

" Betulkan? " soal Amir lagi.

" Betul abang tapi macam abang boleh tahu ni? " soal Ismadi semula kepada Amir.

" Aku tau la, satu office ni pun rasanya tahu. Korang berdua tu asyik main mata, ingat kami semua buta? " balas Amir setempek mengena batang hidung Hana dan Ismadi.

" Kami nak abang jadi orang pertama yang tahu, sebab tu  kami berdua datang jumpa abang ni, sekaligus nak apply cuti terus, hihiii.. " sampuk Hana sambil ketawa kecil.

" Bila tarikhnya? " soal Amir.

" Cadangnya nak buat tunang tengah hari lepastu terus akad nikah lepas Asar 8/6 ni. Majlis sanding 9/6. Abang free tak tarikh tu ? " ujar Hana.

" Mesti aku free, kalau aku tak free pun aku akan free kan diri. Adik-adik aku nak kahwin kot. Tahniah untuk korang berdua Ismadi, Hana. " Amir bangun dan memeluk Ismadi.

" Dulu bukan main berlagak Ismadi, tak mahu bila orang kenenkan dia dengan Hana, sekarang tengoklah siapa yang nak jadi isteri dia tak lama lagi. " Amir  mengejek Ismadi.

" Alah abang, itu cerita lama, masa tu tak ada rasa cinta. " balas Ismadi ketawa besar.

........................................................................

" Aku tak terkejut pun.. werkkk .. " ujar Farah ketika Hana dan Ismadi menyampaikan kad jemputan kahwin mereka.

" Kan, kita semua dah boleh agak, cuma tak tahu betul menjadi ke tak menjadi. " sampuk Anne ketawa sinis.

" Tahniah orang tua, akhirnya dah sampai turn kau. " Syamir mengucapkan tahniah kepada Ismadi.

" Orang tua ni, buat kerja dalam senyap, tiba-tiba bagi kad jemputan. " sampuk Mad.

" Korang ni, pandai makan, pandai la simpan tapi rasanya tak rahsia pun, mata tu selalu bikin kantoi la Madi. " kata Syafiq pula sambil ketawa.

Yang lain pun ikut sama tertawa.

Buat kerja tak clear la dua manusia ni.. hahahaha...

........................................................................

8hb June, 5 petang.

" Aku terima nikahnya Hana Syamim Binti Zawawi dengan mas kahwinnya
RM 22222.22 tunai. "

" Sah. "

" Sah. "

" Alhamdulillah. " Ismadi menadah tangan menandakan syukur kerana di permudahkan segala urusannya.

Dengan sekali lafaz, Arif Ismadi dan Hana Syamim sah menjadi suami isteri.

Ketika ini juga ruangan di live tiktok Hana sedang kecoh dengan fans yang terkejut dengan pernikahan mereka.

NADI CINTA ... Where stories live. Discover now