BAB 6 - Berjanji Setia

1.8K 56 1
                                    

" Okey done! " laung Ery, pengarah video AB Entertaiment. Menandakan rakaman untuk content siaran youtube rasmi AB telah tamat.

" Hana, jom kita buat content. " ajak Ismadi.

" Nak buat content apa harini, aku tak ada idea lagi. " balas Hana yang buntu.

" Sama lah. " balas Ismadi kemudian ketawa.

" Dah tu, kau ajak buat content tapi kau pun tak ada idea. Sama-sama hauk la kita ni. " Hana ikut tertawa.

" Alah, jom je lah, kita makan dulu sambil fikir-fikir idea. Jommm. " ajak Ismadi.

" Kau drive eh, aku malas. " balas Hana sambil tersengih.

........................................................................

Suasana di Restoran Nasi Ayam Penyet Samudera ketika itu penuh dengan orang ramai yang ingin menjamu selera kerana sudah masuk waktu lunch.

Dalam keriuhan orang ramai di dalam restoran itu, Hana tiba-tiba bertanya soalan kepada Ismadi yang sedang makan.

" Kau suka kereta apa? " soal Hana.

" Honda FK8, dari dulu aku minat. " balas Ismadi sambil mengunyah ayam.

" Kau? " soal Ismadi pula.

" Aku pun suka Honda tapi Honda FD lah. Cuma bab kereta ni aku tak berapa nak tahu sangat pun tapi aku suka bentuk kereta tu, cantik. " balas Hana.

" Kau asal tak beli kereta lagi? Padahal aku rasa duit hasil pendapatan dari youtube kau tu lebih dari cukup. " soal Ismadi yang inginkan kepastian.

Hana menggunakan kereta abangnya untuk ulang alik bekerja ketika ini, padahal kalau tengokkan geng-geng team senior yang lain, semuanya sudah membeli kereta yang hebat-hebat jenama keluarannya.

" Ohh.. " balas Hana pendek sambil mengunyah ayam goreng.

" Aku rasa better aku lebihkan mak ayah aku dulu kat kampung. Lagi pun kereta abang aku elok ja, masih boleh digunakan ke sana sini. Nanti ada rezeki lebih, aku beli, tu pun kalau rasa nak beli. " sambung Hana ketawa kecil.

Bagi Hana, kereta bukan keperluan utamanya ketika ini. Kereta yang dia gunakan, masih mahu berkhidmat dengan baik, buat apa membazirkan duit.

" InsyaAllah, satu hari nanti aku doakan, kau dan aku boleh beli kereta idaman kita masing-masing." pintas Ismadi.

Hana menganggukan kepalanya, bersetuju.

Masing-masing kembali menyambung makan.

" Hana.. " panggil Ismadi secara tiba-tiba.

" Apa? "

" Kau nak tahu tak? Dah lama sebenarnya aku nak cakap. Jujur aku selesa dengan kau dan aku selesa bekerjasama dengan kau. Aku harap ship kita ni takkan ada masalah untuk masa akan datang. " ujar Ismadi.

" Dan aku janji aku takkan pergi as a partner kau, maksud aku, aku taknak endkan ship ni kecualilah abang Amir yang suruh tamatkan, itu aku tak boleh nak bantah. " sambung Ismadi lagi sambil menghabiskan makanannya.

Hana mengerutkan dahinya sambil melihat Ismadi.

" Kau tengah bersumpah setia dengan aku ke ni Ismadi? " soal Hana yang sedang ketawa besar kerana merasakan Ismadi terlalu random dengan tiba-tiba berjanji bagai.

NADI CINTA ... Where stories live. Discover now