BAB 9 - Pembubaran

1.8K 49 7
                                    

Ismadi melangkah berat menuju ke office, terasa mahu saja berpatah balik tapi kerana ini adalah tanggungjawab kerja yang di galasnya, dia perlu amanah atas setiap gaji yang di bayar, dia gagahkan kaki melangkah satu persatu anak tangga menuju ke office.

" Hmm... " Ismadi menolak berat pintu kaca di bilik yang menempatkan mereka berehat ketika waktu tiada content.

Dah ramai yang sampai office waktu ni.

Di satu sudut dia ternampak Hana yang memakai baju kurung berwarna peach hari ini, sedang bersarapan bersama Farah dan Sofia, bergelak ketawa sesama mereka.

Mengambil tempat di hujung sudut, Ismadi memerhati sekeliling, tapi anak matanya masih lagi mahu memandang ke arah Hana.

" Betul ke keputusan aku ni? " fikirnya sendiri.

" Hei youuuu, Ismadi. " sapa Syafiq riang seperti selalu.

Ismadi tersenyum kecil melihat tingkah Syafiq.

" Jom, berasapp luu. " ajak Syafiq seperti kebiasaan mereka setiap pagi.

Ismadi lantas bangun mengikuti Syafiq.

Menuju ke koridor luar, terlihat kelibat Syamir, Mad, Daniel sedang leka menghembuskan asap-asap putih.

Ismadi masih terasa agak akward dengan Syamir kerana kejadian semalam tetapi lain pula bagi pihak Syamir, bila ternampak Ismadi dan Syafiq menghampiri mereka, Syamir menyapa seperti biasa, seolah tiada apa yang berlaku semalam.

" Kau ok tak Madi? " tanya Daniel tiba-tiba ketika mereka sedang rancak menghembuskan asap putih.

" Yelah, aku lupa, aku pun nak tanya benda yang sama, kau kenapa? " sampuk Syafiq pulak

Mad yang tak tahu apa-apa kebingungan seorang diri.

" Bila aku tengok ig story kau, aku fikir kenapa pulak kali ni, ada komen babit family kau ke? " tanya Daniel lagi.

" Hmm, benda macam biasa lah, aku ok kalau aku yang kena tapi bila dah sebut pasal mak ayah, aku panas hati, tu yang terus post story macam tu tapi bila dah cooldown, rasa bodoh pulak update story macam tu. " balas Ismadi tersenyum kelat.

" Biasalah Madi, tak semua orang akan suka kita, bila kita dalam bidang ni, macam-macam jenis komen kita akan jumpa, ni semua di antara kita mampu hadap atau tak je. " sampuk Syafiq yang sudah 3 tahun dalam bidang youtuber.

Ismadi mengangguk- nangguk tanda faham.

........................................................................

" Madi! Madi!... " panggil Hana sambil tersengih berlari- lari kecil kearahnya ketika dia hendak turun pergi ke seven eleven.

" Cantik .... " sepintas lalu ayat itu menjelma di dalam kepalanya tapi hanya mampu berkata-kata di dalam hati.

" Kenapa? " soal Ismadi bermalasan.

" Petang ni, jom buat content nak? " pinta Hana ceria.

" Ha ok.. " Ismadi segera memberi persetujuan dan terus bergerak dari situ.

" Hmm.. baikkkkk. " balas Hana sambil melihat Ismadi berlalu pergi.

Hana merasakan Ismadi seperti menyembunyikan sesuatu darinya.

Layanan Ismadi kepadanya pun seperti terpaksa.

" Arghhhh... kau ni overthinking lah Hana Syamim oii. " jerit hati kecil Hana sambil mengetuk perlahan kepalanya.

........................................................................

" Hana, Amir panggil masuk bilik jap.. " Sofia memanggil Hana yang sedang leka menyiapkan bahan untuk contentnya bersama Ismadi nanti.

NADI CINTA ... Where stories live. Discover now