BAB 14 : Cemburu

1.9K 51 1
                                    

Sudah pukul 2.00 pagi, tapi Ismadi tidak dapat melelapkan matanya, selalunya dia akan tidur awal kalau esoknya hari bekerja.

Berbaring ke kiri tidak kena, berbaring ke kanan juga tidak kena, lalu Ismadi mencari telefonnya dan membelek-belek laman tiktok, menonton video-video yang di edit oleh fans NADI yang masih setia menyokong mereka berdua walaupon sudah bubar.

Satu persatu video yang lalu di fyp tiktoknya dia tonton sambil tersengih seorang diri dan satu video editan dari seorang fans buatkan dia tak senang duduk, dia fikirkan hanya satu video rupanya setelah di leret ke bawah-bawah, dia terjumpa lagi video editan fans yang lebih kurang sama.

Kali ini dia terus bangun dan duduk, menonton video tiktok itu sampai habis.

Cemburu.

Itu yang dia rasakan saat ini.

Video editan fans antara Haziq dan Hana bergambar ketika majlis malam itu.

Beberapa fans juga turut meninggalkan komen menyatakan menyukai Hana dan Haziq dan minta mereka di shipkan.

Ismadi melemparkan telefonnya ke hujung katil dan kembali berbaring semula memejamkan sambil hati yang sedang gundah gulana.

.......................................................................

Suasana pagi yang riuh di dalam office seperti kebiasaanya.

Sudah pukul 10 pagi, ada yang masih belum sampai.

Ismadi duduk di atas kerusi sambil memerhatikan sekeliling. Mencari satu wajah yang buatkan dirinya gundah gulana malam tadi.

" Nah, sasaran sudah di kenal pasti di satu sudut. " getus hati kecil Ismadi.

Hana seperti biasa, bergelak ketawa sambil bersarapan nasi lemak berlauk paru dan sambal sotong bersama Farah dan Sofia.

Ismadi sudah hafal benar rutin pagi Hana yang akan membeli nasi lemak di gerai Mak Cik Ani yang berdekatan office mereka.

Anak mata Hana sempat terlihat Ismadi yang sedang memerhati ke arahnya tetapi cepat-cepat Ismadi mengalihkan pandangan itu apabila sedar Hana juga memerhatinya.

Hana tersenyum sendiri melihat gelagat Ismadi.

........................................................................

" Harini kita nak buat pantun cinta versi perempuan, so geng-geng perempuan boleh prepare pantun korang eh, pukul 11.30 kita start rakam ok. " ucap Ery memberi arahan kepada team.

" Bab ni aku lemah. " kata Farah tiba-tiba kepada Sofia dan Hana.

" Kenapa? " soal Hana.

" Yelah, aku lemah tanpa cintamu. " balas Farah membuat pickupline .

krik krik krik ...

Hana dan Sofia berpandangan sesama mereka.

" Tak support member ah korang ni. " balas Farah malu.

Hana dan Sofia terburai ketawa yang di tahan tadi.

Sengaja mahu mengusik Farah..

" Aku nak pilih siapa? " omel Hana sendiri ketika yang lain sedang leka memikirkan pantun.

Hana memandang semua lelaki-lelaki bujang yang ada di dalam office itu.

Okey, dah jumpa sasaran.

........................................................................

" Okey, kita dah nak start rakam, 5 minit lagi. " laung Ery memberi arahan.

Geng-geng perempuan sedang bergerak mencari tempat duduk.

Geng-geng lelaki macam biasa berada di luar kamera, kalau di panggil baru akan masuk rakaman.

" Hello guys, kembali lagi dalam youtube channel saya Amir Borhan. Okey harini, kita nak buat pantun cinta. Da lama kita tak buat content ni, so hari ni kita nak dengar pantun dari geng perempuan kepada lelaki. Okey, mari kita mulakan dengan peserta pertama, Ain "

" Okey, pantun cinta Ain harini untuk Daniel "

Daniel segera memasuki ke dalam rakaman.

" Dengar ni Daniel " Ain memulakan pantunnya.

" Jalan-jalan ke Johor Bahru,
Jangan lupa memakai sepatu,
Kalau aku bilang I love u,
Kau balaslah i love u too. "

Sorakan gemuruh di berikan kepada pantun Ain.

" Macam mana Daniel, nak accept or reject pantun Ain?" soal Amir.

" Saya memilih reject."

Suasana di dalam office itu penuh dengan gelak ketawa kerana reject kan itu.

" Okey tak apa guys, mari kita ke orang seterusnya. Anne. "

" Saya memilih Ismadi. "

Hana terkejut kerana Anne memilih Ismadi, kerana dalam fikirannya dia juga mahu memilih Ismadi.

" Okey, ni pantun aku untuk kau Ismadi, dengar eh. "

" Terbang tinggi si burung camar,
Di pokok ara singgah menanti,
Banyak orang dah datang melamar,
Tapi hanya abang yang ku nanti "

Sorakan jeritan memenuhi ruang office itu.

" Saya accept. "

Semua orang terkejut dengan Ismadi termasuk juga Hana.

Ismadi sengaja accept kerana mahu membalas dendam untuk hatinya yang gundah gulana semalaman kerana Hana, walaupun itu bukan salah Hana, fans yang punya angkara.

Ismadi kebudakan! hahhahha.

Hana mencebik dalam diam.

Selepas beberapa orang sudah memberikan pantun, tiba giliran Hana.

" Jom ke peserta terakhir kita, Hana."

Ismadi gementar.

" Hana memilih...hmmm.. Haziq. "

Dumbb !

" Bukan macam ni yang aku nak. " getus hati Ismadi

" Haziq dengar okey pantun saya ni. "


" Buah jambu tiga serangkai,
Jatuh pula depan mata,
Ilmu apa awak pakai,
Sampai saya dah jatuh cinta "

" Cey ceyyy...." suara-suara nakal berbunyi mengusik.

Dan ada satu manusia yang seperti cacing kepanasan ketika ini.


Yaa, Arif Ismadi.

Haziq tersenyum lebar, Hana yang menanti jawapan, tak peduli terima atau tidak kerana bukan Haziq yang dia mahu tujukan pantun itu.

" Saya accept. " ringkas jawab Haziq.

NADI CINTA ... Where stories live. Discover now