BAB 15 - Ego

2K 51 5
                                    

" Malam ni jadi kan? " soal Syafiq inginkan kepastian.

" Jadi... pukul 9.30 malam, aku dah rojer member aku, suruh booking tempat. " balas Syamir.

Malam ni mereka merancang mahu bermain futsal. Sudah lama tiada kesempatan masa bermain futsal bersama-sama.

" Siapa lagi main malam ni? " sampuk Ismadi.

" Aku, kau, Mad, Syafiq,Apit, Zarul, Wan, Aril, Daniel aku tak pasti pulak dia jadi main ke tak. "

" Nanti kita lawan team kawan sekolah aku. " balas Syamir lagi.

........................................................................

Suasana court futsal riuh dengan suara-suara hingar.

Ismadi dan Mad sudah sampai, hanya menunggu mereka yang lain tiba.

Dia melihat jam di telefon, sudah pukul 9 malam.

Matanya melilau sana sini, melihat semua court penuh malam ini walaupun bukan malam minggu.

Seorang demi seorang tiba. Hanya tinggal Syafiq dan Zarul.

Mereka rancak berborak sementara menunggu yang belum tiba.

" Ismadi.. " panggil satu suara dari belakang. Ismadi menoleh ke arah suara yang memanggilnya dan dia terkedu.

Syamir dan Mad yang berada di sisinya juga terdiam.

Yaya.

Susuk sorang wanita yang pernah dia rindui suatu ketika dulu.

Ismadi tersenyum kelat lalu bangun dari kerusi dan pergi ke arah Yaya.

" U buat apa dekat sini? " soal Ismadi sekadar berbasa basi.

" I datang teman Nina tengok boyfriend dia main, tak sangka boleh terjumpa U, I nampak dari jauh tadi, tu yang I datang dekat nak pastikan betul ke U. " ujar Yaya ramah.

" Ohh.. okey, I dah nak start game dah
ni. " balas Ismadi mahu menamatkan perbualan.

" Boleh I duduk sini tak? Lama tak tengok U main futsal, lagipun sana ramai lelaki, I segan. " pinta Yaya kepada Ismadi.

" Ikut U la. " balas Ismadi sambil bergerak memasuki court meninggalkan Yaya.

Tiba-tiba otaknya rasa serabut.

........................................................................

" Eh, Hana buat apa kat sini? " tegur Apit, salah seorang editor di AB Entertaiment.

Hana yang baru saja memasukkan duit ke dalam vending machines tercengang, di tegur seseorang.

" Oh Apitt. " balas Hana mesra.

" Ada game ka? " soal Hana semula.

" Taklah, dah lama kan tak main, budak-budak tu ajak, Apit on ja tapi jadi tukang tengok.. hahaaha. " balas Apit sambil ketawa.

" Hana baru lepas main? " soal Apit semula.

" Haa, baru habis ja ni, main friendly ja dengan kawan-kawan. " balas Hana tersengih.

Hana memang seorang budak sukan sebelum dia menjejakkan kakinya ke dalam bidang youtuber.

Pernah mewakili Malaysia dalam skuad futsal kebangsaan ke sukan sea tetapi kerana faktor kecerderaan yang berpanjangan, Hana terpaksa memilih untuk retired.

NADI CINTA ... Where stories live. Discover now