BAB 11 - Mungkinkah ini ........... ??

1.8K 61 0
                                    

Disember sepatutnya menjadi bulan terbaik untuk kita tapi rupa-rupanya bulan terburuk kita berdua....

" Kalau dulu, kita berdua sama-sama terima hadiah-hadiah yang fans hantar, tapi harini aku sorang-sorang ja. " getus hati kecil Hana.

Banyak hadiah yang di terima harini kerana ini adalah hadiah hari lahir untuk Ismadi dan juga Hana.

Fans dah rancang awal untuk pemberian hadiah-hadiah ini sebelum berlakunya pembubaran lagi. Hana terasa sangat kecewa kerana menghampa mereka semua.

Harini Ismadi tiada di office kerana ada hal kecemasan di kampungnya, jadi hanya Hana yang mewakili untuk menerima hadiah untuk mereka berdua.

20 Disember merupakan hari lahir Hana, selang 10 hari daripada tu, hari lahir Ismadi pula, 30 Disember.

Mereka berdua berkongsi bulan kelahiran yang sama.

........................................................................

" Nak hantar whatsapp ke tak, nak hantar ke tak. " Hana bercakap sendirian.

" Hmm... hantar ja la.. "

Hana :
salam .. Ismadi..
maaf ganggu tapi nak bagitahu ada hadiah fans bagi dekat kau, aku tolong simpankan dulu.. esok kau datang office tak ??

Hana menekan butang send dan membalingnya telefon ke hujung katil.

bip!...bip..!

Alamakk, dia dah balas keeeee. Hana melihat telefonnya.

Ismadi :
wasalam..
terima kasih tolong simpankan dulu,
aku otw balik ni, dah dekat nak sampai.. banyak ke hadiah tu ?

Hana :
banyak la jugak..

Ismadi :
ermm.. kalau kau ok, aku ambik dekat rumah boleh, lagipun esok aku malas nak bawak kereta la ..

Hana berfikir sejenak sebelum membalas semua whatsapp Ismadi.

Hana :
okey, dah sampai bagitau..

........................................................................

25 minit kemudian,

" nanannalalalllananananalallalla "

Bunyi deringan telefon membuatkan Hana lebih berdebar-debar..

" hello "

" hello Hana, aku dah sampai ni .. "

" okey kejap aku turun, kau pergi dekat kereta aku park tempat biasa.. "

" okeyy.. baik "

........................................................................

Sebaik keluar dari lift, berjalan menuju ke tempat letak keretanya, Hana sudah nampak kelibat kereta Ismadi yang berwarna biru itu dari jauh, parking di hadapan keretanya.

" Hmm, aku nak cakap apa ja dengan dia ni.. " Hana bercakap sendirian sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Semenjak pembubaran berlaku, Hana dan Ismadi kembali seperti dulu, bercakap hanya bila ada hal penting sahaja sehinggakan fans mengganggap mereka berdua bergaduh.

Tidak bergaduh, cuma untuk kembali seperti biasa tu, terasa amat kekok.

pip ! pip !

Hana menekan remote membuka kunci keretanya.

Ismadi yang sedang leka bermain telefonnya terkejut mendengar bunyi alarm kereta Hana.

Hana berjalan perlahan menghampiri kereta dan memberikan senyuman tawar kepada Ismadi, Ismadi juga membalas senyuman itu.

Suasana sunyi.

Krik.. krik.. krikk...

Hana membuka bonet keretanya, terdapat bermacam-macam hadiah kepunyaan Ismadi ada di dalam situ.

Ismadi tanpa banyak soal, mengambil satu persatu hadiah-hadiahnya daripada bonet kereta Hana dan memindahkan ke dalam keretanya pula.

Sebenarnya Ismadi mahu bercakap dengan Hana tapi lidahnya kelu bila berhadapan dengan Hana.

Hadiah terakhirnya di ambil daripada bonet kereta Hana dan memasukkan ke dalam kereta dengan perlahan-lahan sengaja mahu melengahkan masa.

Mencari kekuatan untuk memulakan biacaranya.

Dia memandang Hana, Hana hanya mendiamkan diri.

Selalunya dulu, semasa masih lagi di shipkan sekali, mulut Hana becok berkata-kata. Tapi sekarang.. hmmmm....

" Han...naa, terimaa kasihh.. " ujar Ismadi perlahan dan agak tergagap-gagap.

Hana hanya memberikan senyuman sebagai membalas kata -kata Ismadi sebentar tadi.

" Aku minta maaf. " lancar perkataan maaf tu keluar dari mulut Ismadi.

Hana terpaku.

" Aku tahu dah terlambat tapi aku betul- betul minta maaf dekat kau, aku sangka aku kuat, tapi rupanya mental dan fizikal aku lemah. Aku gerak dulu.. naik rumah hati-hati. Assalamulaikum.. " ujar Ismadi, lalu cepat-cepat memasuki kereta dan bergerak meninggalkan Hana yang masih lagi terpaku di situ.

Ismadi hanya melihat kelibat Hana dari cermin sisi keretanya yang sedang bergerak meninggalkan kawasan itu.

" Aku betul-betul mintak maaf Hana, sungguh aku menyesal, aku rinduuuuuu... " jerit hati kecil Ismadi.

........................................................................

Hana melihat kelibat kereta biru itu meninggalkan perkarangan tempat letak kereta dan terus menghilang daripada pandangan matanya.

Hana terpaku dengan apa yang di ucapkan Ismadi sebentar tadi.

Permohonan maaf yang Hana rasakan ikhlas daripada hati Ismadi.

" Ya Allah, rasa apakah ini.. " ucap Hana sambil memegang dadanya yang sedang berdengup kencang ketika ini.

Hana cuba menenangkan dirinya sebelum naik semula ke rumah.

NADI CINTA ... Where stories live. Discover now