WAJAH manis Aleeya yang sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan abangnya, Ameer dipandang dari jauh. Kata-kata King Z semasa dia sedang menjalankan soal siat kembali bermain diingatannya.
"I don't think you know the real her, Inspector?" King Z tersenyum sinis. Sengaja ingin menduga lelaki berwajah serius di hadapannya itu.
Berubah wajah Iskandar dengan kata-kata King Z. Dia yang mahu membuat soal siasat. Tetapi, sebaliknya pula yang terjadi.
"Siapa? Dan apa maksud kau?" Soal Iskandar berkata debar.
"Your fiancee," King Z berbisik di telinga Iskandar.
"She had a dark aura around her. I'm pretty sure, she's special." King Z berkata lagi. Suka dia melihat reaksi Iskandar itu. Lagi-lagi dia mendapat tahu wanita yang pernah menjadi tebusannya itu adalah tunang pada lelaki itu. King Z berkata lagi. Suka dia melihat reaksi Iskandar.
"Bull shit!" Iskandar menghentak meja kuat. Dia tidak mahu termakan dengan hasutan King Z yang jelas mahu bermain-main dengannya dan melengahkan siasatan.
King Z tertawa lagi. "She had a dark secret."
"Awak..."
"Awak..." Aleeya melayang-layangkan tangan di hadapan muka Iskandar yang berdiri pegun.
Wajah Aleeya betul-betul di hadapan wajahnya membuatkan dia menarik nafasnya sebelum menghembus perlahan. Segala yang dikatakan King Z membuatkan dia terfikir-fikir.
Dark secret? Apa maksud Z? Iskandar berbisik dalam hati. Jika diikutkan hati dan perasaan mahu sahaja dia terus menyoal Aleeya. Tetapi, dia tahu itu semua tiada gunanya. Kerana dia tahu dia tidak akan pernah dapat jawapan dari mulut Aleeya sendiri.
Memang benar dia tidak cukup kenal Aleeya. Tetapi, masakan dia tidak tahu perihal rahsia hitam yang dimaksudkan King Z? Lagipula Aleeya kelihatan gadis sopan biasa yang tidak bercampur ramai orang. Bukan tipikal gadis liar seperti gadis lain.
Entah mengapa terdetik rasa menyesal kerana tidak mengenali Aleeya sebenar-benarnya. Kini dia berasa King Z lebih mengenali tunangnya berbanding dirinya sendiri.
"Awak..." perlahan bahu Iskandar disentuh lembut.
"Ya... ya..." Iskandar melakar segaris senyuman.
"Awak okey tak ni? Saya tengok daripada tadi tercegat berdiri dekat luar dewan ni kenapa? Nak jadi penyambut tetamu ke?" Sempat Aleeya berseloroh.
Iskandar membuat muka. "Sangatlah!"
"Tak ada apa, saja tengah fikir lepas ni giliran kita pula dekat depan sana."
Aleeya mengerutkan dahi memandang wajah Iskandar yang jelas pelik baginya. Gaya dari kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar bagai teruja dengan majlis yang bakal diadakan. Walhal dirinya hanya pengantin ganti. Aneh! Dasar aneh!
YOU ARE READING
Hati Untuk dia
RomanceAleeya Arissya gadis biasa yang bekerja sendiri. Tidak pandai bersosial jadi teman lelaki juga dia tidak punya. Dia hanya fokus dengan kerjayanya yang mengusaha kafe dengan titik peluhnya. Hazzar Iskandar lelaki bekerja di bidang pasukan beruniform...