LAPORAN yang baru diterima diselak. Dahinya semakin lama semakin berkerut. Nafas dihela berat. Kes-kes yang di bawahnya kini semakin memberat dan meruncing. Lihat sahaja laporan yang terbaru ini penyeludupan dan penipuan terhadap gadis bawah umur ke luar negara melalui laman web haram.
Mereka dipercayai memancing gadis bawah umur dalam laman web haram itu dengan taktik-taktik licik. Namun, sehingga kini dia masih belum berjaya menyelinap masuk ke laman web haram itu disebabkan privasi laman web itu terlalu tinggi demi menjaga keselamatan mereka daripada diberkas.
“Tuan ini detail peribadi mangsa yang berjaya melarikan diri ke sempadan kelantan setelah diseludup menjadi hamba seks setahun yang lalu.” Konstabel Zaliyah memberitahu apabila melihat Iskandar lama menyelak laporan tersebut penuh khusyuk.
Kertas yang mempunyai detail mangsa yang baru diterima daripada Konstabel Zaliyah diselak satu perhati. Setiap detail dan statement yang diberi mangsa dibaca setiap satu persatu. Tanpa tertinggal satu pun.
“Ariff, Zaliyah bagaimana dengan status yang saya mahukan untuk mencari data laman web haram tu? Ada apa-apa perkembangan?”
“Belum ada tuan. Sehingga kini saya cuba untuk mencari trick bagaimana mangsa-mangsa boleh berjaya masuk tanpa dijemput oleh pemilik laman web haram ni.” Lans Korporal Ariff berkata panjang lebar.
Iskandar mengurut dahinya. Pening dengan siasatannya yang masih ke jalan buntu. Nampak gayanya dia memang tiada dapat pulang lebih awal dan berehat. Banyak lagi perlu dia siasat dan mencari bahan dari luar.
Segera telefon pintar diambil dari atas meja. Laju tangannya mencari nama Aleeya di lama aplikasi whatsapp. Dia perlu beritahu Aleeya dia tidak dapat pulang awal dan makan di rumah. Risau isterinya menunggu kepulangannya seperti semalam sehingga tertidur di sofa.
⥁ My Wifey
Leeya, saya balik lewat hari ni. Tak payah tunggu dan makan malam terus jangan tunggu sayaSebaik pesanan ditaip, terus pesanan ringkas dari aplikasi whatsapp itu dihantar.
“Rafique, ikut aku ke rumah mangsa. Aku ada sesuatu nak tanya pada mangsa mengenai laman web haram ni.” Iskandar sudah bangun dari kerusi dan mengambil barang peribadinya untuk keluar dari ibu pejabat.
“Baik, tuan!” Sub-Inspektor turut bangun dari kerusi dan mengambil kunci kereta sebelum menuruti langkah Iskandar.
“Kamu berdua teruskan siasatan. Kalau ada apa-apa maklumat terbaru segera beritahu saya.” Sempat Iskandar berpesan kepada anak-anak buahnya sebelum keluar dari ibu pejabat polis.
“Iskandar?”
Mendengar namanya dipanggil lantas Iskandar menoleh ke arah empunya. Wajah lelaki kulit sawo matang yang dikategorikan lelaki segak dan tampan itu diperhati lama sebelum dia dapat mengenal pasti wajah itu.
“Inspektor Iskandar?” soal Inspektor Zakuan menebak. Dia tidaklah rapat pada lelaki itu. Tetapi dia ada beberapa kali melakukan misi bersama beberapa kali.
YOU ARE READING
Hati Untuk dia
Storie d'amoreAleeya Arissya gadis biasa yang bekerja sendiri. Tidak pandai bersosial jadi teman lelaki juga dia tidak punya. Dia hanya fokus dengan kerjayanya yang mengusaha kafe dengan titik peluhnya. Hazzar Iskandar lelaki bekerja di bidang pasukan beruniform...