Bab 10

85 6 2
                                    

MELIAR mata Aleeya melihat seluruh genap ruang rumah semi-D itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MELIAR mata Aleeya melihat seluruh genap ruang rumah semi-D itu. Suasana asing jelas terasa baginya walaupun rumah itu kelihatan cantik dengan dekorasi sentuhan moden dengan gaya sederhana.

"Is, rumah siapa ni? Dan kita buat apa dekat sini?" soal Aleeya apabila rumah itu kelihatan kosong bagai tidak berpenghuni.

Iskandar tersenyum sedikit melihat wajah tertanya-tanya Aleeya.

"Ini rumah saya, Leeya, ataupun boleh juga dikatakan rumah kita." Iskandar berkata tenang seraya menarik bagasi beroda masuk ke dalam rumah itu.

"Rumah kita?" Terkebil-kebil mata Aleeya dengan wajah tidak mengerti.

"Kenapa pelik? Memang tanggungjawab saya sediakan tempat tinggal untuk awak selain dari makan dan minum Puan Aleeya." Dahi Aleeya dijentik perlahan seraya mengatur langkah mendaki tangga.

Langkah Iskandar yang menjinjing dua bagasi beroda termasuk bagasi bilik laju dibuntuti.

"Oh, saya tak terfikir pula pasal tu."

Wajah Aleeya dipandang sekilas. "Kenapa awak berharap dapat tinggal dengan mama ke? Awak tak selesa kita tinggal sendiri?" soal Iskandar lagi.

Laju Aleeya menggeleng. "Bukan macam tu, hanya saya fikir awak tinggal dengan mama. Awak kan anak lelaki sulung."

"Ya, memang betul. Tetapi, saya lebih suka berdikari. Biarlah rumah tu adik yang duduk. Saya memang dah lama beli rumah ni. Jika saya berkahwin saya akan bawa..." kata Iskandar terhenti.

"Bawa Arriyana pindah ke sini." Sambung Aleeya.

Mendengar kata-kata Aleeya terus Iskandar menoleh dan meneliti wajah tenang itu. Bagai tidak berperasaan menyebutnya. Adakah wanita itu tidak kisah dengan masa lalunya? Adakah wanita itu tidak cemburu apabila rumah ini mengingatkan suaminya sendiri pada wanita lain?

"Awak..."

Aleeya menoleh ke arah Iskandar. "Saya apa?"

"Awak tak kisah ke pasal rumah ni?" tutur Iskandar dengan rasa serba salah.

"Kisah? Kenapa?"

"Sebab rumah ini saya beli asalnya untuk tinggal bersama Arriyana."

Aleeya melepaskan hela.

"Saya tidak boleh memadam masa lalu awak meskipun saya membencinya begitu juga saya. Kerana masa lalu itu adalah sebahagian dari saya. Kerana masa lalu itulah yang menjadikan diri kita yang sekarang. Jadi mengapa saya perlu marah?"

Kata-kata yang keluar dari membuatkan Iskandar pegun memandang wajah Aleeya. Kata-kata itu bagai mudah untuk dihadam tetapi, bagai ada makna di setiap butir patah itu.

Aleeya kembali memandang Iskandar. "Atau awak pernah tinggal dengan Arriyana ke dekat sini sebelum ni?"

Laju Iskandar menggeleng. "Mana ada! Gila ke saya buat macam tu. Saya masih tahu halal dan haram." Laju Iskandar menjawab. Tidak mahu Aleeya tersalah tafsir dengan akal jahatnya.

Hati Untuk diaWhere stories live. Discover now