TINGKAH Aleeya yang sedang sibuk melayani para pelanggan di Cinnamon Cafe diperhati lama dari dalam kereta Mitsubishi Lancer miliknya. Semua yang terjadi tiba-tiba membuatkan dia sangsi dengan keputusan wanita itu. Sehingga sekarang dia masih tidak tahu kenapa Aleeya membuatkan keputusan menerima lamaran mamanya?
Niatnya mahu menemui Aleeya dengan kadar segera terus terbantut apabila melihat wanita itu kelihatan sibuk di kafenya.
Melihat Aleeya yang sedang menutup kafe laju kakinya melangkah mendekati. Berjam dia tunggu wanita itu di dalam kereta sehingga tamat operasi kafenya itu. Dia tidak rasa dia boleh menunggu lebih lama lagi.
Lengan Aleeya terus diraih sebelum menarik masuk ke dalam kereta.
"Leeya..."
Perlahan tangan dijatuhkan apabila melihat wajah Aleeya yang memucat. Tubuh kecil yang sedang menggeletar membuatkan Iskandar turut terkaku melihat wajah pucat itu.
"Leeya..." sekali lagi nama Aleeya dipanggil.
Bahu Aleeya disentuh lembut. "Aleeya, awak okey tak ni?"Sentuhan Iskandar menyentak Aleeya sekaligus tersedar di dunia nyata. Dadanya mula berombak dengan nafas yang turun naik.
Wajah Iskandar yang memandangnya prihatin diperhati. "Maaf. Saya okey,"
Perlahan mata dipejam cuba menenangkan dirinya. Semua yang pernah berlaku dulu cuba dibuang dari ingatan.
"Betul awak okey ni?" Soal Iskandar sekali lagi. Terbit rasa sesal menarik Aleeya secara tiba-tiba seperti penculik.
Aleeya terus memandang ke arah Iskandar sebaik sahaja dia kembali bertenang. "Awak nak apa tarik saya seperti penculik ni?"
"Sorry." Iskandar menunduk bersalah.
"Tak apa, just straight to the point. Saya tahu awak ada datang temui saya disebabkan nak tanya saya pasal penerimaan tu kan?" Aleeya menebak.
Pantas Iskandar mengangguk. "Ya. Seperti yang awak jangkakan."
Nafas ditarik dalam sebelum dihembus semula. "Sampai sekarang saya tak boleh dapatkan jawapan kenapa awak tiba-tiba menerima pinangan mama saya walhal tempoh hari awak juga yang menentang sekeras-kerasnya." Iskandar bertanya terus terang.
Aleeya tersenyum sedikit. "Kenapa? Awak rasa tercabar apabila saya menolak pinangan tu? Dan sekarang saya terima pula. Begitu?"
"Tercabar?" Iskandar melepas tawa ringkas seraya memandang dalam wajah Aleeya yang berwajah tenang itu.
"I'm not kind of person. Tetapi tak tahu pulak kalau awak, Aleeya. Disebabkan rasa sakit dengan saya awak sengaja menolak dan sekarang menerimanya pula. Atau yang lebih tepat mahu menarik perhatian saya. Siapa tahu?" Iskandar menjongket bahu sebelum tersenyum sinis.
"Awak boleh fikir apa yang awak mahu fikirkan. Tiada jawapan betul atau salah mengenai penerimaan saya kali ini."
Iskandar berdecit. Fikirnya datang menemui wanita itu mahu berbincang tetapi mereka seakan saling sindir menyindir pula. Malah, dia pula seperti sedang dipermainkan. Lagi-lagi wajah tenang itu membuatkan dia panas hati. Bagai dia seorang sahaja yang tengah melatah.
YOU ARE READING
Hati Untuk dia
RomansaAleeya Arissya gadis biasa yang bekerja sendiri. Tidak pandai bersosial jadi teman lelaki juga dia tidak punya. Dia hanya fokus dengan kerjayanya yang mengusaha kafe dengan titik peluhnya. Hazzar Iskandar lelaki bekerja di bidang pasukan beruniform...