WAJAH Aleeya yang tampak tenang membuatkan ketua perompak itu tersenyum sedikit. Dia suka akan melihat keberanian wanita itu. Bagai ada satu aura misteri darinya.
Terus kakinya dihayun mendekati Aleeya sebelum matanya merenung ke dalam anak mata itu. Mata mereka saling bertatapan. Anak mata Aleeya yang langsung tidak gentar dengan renungan membuatkan dia lagi melebarkan senyuman. 'I like her!'
"Kau nak apa lagi?" Aleeya berkata kasar dengan mata memandang tajam pada ketua perompak tersebut. Langsung tiada gentar pada lelaki seperti itu.
"Nothing, I just like your eyes, like something special in you." Ketua perompak itu membalas seraya memandang kepada anak buahnya yang sedang sibuk membuat kerja.
Aleeya tersenyum senget namun anak matanya sudah dapat menangkap pasukan polis khas yang sedang mula menyeludup masuk tanpa disedari geng perompak tersebut.
Jari telunjuk pasukan polis khas yang bersut hitam tersebut melekap ke bibir supaya Aleeya tidak bersuara sebaik melihat tingkah mereka yang baru sahaja menyeludup masuk.
Anak matanya yang bertentang memandang wajah pasukan polis yang bersut penuh itu terus kalih kembali memandang wajah ketua perompak tersebut dengan riak biasa. Tidak sikit membuat reaksi terkejut mahupun ketakutan.
"What are you talking about? Nonsense!" Aleeya membalas sambil ketawa sinis. Sengaja menarik perhatian ketua perompak tersebut.
"Why? Don't you believe me?" Dagu runcing milik Aleeya dicekup menatap pandangan mata gelak milik wanita yang menjadi tawanannya.
"Why should I believe you? Do I ever know you? Or do you know me?" Aleeya menyoal balik. Sengaja menyakiti hati perompak itu. Dia peduli apa tentang orang lain.
"Aku memang tak kenal kau. But, you have a dark aura inside you and more importantly you have a secret, I can see it from your eyes, am I right?" Ketua perompak itu berbisik di telinga Aleeya.
"If I want to find out your secret, in the blink of an eye I can know who you are, sweetheart."
Wajah Aleeya terus berubah riak. Bebola matanya terus bergetar bagai sedang ketakutan. Melihat perubahan di wajah Aleeya terus ketua perompak itu tersenyum puas.
Sudah dia agak wanita itu bukan wanita biasa. She has a dark past without anyone knowing. So, that makes her special.
"If you want to be safe, stay with me. I will protecting you." Ketua perompak itu berbisik lagi.
Aleeya yang tadi berubah riak terus tersungging dan memandang wajah perompak tersebut. "Your wish Mr. Robber!"
"Try me!" Giliran Aleeya pula berbisik di telinga perompak tersebut.
Seorang anak buah dari perompak itu terus mendekati ketuanya dan berbisik. Sebelum matanya membulat dan memandang ke arah sekeliling.
Dengan sekelip mata bunyi sesuatu bergolek kedengaran sebelum asap berkepul di ruang yang tertutup tersebut.
"Bom asap! Polis dah berjaya masuk." Ketua perompak itu berteriak.
Suasana sana jadi kelam kabut apabila asap yang dikeluarkan dari bom tersebut membuatkan pandangan mereka tidak jelas
Bunyi beberapa tembakan dari arah belakang membuatkan ketua perompak itu sedar yang kemungkinan besar sebahagian anak buahnya telah ditumpaskan oleh pihak polis.
Terus tangannya meraih tangan Aleeya dan melipat tangan Aleeya ke belakang sebelum mengacu pistol di kepala. "Jika kau berani aku tembak dia," ketua perompak itu berkata dengan tidak teragak-agak.
YOU ARE READING
Hati Untuk dia
RomantikAleeya Arissya gadis biasa yang bekerja sendiri. Tidak pandai bersosial jadi teman lelaki juga dia tidak punya. Dia hanya fokus dengan kerjayanya yang mengusaha kafe dengan titik peluhnya. Hazzar Iskandar lelaki bekerja di bidang pasukan beruniform...