Bab 8

106 6 1
                                    

"ISKANDAR!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ISKANDAR!"

Mendengar namanya dipanggil terus matanya terarah ke tepat memandang DSP Azlan yang berada di bilik siasatan.

"Ya Tuan?" Iskandar memandang wajah DSP Azlan dengan penuh dedikasi.

"Siasatan dan risikan kali ini akan diketuai oleh kamu setelah mendapat kata putus oleh pihak atasan. Siasatan ini adalah siasatan rahsia yang sememang ditubuhkan untuk membanteras jenayah Red Dragon dan sekutunya."

"Arahan diterima, Tuan!"

DSP Azlan sekadar mengangguk dengan wajah yang serius.

"Seperti yang kamu semua tahu ada kes yang melibat Red Dragon masih tergantung dan masih belum berjaya diselesaikan. Kes ini sudah berlarutan panjang malah menyebabkan ramai nyawa menjadi mangsa. Sampai kini kita masih belum menemui klu. Kini dipercayai ada dalang orang dalam di sebalik kes ini."

"Jadi pihak atasan telah mencadang untuk mengumpul para pegawai terpilih dari unit khas kita untuk membuat risikan tentang isu ini secara rahsia tanpa disedari dalang dan orang luar. Kamu semua yang terpilih akan dihantarkan ke unit siasatan jenayah siber dan multimedia untuk menyiasat."

"Unit jenayah siber? Tapi kenapa mesti unit jenayah siber?" Iskandar berkerut pelik. Tidak pernah terfikir akan dihantar ke unit jenayah siber.

"Kerana semua berpunca dari jenayah siber di mana Red Dragon memulakan taktik memancing mangsa. Sebelum menjadikan mangsa sebagai keldai dadah, penjualan organ dan perdagagan manusia."

Iskandar mengangguk faham apa yang diterangkan DSP Azlan.

"Malah mereka juga licik dalam dunia siber. Jadi kita perlu bantuan unit jenayah siber untuk melawan mereka yang arif dengan dunia siber."

"Faham Tuan!"

"Arahan ini akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja kamu semua keluar dari bilik ini. Dan nama kamu semua yang terpilih ini telah dihantar ke jabatan unit jenayah siber. Sebaik di sana akan beberapa pegawai dari unit jenayah siber yang terpilih akan menyertai siasatan khas ini."

Semua yang berada di bilik itu mengangguk mengerti dengan tugasan sulit yang baru diterima.

"Anyway, congratulation for upcoming marriage." DSP Azlan tersenyum. Bukan dia tidak tahu ramai sahaja lelaki kacak dan berubuh sasa seperti Iskandar. Pasti ramai yang kecewa mendapat tahu lelaki itu bakal berkahwin tidak lama lagi.

Rakan setugasnya sudah ketawa kecil melihat Iskandar yang jelas malu.

"Terima kasih Tuan." Iskandar tersenyum malu.

Sebaik arahan diterima terus Iskandar berkemas sebelum berpindah ke jabatan unit jenayah siber. Nasib dia berteman Lans Korporal Rafique dan beberapa rakan tugas yang lain. Jika tidak pasti mereka akan sedikit kekok bersama pasukan unit jenayah siber untuk menjalankan misi.

Hati Untuk diaWhere stories live. Discover now