Bab 4

114 7 6
                                    

BERKERUT dahi Iskandar melihat pesanan ringkas dari bakal tunangnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERKERUT dahi Iskandar melihat pesanan ringkas dari bakal tunangnya itu. Tidak pernah-pernah wanita yang digelarkan wanita dingin itu menghantar pesanan ringkas padanya. Apa mahu wanita itu darinya?

Is, HELP! - Aleeya

'Help? Apa maksud wanita itu?'

Mendengar alarm untuk dia dan seluruh pasukan berkumpul terus Iskandar menyimpan kembali telefon pintar sebelum bergegas ke bilik gerakan khas .

"Seperti yang kita tahu, kita telah mendapat laporan ada rompakan di kedai emas di Bandar Baru Bangi. Malah, disyaki rompakan itu diketuali oleh kumpulan perompak King Z yang sudah lama kita jejaki." DSP Azlan yang mula pembentangannya untuk misi menyelamat kali ini.

"Seperti maklumat yang kita dapat sekurang-kurang ada 20 orang di dalam kedai emas itu telah dijadikan tebusan dalam jangka masa sekarang. Dan didapati dua pengawal keselamatan telah ditembak. Keadaan mangsa yang telah ditembak masih tidak diketahui status," trangnya panjang lebar.

"Iskandar,"

Iskandar terus mengangguk.

"Berdasarkan blue print yang saya dapat, kita akan menyeludup masuk ke kedai emas melalui bumbung dan menyeludup masuk dari loteng. Dan sekumpulan pegawai polis dari pasukan A akan mengepung di luar kawasan kedai emas untuk menarik perhatian mereka."

"Untuk kumpulan unit B akan mengikuti saya untuk menyeludup masuk. Manakala kumpulan dari unit sniper sebagai langkah berjaga-jaga dan melindungi tebusan perlu awasi tindak tanduk suspek dari luar."

Mendengar penjelasan Iskandar semua mengangguk faham.

'Kedai emas?' Iskandar terdiam sejenak. Hatinya mula berasa tidak enak.

'Help?'

Pesanan ringkas yang baru sahaja dia terima mengingatkan kembali dengan kes yang baru sahaja dia diterima. 'Aleeya! Mama!'

Pen di tanga  serta-merta terlepas dari tangan. Dadanya mula berdegup kencang.

"Tuan... tuan kenapa ni?" Tegur rakan setugasnya apabila melihat Iskandar yang tidak berganjak dengan wajah yang berubah riak.

"Iskandar kamu ada masalah apa-apa ke?" Tegur DSP Azlan.

Lamunan tersentak apabila banyak mata yang sedang memandang ke arahnya. "Tuan, saya rasa tunang dan mama saya adalah merupakan salah seorang yang dijadikan tebusan di kedai emas tersebut."

"Betul ke jangkaan kamu? Bagaimana kamu boleh kata begitu?" Soal DSP Azlan  seakan musykil dengan telahan Iskandar. Walhal tiada seorang tebusan menghubungi pihak polis disebabkan semua telefon bimbit yang dijadikan tebusan telah dirampas mereka.

"Saya dapat pesanan ringkas dari tunang saya 20 minit yang lepas." Pesanan yang diterima dari Aleeya ditunjukkan kepada orang atasannya.

"Rafique, cuba trace di mana status tunang Iskandar melalui lokasi terakhir dia. Kita harus melihat kesahihan itu. Jika benar kita perlu bertindak lebih berhati-hati," ucap DSP Azlan tegas.

Hati Untuk diaWhere stories live. Discover now