AROMA manisan dari ruang parkir sudah dapat dihidu. Cepat-cepat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah usai memberi salam. Sempat matanya memandang ke arah kotak-kotak besar yang tersusun di ruang tamu sebelum laju mengatur langkah mencari Aleeya.
“Leeya awak buat tu?” soal Iskandar, lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi bar island.
“Saya buat chocolate bread pudding with strawberry.” Pudding yang baru siap ditilik sebelum sudu kecil diambil untuk merasa.
Niat yang tadi mahu menyuakan sudu ke dalam mulut terus terhenti apabila melihat Iskandar yang membuka mulut.
“Awak nak rasa ke?”
Laju Iskandar mengangguk.
“Pasti? Manis ni?” soal Aleeya. Seakan tidak percaya benda manis seperti ini lelaki ini akan suka.
Melihat anggukan Iskandar terus sudu puding itu suapkan ke dalam mulut Iskandar.
“Macam mana sedap?” soal Aleeya berdebar, bagai menanti juri yang memberi markah sahaja lagaknya.
Iskandar terus melakarkan senyuman. “Sedap!”
“Alhamdulillah syukur. Itulah saya ingat nak tambah menu baru dekat kafe.”
“Sudu tu bagi saya, saya nak makan.” Terus sudu di tangan Aleeya diambil.
“Awak suka makan benda-benda manis dan dessert macam ni ke?” soal Aleeya sambil memerhati Iskandar makan penuh berselera.
“Suka,” balas Iskandar sepatah.
“Oh, okey. Pelik. Jarang lelaki suka makanan macam ni. Selalunya perempuan.”
“Jarang tak semestinya tak ada kan?” soal Iskandar seraya sebelah kening dijongketkan.
“Betul!” Aleeya mengangguk perlahan sebelum tersenyum melihat Iskandar yang muka garang itu suka makanan seperti itu. Rare sangat!
Riak wajah Aleeya yang jelas sedang tersenyum membuatkan Iskandar tidak berpuas hati. “Kenapa tak boleh?”
“Mana ada. Siapa kata tak boleh? Kalau awak nak makan atau teringin saya bila-bila boleh buatkan. Tak pun datang saja kafe. Sentiasa ada.”
Iskandar terus melirik kembali ke arah ruang tamu yang penuh dengan kotak-kotak yang bersusun. Dia tidak tahu sejak bila kotak-kotak itu berada di rumahnya.
“Apa benda dekat depan tu?”
Aleeya mengerling ke arah ruang tamu. “Kotak-kotak tu ke? Kalau kotak-kotak tu barang-barang saya dari rumah ibu. Saya punya koleksi buku-buku novel dan saya punca komputer dan CPU. Macam-macam lagilah.”
Ternganga apabila melihat Aleeya membawa barang sebanyak itu. Bagai orang nak pindah rumah pun ada agaknya. “Tapi bila awak datang rumah ibu ambil?”
YOU ARE READING
Hati Untuk dia
RomanceAleeya Arissya gadis biasa yang bekerja sendiri. Tidak pandai bersosial jadi teman lelaki juga dia tidak punya. Dia hanya fokus dengan kerjayanya yang mengusaha kafe dengan titik peluhnya. Hazzar Iskandar lelaki bekerja di bidang pasukan beruniform...