Main storyHessa - 19
Seif - 27JAM di dinding dikerling, sudah hampir ke angka 1 tengah hari. Tak lama lagi semua orang akan turun ke kantin untuk makan tengah hari. Hessa cepat-cepat mengelap meja dengan sisa kotoran orang sarapan pagi tadi, setelah itu kain kotoran dia masukkan ke dalam besen yang berisi air sabun, lantas dia angkat baldi menuju ke dapur.
Setelah dia kemas bersihkan baldi dan mencuci kain lap tadi, dia terus menuju ke arah counter top. Sudah ada bekas-bekas berisi lauk sudah tersusun di situ.
Kemudian Hessa mengelap pula sudu dan garfu yang masih basah lantas dia asingkan ke bekas lain.
"Hessa!"
"Ya?" Hessa angkat wajah melihat Juwita menghampiri dan membantunya mengelap sudu dan garfu.
"Tadi aku dengar Kak Marisa cakap ada orang baru masuk esok," cerita Juwita.
"Oh baguslah. Pinggang aku dah nak patah ni buat kerja banyak sangat. Kalau ada orang baru ringan sikit kerja kita," keluh Hessa. Dah sebulan dia kerja di kantin Black Wing Academy itu. Pelatih di sini boleh tahan ramai. Memandangkan akedemi di hanya melatih seni bela diri, kebanyakkan pelatih memang makan banyak dan harus kuantiti yang banyak.
"Kau menyesal ke kerja kat sini?" Juwita cuit siku Hessa dengan sikunya.
"Menyesal? Awalnya aku menyesal juga. Lama-lama macam best pula." Hessa tiba-tiba tersengih. Jelas nampak gigi tersusun cantik gadis kecil itu.
"Apa yang bestnya?" Juwita kerut dahi.
Hessa pandang kiri dan kanan. Senyum nakal tersungging di bibir lantas dia dekatkan bibir ke telinga Juwita.
"Sini syok cuci mata. Semua badan sado-sado." Setelah itu Hessa mengekek ketawa. Alahai seram betul perempuan ni.
"Sumpah aku report abang kau!"
"Ish janganlah!" Hessa menendang kaki Juwita. Eleh, acah polos pula perempuan ni. Padahal dia juga yang syok cuci mata tiap kali pelatih berbadan gagah datang makan. Disini pelatih perempuan tidak ramai, tempat ini didominasi oleh lelaki. Syoklah masing-masing tengok seorang demi seorang badannya tegap, sasa dan gagah.
Awalnya Hessa tidak tahu akademi ini akademi apa. Latihan di sini ada banyak bahagian. Ada yang dari kelas silat, ada yang dari kelas taekwando, ada yang dari kelas menembak dan persenjataan, pedang, memanah, berkuda, judo dan banyak lagi.
Sampailah Kak Marisa yang tolong terangkan. Akademi ini cuma sebahagian dari hasil projek Black Wings Group. Sebahagian pelatih di sini ada yang diserap sebagai atlet negara, ada yang dimasukkan ke dalam tentera atau polis awam dan ada juga terus masuk ke sebuah Private Military Company (PMC) yang juga di bawah Black Wings Group.
Hebat. Dengar sahaja mulut Hessa dah terlopong. Kalaulah stamina dia padu, dia dah masuk jadi pelatih di situ. Tapi malangnya, dia jogging lima minit pun dah semput.
Yang pasti Black Wings Group bukan calang-calang syarikat. Kalau tidak, manakan boleh mereka dirikan institusi gah seperti ini. Fasiliti di sini semuanya lengkap dan mewah. Hessa yang berasal dari kampung itu pula rasa kerdil di situ.
YOU ARE READING
SEIF
RomanceBermula dari janji dan kepercayaan, masa depan seorang gadis dipertaruhkan oleh ayahnya sendiri. Si abang yang buntu mengambil pilihan mencari pelindung buat adiknya.