23

6K 1.1K 165
                                    

"Sebab... Hessa dah mengandung..."

"Huh?!" Seif tercengang. Mengandung? Macam mana boleh mengandung pula?

"Me...mengandung?" Aqib dan Baihaqi sama-sama terkedu.

Mata Baihaqi terus mencerlung tajam memandang Seif. "Seif! Kau!"

"Sabar! Sabar, abang... Seif tengah sakit tu." Mujurlah Aqib laju menahan tubuh Baihaqi dari menerkam Seif.

Baihaqi tarik nafas panjang lalu menghembusnya perlahan-lahan. Dia toleh ke belakang memandang Hessa yang menikus.

"Hessa. Datang sini." Seif memanggil isterinya.

Terus berkaca mata Hessa memandang suaminya. Takut-takut dia mengerling Baihaqi di sebelah.

Melihat abangnya yang sudah membuang pandang ke arah lain, Hessa terus berlari lalu mendakap tubuh Seif. Bersungguh-sungguh dia peluk tubuh itu sampai Seif dapat rasa tubuh Hessa menggigil dalam dakapannya.

"Hessa minta maaf..." Hessa teresak-esak.

"Saya dah sihat, Hessa." Seif mengusap-ngusap belakang Hessa. Dahi Hessa dikucup dua kali lalu dia peluk lagi tubuh itu.

"Janganlah mati lagi. Hessa tak nak jadi janda muda. Nanti Hessa nak cari suami kat mana lagi? Tak ramai yang handsome dan baik macam Tuan Seif." Tengah menangis pun sempat lagi dia merapu.

"Apa Hessa mengarut ni? Kan saya sihat lagi ni?" Seif tolak tubuh isterinya.

"Tapi haritu dah nak mati.." sambung Hessa dengan teresak-esak.

"Siapa cakap?"

Hessa terdiam. Dia gigit bawah bibir. Dia tak mahu burukkan ibu mentuanya. Tapi gaya Datin Aiza hari itu betul-betul buat Hessa fikir yang Seif sudah nazak.

"Berhenti menangis. Saya dah tak sakit." Seif sapu air mata Hessa yang membekas di pipi. Sekali lagi dia bawa tubuh kecil Hessa ke dada. Membiarkan perempuan itu menekup wajah dan merehatkan kepalanya di dada. Kemudian mata Seif bergerak membalas renungan tajam Baihaqi.

"You can take anything, but not her, Bai. She's a responsibility I will never let go of. She's the ego I will defend forever. Ingat, Bai, I don't want to fight, but you really need to stop pushing my buttons." Kali ini Seif tinggalkan amaran. Dia sudah tidak peduli siapa Baihaqi pada Hessa. Yang dia tahu, Hessa isterinya. Siapapun cuba bawa isterinya pergi, mereka akan kenal sifat Seif yang sebenar.

"Jom, Hessa." Seif bawa tubuh Hessa masuk ke dalam rumah.

Baihaqi ketap gigi. "Kau..." baru dia ingin buka mulut, bahu Baihaqi ditepuk dari belakang. Mencerlung matanya memandang Abeer yang sekarang memberi isyarat gelengan kepala untuk meminta Baihaqi berhenti.

"Ah..." Belum sampai bilik, Seif berdecit. Wajah pucat berkeriut menahan sakit mungkin terlalu memaksakan diri sampai tidak sedar keadaan diri yang masih belum sembuh.

"Tuan Seif!" Hessa pantas menahan tubuh Seif. Wajahnya mula berubah gusar melihat dahi Seif mula bekeringat. Pasti  tengah tahan sakit.

Kesiannya Tuan Seif Hessa...

Hessa perlahan-lahan meletak tangan sasa Seif di atas bahunya dan dia lingkar sebelah tangannya di pinggang Seif. Berhati-hati dia memapah tubuh Seif masuk ke dalam bilik.

Lihat Hessa bersusah payah cuba membantunya, hilang sejenak rasa sakit yang ditahan. Hujung bibir Seif menyungging senyum memandang isterinya.

"Duduk sini." Penuh berhati-hati Hessa bantu Seif duduk di birai katil.

"Tuan Seif sakit kat mana? Hessa bukan doktor tapi sikit-sikit tu bolehlah Hessa tolong." Bersungguh-sungguh Hessa ingin merawat suaminya sekarang. Dia tidak mahu dikatakan isteri yang tidak berguna. Dia nak juga lakukan sesuatu berguna untuk Seif.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SEIFWhere stories live. Discover now